Saturday, March 1, 2014

Membuat Keputusan Perlukan Keberanian

Sebuah hospital yang terkenal dengan para doktornya yang kebanyakannya pakar dalam pelbagai jenis bidang penyakit di samping para jururawat serta kakitangan lain yang sangat terlatih dan cukup berdedikasi menyumbang perkhidmatan, sentiasa sesak dengan kedatangan pesakit yang memerlukan rawatan yang teliti dan berkualiti juga layanan yang mesra dari warganya.

Di ruang bahagian jantung pada hari itu menerima tiga pesakit yang parah sakit jantungnya dan memerlukan pembedahan segera, ketiga-tiga pesakit ini hanya boleh diselamatkan dengan pembedahan untuk menggantikan dengan jantung yang baru. Sekiranya ketiga-tiga mereka ini tidak dibedah dalam masa tiga jam, maka mereka tiada harapan untuk diselamatkan.

Pesakit pertama adalah seorang lelaki yang sudah tua, berusia sekitar 70an, Beliau adalah seorang profesor, kehadirannya diiringi keluarga dan para mahasiswa dan mahasiswi yang ramai.

"Tolonglah puan doktor, selamatkan profesor kami ini, pemikiran beliau sangat berharga untuk pendidikan kami malah seluruh warga universiti" rayuan keluarganya dan para siswa dan siswi kepada Doktor Khazirah, pakar jantung yang paling kanan di hospital itu.

"Berilah dia kesempatan untuk menyelesaikan satu penemuan yang teramat bernilai sebagai rujukan bukan sahaja bagi universiti kami malah negara ini" rayuan mereka lagi.

Pesakit kedua adalah seorang lelaki biasa berusia 30an, yang memiliki lima anak yang masih kecil, suami kepada seorang isteri tidak bekerja.

"Tolonglah doktor, saya merayu sangat-sangat pada doktor, selamatkanlah suami saya, kami tidak ada tempat bergantung jika suami saya tiada, suami saya dan saya masing masing anak yatim piatu tanpa ada saudara mara" mohon si isteri dengan tangisan dan disulami tangisan anak-anak mereka.

Pesakit ketiga adalah seorang anak yang masih kecil sekitar tiga tahun usianya. Ayah dan ibunya menangis merayu-rayu memohon kepada doktor agar anak mereka diselamatkan segera.

"Puan doktor, tolonglah kami, inilah satu-satunya puteri kami, bertahun-tahun kelahirannya kami nantikan, hanya setelah hampir usia isteri saya tak boleh mengandung lagi dia dilahirkan. Tolonglah puan, berapapun kosnya kami sanggup asalkan kami boleh melihat satu-satunya puteri kami ini dewasa, hanya dialah satu-satunya harapan kami puan" teresak-esak tangisan ibu dan ayah anak kecil itu merayu kepada Doktor Khazirah. 

Di bilik pakar bedah jantung, Doktor Khazirah termenung, Butiran-butiran airmata mengalir di pipinya. Dia kebingungan ketika melihat simpanan jantung yang didermakan hanya tinggal satu. Sedangkan dia ada tiga pesakit yang hanya boleh diselamatkan melalui pembedahan mengantikan jantung.

Untuk menunggu penderma baru dalam tempuh yang terdekat adalah sangat tidak mungkin, kerana ianya memerlukan tempuh waktu yang lama. Sementara hospital yang paling hampir juga tidak mempunyai simpanan jantung yang didermakan. 

Kini dia hanya ada masa dua jam lagi untuk melakukan pembedahan, tidak ada cara lain melainkan Dr Khazirah perlu memilih seorang dari tiga pesakit yang sangat memerlukan.

Siapakah yang Dr Khazirah pilih ye? Apakah alasannya?

Jika anda sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab menghadapi situasi sebegini, siapakah yang anda pilih?

Siapa?  

