Sunday, April 17, 2016

Dunia Dan Akhirat


DUNIA dan AKHIRAT itu 
umpama RUMPUT dan PADI.
TANAM PADI maka RUMPUT kan tetap TUMBUH bersama.
tetapi TANAM RUMPUT takkan TERTUMBUH PADI.
begitulah juga DUNIA dan AKHIRAT
KEJAR AKHIRAT 
maka DUNIA kan BERSAMA
KEJAR DUNIA 
hanyalah DUNIA semata-mata






Aku Juga Punya Hati

Seperti semua orang, 
aku juga punya hati.. 
Mungkin aku nampak biasa-biasa saja, 
cool and steady seolah-olah tidak kisah, 
tapi sebenarnya hatiku terguris jua. 
Aku hanya manusia biasa yang punya rasa. Mungkin pengalaman hidup 
yang pernah aku lalui banyak mengajar aku agar menjaga emosi 
supaya tidak mudah diteka.. 
Lagipun dalam hidup ini 
kita tidak boleh terlalu mengikut rasa, 
kelak jiwa binasa




Saya Juga Ada Perasaan

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak.. 
Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak.. 
Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya.. 
Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain.. 
Dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya.. 
Hakikatnya saya juga seperti awak.. Punya hati dan perasaan





Friday, February 26, 2016

Andai Aku Dapat Undurkan Waktu


Hari silih berganti, detik waktu terus berlalu, namun perginya waktu sempat meninggalkan pelbagai kisah, ada suka ada duka, pahit manis, tangis tawa dan jatuh bangun dalam kehidupan. Terlalu banyak peristiwa yang telah dilalui dan sukar untuk membayangkan satu persatu. Apapun, ada yang masih segar dalam ingatan dan meninggalkan kesan yang mendalam bagaikan tak dapat dilupakan.

Seperti biasa jam akan terus berputar, sesekali fikiran tetap akan menoleh kebelakang, melihat hari-hari yang pernah dilewati, tapi hanya mampu mengenang kembali nostalgia yang telah ditinggalkan. Ada cerita tentang masa yang indah yang membuatkan rasa ingin kembali mengulangi detik itu dan bila mengenangkan peristiwa yang pernah membuat diri menangis, rasa ingin kembali untuk memperbaiki kesilapan dan kealpaan yang menyebabkan diri jatuh. Tapi ternyata waktu itu takkan dapat diulangi dan peristiwa yang pahit itu tak mungkin dapat diperbaiki.

Hari terus berganti, rembulan dan mentari. Biarlah masa terus berlalu, tak perlu disesali lagi kerana semua itu tak mungkin dapat diulangi. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, masa pasti tanpa henti akan terus berputar dan beredar, namun perjalanan hidup ini akan terhenti bila tiba pada noktahnya nanti. Kenangan dan peristiwa yang pernah ditempuhi jadikanlah sandaran untuk diri terus kehadapan. Seandainya dapat diundurkan waktu mungkin kita ingin menyempurnakan segalanya yang telah dilalui tapi dalam hidup ini tiada manusia yang sempurna, antara sedar atau tidak pasti sahaja ada kesilapannya.





Thursday, February 25, 2016

Syarat Mati


Jangan tertipu dengan usia MUDA,
kerana syarat mati tak semestinya TUA.

Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT,
kerana syarat mati tak semestinya TENAT.

Jangan terpedaya dengan HARTA KEKAYAAN,
kerana yang dibawa mati hanyalah selembar KAIN KAFAN.





Kisah Seorang Suami Yang Beristeri Empat




Yang pertama - Sudah berusia, terlalu jarang diberi perhatian. Kadang-kadang langsung tidak dipedulikan.

Yang kedua - Masih cantik, masih diberi perhatian.

Yang ketiga - Cantik, dan sentiasa diberi perhatian.

Yang keempat - Paling cantik lagi menawan, disanjung serta diutamakan, malah diberikan lebih perhatian.

Waktu terus berlalu, tibalah saat si suami hampir meninggalkan dunia. Lalu dipanggillah keempat-empat isterinya.

Dipanggil isteri yang keempat, isteri yang paling disayanginya dan ditanya.. "Mahukah sayang mengikuti abang dan menemani abang ke alam kubur?" Si isteri menjawab.. "Sorry bang, sampai di sini saja ayang bersama abang."

Dipanggil pula isteri yang ketiga dan bertanya hal yang sama, si isteri menjawab... "Sorry, ling boleh menemani abang tapi hanya sebentar saja."

Kemudian dipanggil isteri yang kedua dan ditanya lagi hal sama, isteri tersebut menjawab... "Baiklah, anjer akan menemani abang tapi hanya sampai diliang kubur, setelah itu good bye bang.."

Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu, tapi inilah kehidupan menjelang kematian... Dan akhir sekali dipanggil isteri yang pertama dan ditanya juga hal yang sama, lalu isteri pertama menjawab... "Saya akan menemani abang ke manapun abang pergi dan akan sentiasa mendampingi abang." Si suami tak menduga isteri yang pertama akan memberi jawapan yang sebegitu.

Tahukah anda apa dan siapa isteri pertama hingga keempat itu?

Isteri keempat - adalah 'harta dan kekayaan'. Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita hembuskan nafas terakhir.

Isteri yang ketiga - adalah 'teman-teman' kita. Mereka akan hanya menziarahi dan menghantar jasad kita hanya sampai di saat disemayamkan.

Isteri yang kedua - adalah 'keluarga'. Saudara mara dan teman terdekat. Mereka akan menghantar kita sampai dikubur, setelah mayat kita di masukkan kedalam kubur dan ditutupi dengan tanah, mereka akan meninggalkan kita.

Isteri yang pertama - adalah 'amalan kita' selama kita hidup di dunia. Kerana apa yang kita taburkan, itulah yang akan dituai. Bekalan untuk dibawa kesana.

Berbuatlah banyak kebaikan selama kita masih hidup di dunia ini agar nanti kita dapat memiliki bekal untuk dibawa kesana apabila sudah tiba waktunya nanti..





Wednesday, February 24, 2016

Nak Update Ke Tak Nak Ni


errrmmm... jam dah 3.20 pagi ni... mata pula tak mahu mengantuk...

sejak balik dari hospital ni, kengkadang rasa blogging ni macam menyampah jer... buang masa... macam laa takde kawan-kawan nak lepaskan cerite?

tapi kengkadang tu, bukannya sebab takde kawan atau rakan atau teman mahupun sahabat, abang kakak sedara mara untuk diceritakan aper yang terpendam... tapi rasanya cerita tu mungkin terlalu trivial untuk diceritakan... atau perasaan time nak mula nak cerita tu macam@memang tak sesuai untuk bercerita@diceritakan... atau pun benda yang nak diceritakan itu memang tak patut diceritakan kepada sesiapa, haha....

kengkadang... perkara yang terpendam.. dan yang sangat sangat nak dilepas kan tu adalah sangat sensitive... tak nak la orang lain pulak yang tersinggung... karang masalah lain pula yang timbul nanti....

so.. nak update ke tak nak blog ni?!! that is the question... for now.. lets try update blog ni.... a mechanism for me to release stress and to speak my mind out when I dont want anybody else to hear what I have to say...

Asalnya, mula-mula dulu I dont intend to share my blog.. ermmm pastu... tak kisahlah sape sape nak baca, bukannya apa pun, cuma sekadar luahan perasaan tatkala time yang amat memerlukan... besides, I'm sure it would be funny when I read all these one day ... :) hehe