Monday, March 3, 2014

Tanda Kemuliaan Seorang Lelaki

1. Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya ,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” 
Surah Al-Nisa’ ayat19


2. Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”
Riwayat Al-Tirmidzi


3. Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.

Sabda Nabi yang bermaksud:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”
Riwayat Abu Daud


4. Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”
Riwayat Abu Daud


5. Larangan menyakiti isteri

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?” 

Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” 

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” 

“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW. 

Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”(*) 
Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai

Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada melampaui batas. 

Nabi SAW bersabda:


عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّملاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:

Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:


اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:

Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!.
Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar 
dan Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad


(*) Hadis ini menjadi contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya dan ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan “daraba” di dalam Al-Quran tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan “daraba” sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan TIDAK BOLEH menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.

Memuliakan Wanita Adalah Tanda Kemulian Seorang Lelaki





Suami Yang Mencintai Isteri

Ada seorang suami yang sangat mencintai isterinya, setiap kali berhadapan dengan isterinya dia akan bersikap penuh sopan, dan bila berkata-kata pada isterinya, dia akan selalu bersuara penuh kelembutan dengan kasih sayang, apa saja keinginan isterinya dia akan berusaha untuk penuhi atas dasar cinta.

Bagitupun si suami melayani isterinya dengan baik, namun dia rasa kecewa dengan sikap isterinya sejak akhir-akhir ini selalu mempermainkan kata-katanya. Jika dia berkata 'B' isterinya akan menjawab 'D' dan bila dia berkata 'D' isterinya menjawab 'B'. Lalu timbullah keraguan di hati si suami kalau-kalau isterinya mengalami ganguan pendengaran.

Dalam resah gelisah si suami menjadi bingung memikirkan apakah alasan untuk dia mengajak isterinya berjumpa doktor pakar telinga. Dia risau isterinya terasa hati, dia takut isterinya terasa terhina, dia takut isterinya salah faham, dia takut tindakannya akan menyakiti hati isterinya.

Hari demi hari dilalui, tiada sebarang perubahan dengan sikap isterinya malah makin menjadi-jadi. Hinggalah satu hari si suami membuat keputusan untuk pergi seorang diri berjumpa doktor pakar telinga tanpa membawa isterinya.

Selepas mendaftarkan dirinya maka tibalah gilirannya berjumpa doktor di Klinik Pakar E.N.T., si suami duduk berhadapan dengan doktor, "Tujuan saya datang adalah untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari tuan doktor, akhir-akhir ini saya mengesyaki isteri saya mengalami gangguan pendengaran, akan tetapi saya tidak dapat membawanya kemari kerana saya khuatir isteri saya akan kecil hati. Apakah pandangan serta nasihat doktor? Atau bolehkah doktor cadangkan jenama ubat untuk saya beli?"

Doktor bertanya "Keadaan kesihatan isteri encik sekarang ni macamana ye?"

Si suami menjawab "Dari luaran, isteri saya tu nampaknya macam sihat sahaja tuan"

Doktor bertanya lagi "Pernah tak darah keluar dari telinganya?"

Jawab si suami "Tak pernah le pulak setahu saya"

Doktor teruskan bertanya "Apakah isteri encik baru lepas kemalangan atau pernah sakit kuat sebaik sebelum masalah pendengaran ini?"

Jawab si suami "Tak pernah juga tuan"

Doktor berkata "Sukarlah jika macamni encik, saya hanya boleh mengenal pasti masalah pendengaran isteri encik jika saya dapat memeriksa isteri encik secara hadir"

Si suami kebingungan dan berkata "Tolonglah tuan doktor, saya bermasalah untuk membawanya ke sini, apa kata jika doktor berikan sahaja ubat untuk sakit telinga" 

Jawab doktor "Saya hanya boleh memberikan ubat jika saya tahu apa jenis penyakit telinga isteri encik"

Si suami semakin bingung lalu berkata "Bolehkah saya memeriksa sendiri telinga isteri saya untuk mengetahui jenis penyakitnya, minta tuan tunjukkan caranya?"