"Keputusan Tersulit Yang Harus Kamu Buat Adalah Ketika Kamu Terlalu Lelah Untuk Bertahan Tetapi Kamu Terlalu Cinta Untuk Melepaskan"



"Whatever course you decide upon,
there is always someone to tell you 
that you are wrong.
There are always difficulties arising 
which tempt you to believe that your critic are right.
To map out a course of action and follow it to an end requires courage"


Friday, February 28, 2014

Karam Di Hati

Dari jeram menuju ke Bentan
Singgah bermalam di Tanjung Jati
Orang karam di tengah lautan
Saya karam di hati sendiri

Banyak orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyak orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

Limau purut dalam belanga
Limau kasturi di atas pinggan
Karam di laut dapat ditimba
Karam di hati rosaklah badan

Memasang taut di air tenang
Mengganti pukat putus talinya
Karam di laut boleh berenang
Karam di darat apakan daya

Fikiran kusut jiwa terseksa
Merana diri parahnya rasa
Karam di laut angin di udara
Karam di hati kerana cinta

Kalau tuan pergi ke Palembang
Anak Jawa membakar arang
Pelayaran tuan tiada bertambang
Karam berdua basahnya seorang




Bila menatap langit di malam hari 
lihatlah bulan dikala bintang pergi
hanya sang bulan yang merasa sunyi
tapi bulan tetap menyinari
dan tetap tersenyum 
kepada seluruh warga bumi
malah bulan sentiasa dekat dihati


Thursday, February 27, 2014

Memuaskan Hati Orang - Camana Pula Dengan Hati Sendiri?

Di awal pagi di sebuah pasar, seorang pemuda ingin memulakan perniagaan ikannya dengan cara yang lebih terurus, kali ini dia memasang papan tanda 'Di Sini Menjual Ikan Segar' di sebelah raga ikan-ikan segarnya hasil tangkapan malam tadi.

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang bertanyakan tentang tulisan pada papan tandanya "Mengapa kamu tuliskan 'Di Sini'? Bukankah semua orang tahu kamu berniaga di sini bukan di sana?"

"Benar juga" fikir pemuda itu dalam hatinya, lalu dihapusnya tulisan 'Di Sini' pada papan tandanya. Maka tinggallah perkataan 'Menjual Ikan Segar'.

Tidak lama kemudian datang pula pengunjung yang kedua, yang juga bertanyakan tulisan pada papan tandanya. "Mengapa kamu guna perkataan 'Segar'? Bukankah semua orang sudah tahu bahawa kamu selama ini memang menjual ikan-ikan yang segar, bukannya ikan lama atau ikan yang sudah busuk?"

"Betul juga" fikir pemuda itu dalam hatinya, lalu dihapuskannya perkataan 'Segar' dan tinggallah perkataan 'Menjual Ikan'.

Beberapa minit kemudian datang pula pengunjung yang ketiga, pengunjung itu juga bertanyakan tulisan pada papan tanda pemuda itu. "Mengapa kamu tulis perkataan 'Menjual'? Bukan ke semua orang tahu yang ikan-ikan kamu ni untuk dijual bukan untuk dipamerkan sahaja?"

"Ye tak ye juga" berkata dalam fikiran pemuda itu, lalu di memadamkan perkataan 'Menjual' dan tinggalkan perkataan 'Ikan'.

Selang beberapa minit datang pula pengunjung  yang ke empat, dengan rasa hairan pengunjung itu bertanya "Mengapa kamu tulis perkataan 'Ikan'? Bukankah semua orang sememangnya tahu yang ini adalah ikan, bukannya daging lembu atau ayam?"

"Ishk betul juga" kata hati pemuda tu, akhirnya pemuda itu menurunkan papan tandanya.

Setelah semua hasilnya terjual pada hari itu, di ketika pemuda itu melepaskan penat lelahnya dia terfikir "Bagaimana dengan hasratnya ingin memulakan perniagaan dengan lebih terurus jika asyik melatah dengan komen-komen orang yang tidak membina dan akhirnya merugikan dirinya sendiri"


No matter what you look like
You're beautiful in your own way
Don't let anybody bring you down,
because the ones that say you're ugly
Are actually the ones that wish they were
as beautiful as you are


nukilan Hisyam Abd Majid


Wednesday, February 26, 2014

Jadilah Seperti Lebah

Shortly after I pushed publish on my last post, I shut off the light, closed the computer and laid down to go to bed, Only as I lay there tiba-tiba rasa macam ada bunyi berdesing di tengah-tengah dalam tempurung kepala dan kepala rasa sakit semula.