Doktor mengesel-gesel dahinya dengan jari sambil berfikir cara terbaik untuk membantu si suami yang degil itu "Baiklah, cuba dengar baik-baik caranya, pertama cuba encik panggil isteri encik dari jarak 10 meter, jika encik tidak mendengar sahutan dari isteri encik, maka encik cuba pula dari jarak 9 meter, jika masih juga tidak mendengar sahutannya, encik rapat lagi setiap 1 meter daripada isteri encik untuk memanggilnya, jika isteri encik tetap tidak menyahutnya maka encik ulangilah memanggilnya pada setiap 1 meter lebih rapat. Jika isteri encik hanya menyahut pada jarak kurang dari 1 meter maka itu bererti isteri encik benar-benar sudah mengalami penyakit pekak telinga"

"Baiklah tuan doktor, saya akan segera lakukan di rumah nanti" sahut si suami sambil bergegas meninggalkan bilik doktor.

Setibanya di rumah, pada saat yang sesuai ketika si isteri sedang berehat di ruang tamu, si suami mula memanggil isterinya dari jarak sebagaimana yang dicadangkan oleh doktor.

"Sayang..... sayannngggg....." panggil si suami dengan lembut dan sopan dari jarak 10 meter. Tetapi tidak kedengaran jawapan dari isterinya.

Si suami makin rapat kepada isterinya 1 meter dari tadi dan memanggil "Sayang..... sayannngggg....." masih juga tidak kedengaran jawapan dari isterinya.

Si suami terus rapat lagi 1 meter dan mengulangi memanggil isterinya "Sayang..... sayannngggg....." tetap juga tidak kedengaran jawapan dari isterinya.

Dengan rasa putus asa si suami terus merapati isterinya sehingga jarak kurang dari 1 meter dari isterinya dan memanggil lagi "Sayang..... sayannngggg....." 

"Eh kenapa dengan abang ni, dari tadi sudah banyak kali saya menyahut panggilan abang tapi abang tetap juga memanggil-manggil sayang?" barulah si suami mendengar jawapan dari isterinya yang berupa rungutan.

"Ye bang, apa yang abang cuba nak sampaikan?" tanya isterinya.

Si suami terasa keluar peluh-peluh dingin dari dahinya, tapak tangannya juga turut berpeluh. Ternyata isterinya tidak mengalami masalah pendengaran. Barulah dia sedar bahawa telinganya sendiri yang perlu di periksa........

Adakalanya kita selalu menyalahkan
orang lain.
Kita selalu merasakan diri kita sahaja
yang benar dengan tidak memperdulikan pandangan orang lain.
Cubalah peka dan renung kembali kekurangan diri sendiri.
Cuba redakan keegoan diri.


Yang Terindah

Hadis yang diriwayatkan oleh 
Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”
(Riwayat Abu Daud).


Sunday, March 2, 2014

Menemukan Cinta Dan Perkahwinan

Seorang pemuda bertanya kepada tok gurunya "Apakah itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Tok gurunya menjawab "Di sana terbentang sawah padi yang luas, berjalanlah kamu kehadapan tanpa boleh mengundur kebelakang walaupun setapak, sepanjang kamu berjalan ke hadapan, cubalah kamu perhatikan tangkai padi yang paling subur dan cantik susun padinya dari kesemua rumpun padi yang ada, kamu petiklah setangkai sahaja jika kamu menemuinya tangkai padi yang paling menakjubkan maka itu bererti kamu telah menemukan cinta"

Pemuda itu berjalan terus kehadapan mengharungi tengah-tengah sawah sehingga ke hujung dan tidak lama kemudian kembali mendapatkan tok gurunya dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa pun.

Tok gurunya bertanya "Mengapa kamu tidak membawa setangkai padi pun?"

Pemuda itu menjawab "Saya hanya diberi pilihan satu tangkai sahaja, dan saya tidak pula boleh mengundur ke belakang. Sebenarnya saya telah pun menemui tangkai yang paling cantik dan menakjubkan, tetapi saya tidak pasti apakah ada yang lebih menarik di hadapan, lalu saya tidak memetiknya"

"Setelah berjalan sampai ke hujung barulah saya sedar bahawa tangkai-tangkai padi yang di hadapan tidaklah secantik dari yang saya temui sebelumnya, akhirnya saya tak memetik apa-apa pun" tambah pemuda itu.