I woke my dad to have him drive me, When we got to the hospital they wheeled me to bilik kecemasan.......................... dan akhirnya samada secara paksa dan terpaksanya kena jugaklah aku bergolek-golek kat wad hospital ni. huh bosan giler.



Esoknya.... wah! semua nya datang menziarah aku, penuh bilik hehe, dalam susana yang riuh rendah, gurau-senda, di satu sudut aku perasan salah seorang anak buah ku macam dalam mood murung je nampaknya, bila kebanyakan yang ada keluar untuk makan tengahari yang tertangguh lewat, anak buah aku tu tak mahu ikut dan memilih untuk menemaniku di katil wad.

"Nuraini! mengapa ni, asyik muram aje ni, ada apa-apa yang Nur nak kongsikan dengan Chu?'" sapa ku sambil mendepa tangan kearah anak buahku itu sebagai isyarat memanggilnya rapat kepadaku.

Dengan tunduk dia pantas mendapatkanku dan mendakap bahu sebelah kananku "Chu!" menangis..... "Cikgu suruh Nur masuk sukan lari, Nur mana boleh lari, cikgu kata siapa tak boleh lari maknanya tak sihat, cikgu kata kalau tak sihat otak pun tak sihat, nanti bila otak tak sihat akan jadi bodoh, Nur tak nak jadi bodoh, Nur nak jadi pandai macam Chu" terus menangis 

Jenuh juga memujuk anak buah ku yang agak gempal comel itu, bila dah tenang, kukatakan padanya, "Nur tahu tak 'lebah' " sambil menunjukkan gambar seekor lebah di skrin komputer riba "Cuba Nur lihat badan dia, bulat, besar dan panjang, tentu beratkan? Cuba tengok kepak lebah tu, kecik dan nipis aje. Logiknya, mana boleh lebah tu terbang  kan? Betul tak?" Nur mengangguk-angguk setuju.


"Tapi kumbang tu boleh terbang tinggi Nur tau tak, lebah tu kalau dia buat sarang mesti jauh tinggi atas pokok, boleh buat madu lak lagi, madu lebah manis dan sangat baik untuk kesihatan, dan lebah boleh terbang laju tau dan boleh kejar orang yang ganggu dia lak lagi, kalau lebah sengat aduuhh sakit kena bisanya"

"Nur pikir tak camana lebah yang saiznya camtu dengan kepak dia yang kecik tu boleh terbang tinggi dan laju" soal ku lagi untuk menarik perhatian, Nur mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

"Sebab, lebah tak pernah ambik kisah dengan keadaan badannya yang bulat dan lebih besar dari kepak dia, lebah tak kisah apa orang kata tentang saiz badannya, lebah tak tahu pun sejauhmana keupayaan dia, yang penting dia nak buat apa yang serangga lain boleh buat, malah lebah dah buat lebih baik dari dari serangga lain, lalu dia terus berusaha dan berusaha untuk capai cita-cita dia"

"Cuba tenguk nyamuk, badannya kurus dan kepaknya besar, tapi hanya mendatangkan penyakit kepada kita, apa gunanya"


"Jadi, Nur jangan sekali-kali fikir badan yang besar tak boleh lari, mana tahu entah-entah Nur boleh lari lagi laju daripada kawan kawan Nur yang kurus, tak cuba kita tak tahu, bila Nur dah cuba dan berusaha mesti Nur boleh maju macam Chu"

"Chu nak Nur jadi macam lebah, badannya bulat macam Nur ni lah" kata ku sambil jariku mencuit pingangnya, Nur mengelekek ketawa kecil, geli diusik pingangnya.

"Lebah boleh terbang tinggi, jadi maknanya Nur boleh berjaya setinggi-tinggi kejayaan. Lebah ada bisa, tu maknanya Nur ada kehebatan yang orang lain akan hormat pada Nur. Lebah boleh buat madu yang baik untuk kesihatan, jadi maknanya Nur kira boleh jadi macam doktor lah tu" kataku sambil tersengih pada anak buah ku itu.

"Yei, yei! Nur boleh jadi doktor kan Chu" sorak anak buahku itu kegembiraan.

Orang Berjaya Berkata
"Walaupun Susah Ia Tidak Mustahil"
Orang Gagal Berkata
"Walaupun Tidak Mustahil Tetapi Ia Susah"


If You Born Poor
It's Not Your Mistake
But If You Die Poor
It's Your Mistake



Friday, February 21, 2014

Antara Tugasan, Selera, Derita Dan Senyuman

Mahu tidak mahu saya terpaksa ke Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pagi ini, tiada pilihan lain melainkan kena berada di sana juga untuk menyudahkan satu tugasan. 

Pintu Utama Kampus USM

Fail:USMInternational.jpg
Pejabat Antarabangsa USM

Sebaik habis tugasan.... perutku plus seleraku meruntun-runtun nak pekena Nasi Beriani.... Aku luncurkan keretaku menuju ke Restoran Kapitan Di Bayan Baru Pulau Pinang.... Terus order Nasi Beriani Dengan Ayam Tandori.... Hmmmm menepati selera

Restoran Kapitan Kat Queensbay

Nasi Beriani Dengan Ayam Tandori - Power Beb

Tugasan pun dah siap, selera pun sudah dilayan, hmmm nak kena singgah ke Ipoh Specialist Center Di Ipoh, Perak lak ni. kelihatan je macam terkejar-kejar tetapi sebenarnya pengurusan masaku begitu lancar dan menepati sebagaimana yang dijadualkan. 

Ipoh Specialist Centre

Bilik Pemeriksaan

Ketika sedang menunggu diruang menunggu di bilik pemeriksaan, tiba-tiba aku tersenyum sendirian bila mengenangkan kisah yang pernah diceritakan padaku ketika sesi sembang-sembang dengan rakan-rakan setugas.

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka....

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama. "Tahniah! Isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua"

Lelaki yang pertama berkata dengan perasaan riang gembira "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas, Alhamdulillah"

Beberapa Minit kemudian, seorang jururawat lain pula datang memberitahu kepada lelaki kedua  "Isteri tuan telah selamat melahirkan bayi kembar tiga, tahniah tuan"

"Apa? Kembar tiga! Alhamdulillah...." lelaki kedua itu terkejut, tetapi kemudian dengan senyum dan bangga dia berkata "Kebetulan, saya bekerja di 3G Telecommunication"

Setengah jam kemudian, seorang jururawat lain pula memberitahu kepada lelaki ketiga "Tuan, saya ucapkan tahniah, kerana isteri tuan telah selamat melahirkan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan jelas, tenang dengan senyuman.

"Kembar empat!" melompat keriangan lelaki ketiga itu lalu menambah "Alhamdulillah, sungguh saya tak menduga dengan ketentuan ini, sebab saya bekerja di Four Season Hotel".  Gembira sungguh lelaki ketiga itu.

Mendengarkan itu semua, lelaki yang keempat kelihatan resah dan gelisah, dan mundar mandir seperti kehilangan arah. 

Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Lalu mereka bertanya "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan tak tentu arah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven"

"Bercinta itu mudah
Berkahwin itu indah
Mengisi Kehidupan Sesudah Berkahwin Itu Adalah Amanah
Amanah Itu Selalunya Payah
Jika Asal Pertemuan Bukan Kerana Allah"

Baginda Rasulullah SAW bersabda
"Jangan kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun,
kerana pada empat bulan pertama kelahirannya
dia bersyahadah LA ILA HA ILLALLAH,
pada empat bulan kedua dia berselawat ke atas 
Nabi SAW.
dan pada empat bulan seterusnya pula dia mendoakan kedua ayah dan bondanya.
Hadis riwayat Abdullah Ibnu Umar r.a.

comelnya, anak sape le ni

Anak Adalah Anugerah
Anak Adalah Amanah
Anak Juga Adalah Ujian Dari Allah





Wednesday, February 19, 2014

Melayu

Melayu itu orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap Melayu
Malah mua'laf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi dengan Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia Sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Sebuah puisi oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman Awang



Setiap Ketentuan Mesti Ada Hikmah

Di sebuah syarikat ternama seorang pemuda menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan 'Office Boy'. Setelah selesai ditemuduga dia dikehendaki menjalani ujian mencuci lantai. 

"Tahniah awak lulus ujian dan diterima bekerja" kata pengurus yang menemuduganya. "Beri saya 'email address' awak dan saya akan emailkan borang pendaftaran bekerja kepada awak untuk awak isi dan kemudian awak boleh memulakan tugas awak di sini"

Pemuda itu menjawab "Saya tidak mempunyai email address malah saya tidak pernah memiliki sebuah komputer pun"

"Minta maaf" kata pengurus syarikat "Bagi syarikat ini, teknologi maklumat dan komunikasi adalah cara kami berhubung mahupun sesama kakitangan kami, jika awak tidak ada email address bererti awak tidak selari dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, oleh itu awak ketinggalan zaman. Orang yang ketinggalan zaman tidak layak untuk bekerja disini"

Pemuda itu keluar meninggalkan syarikat tersebut dengan perasan kecewa, dia mengakui kemiskinan memaksa dirinya tidak arif dalam teknologi maklumat dan komunikasi, rata-rata syarikat yang dia pergi memerlukan kebolehan dalam bidang tersebut. 

Pemuda itu berasa seperti putus harapan, Dia tidak tahu apa lagi yang dia boleh buat kerana wang sakunya hanya berbaki 10 dollar sahaja lagi. Untuk meneruskan hidup dengan hanya 10 dollar adalah sesuatu yang mustahil jika tiada kerja yang mendatangkan pendapatan.

Dia merenung ke sebuah 'hypermarket' yang tersergam di seberang jalan tempat dia bermenung. Akhirnya pemuda ini mengambil keputusan menuju ke 'hypermarket' itu, lalu dia membeli satu peti tomato seberat 10kg. Pemuda itu kemudian mencuba dan berusaha menjual buah-buah tomato itu dari pintu ke pintu di satu kawasan yang padat penduduknya.



Dalam masa kurang 2 jam, dia berhasil menjual kesemua tomatonya dan berjaya mengandakan modalnya 100%. Dia mengulangi dengan membeli lagi satu peti tomato dan menjualnya semula dan seterusnya sehinggalah dia pulang ke rumah dengan membawa sejumlah 60 dollar.

Malam itu, pemuda itu berfikir sendirian, dia yakin dengan cara ini dia boleh meneruskan kesinambungan hidupnya. Esuknya dia keluar rumah lebih awal untuk berniaga seperti semalam berulang-ulang melipat ganda usahanya hingga pulang lebih lewat. 

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan pendapatan pemuda itu makin bertambah dan bertambah. Tidak lama selepas itu dia mampu membeli sebuah troli untuk memudahkan perniagaannya. Setahun selepas itu dia mampu membeli sebuah van tua untuk memajukan perniagaannya. Begitulah dari tahun ke tahun sehinggalah akhirnya pemuda itu mempunyai rangkaian  pengangkutan untuk memasarkan barangan harian.

Lima tahun kemudian pemuda itu dikenali sebagai pemilik salah satu syarikat pemasaran barangan runcit yang terbesar. Dia mula memikirkan masa depannya untuk berkeluarga. Bagi melindungi perniagaannya pemuda itu memangil seorang ajen insuran untuk menerangkan plan-plan insuran yang sesuai bagi perniagaannya.

Setelah berpuashati dengan salah satu plan perlindungan insuran yang dicadangkan, ejen itu bertanya "Boleh saya dapatkan 'email address' tuan bagi bagi tujuan syarikat insuran saya mengirim borang-borang pendaftaran yang perlu diisi oleh tuan"

Pemuda itu menjawab "Saya tidak pernah ada 'email address' "

Kagum dengan pemuda itu lalu ejen insuran itu berkata "Walaupun tidak pernah ada email address, awak mampu membina perniagaan sebesar ini. Bayangkan jika awak ada 'email address', awak agak awak bagaimana agaknya?"

Pemuda itu terdiam sejenak mengenang masa lampau kemudian menjawab "Saya hanya seorang 'Office Boy' "

Don't be discouraged if something 
is not in your favor today
Better opportunities are waiting ahead

Sometimes we don't see a sunshine behinds that rain
and good time behind that pain