Tok gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Keesukkannya, pemuda tersebut bertanya lagi kepada tok gurunya "Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Tok gurunya menjawab "Ada hutan yang subur di belakang sana. Berjalanlah tanpa menoleh kebelakang dan kamu hanya diperlukan menebang satu pohon sahaja. Tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, subur rimbun daun-daun dan dahannya asalkan kamu mampu memikul pohon itu kembali ke sini"

"Yang terbaik yang kamu temukan dan mampu memikulnya kembali ke sini bererti kamu telah temui apa itu perkahwinan" tambah tok guru pemuda itu.

Pemuda itu pun menuju ke dalam hutan, dan tidak berapa lama kemudian dia kembali dengan membawa sebatang pohon kayu. Pohon itu bukanlah pohon yang tinggi, tidak juga begitu segar dan rimbun, cuma pohon yang biasa dan sederhana.

Lalu tok gurunya bertanya "Mengapa kamu tebang pohon yang seperti itu?"

Pemuda itu pun menjawab "Sebab, setelah memikirkan pengalaman semalam di sawah, dan setelah hampir setengah hutan saya jelajah saya masih lagi tidak menemui pohon yang subur mengikut kemampuan saya untuk dibawa pulang. Lalu dikesempatan saya menemui  pohon ini, rasanya tidaklah setinggi mana pohonnya, tetapi mampu saya pikul pulang, jadi saya putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Saya tidak mahu kehilangan kesempatan untuk mendapatkannya seperti kehilangan peluang seperti semalam"

Lantas tok gurunya berkata "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Moralnya
Carilah cinta dan dapatkan perkahwinan
Kerana selalunya kita tidak mungkin memperolehi sebagaimana apa yang kita impikan
Hidup ini hanyalah kesempatan yang sedikit 
dan sementara
Tidak mungkin akan terpenuhi 
segala yang kita mahu
Terimalah seadanya apa yang ALLAH swt. sudah tentukan untuk kita


Haha.. Tok Kadi paling lawak kat batu pahat

Kaki Tido vs Kaki Menyakat

Ada la seorang budak perempuan ni, bernama Siti, dia ni masa kat maktab rendah suka tido dalam kelas. Satu hari sewaktu kelas agama, Siti ni tido la macam biasa.

Ustazah tanya soalan “Siapakah orang yang patut kita hormati dan sayangi?"

Ntah nape kelas sunyi je, takde sape nak jawab... Ada la sorang budak lelaki ni duduk betul betul kat belakang Siti, namanya Hisyam, nakal budaknya sebab suka menyakat orang.

Hisyam ni pun cucuk punggung Siti dengan jarum peniti, apalagi, Siti terkejut dari tido nya sambil melatah "Mak"

Ustazah pun puji la Siti ni sebab bagi jawapan yang betoi. Siti pulak selamba je lepas tu sambung tido.

Ustazah tanya lagi soalan.. “Siapakah pencipta alam dan segalanya?"

Si Hisyam tu  cocok lagi dengan jarum, melompat Siti menjerit "Ya Allah"

Sekali lagi ustazah puji Siti sebab dia bagi jawapan yang betoi. Lalu macam biasa Siti sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan "Apa yang patut seorang isteri ucapkan pada suami sebelum tido?"

Budak Hisyam tu cocok lagi. Tapi kali ni Siti naik bengang lalu dengan garang dan lantang dia kata "Kalau kau cocok buntut aku lagi, siap ko"

Ustazah terus pengsan. 

Moral Of The Story
Jangan Tidur Dalam Kelas




Cerita ini adalah rekaan semata-mata, 
tidak ada kena-mengena samada ada dengan 
yang masih hidup atau pun yang sudah mati.

Apa pun sekarang Siti tu dah jadi doktor 
manakala Hisyam tu ermmmm boleh la hidup

masa kat ipt pun kaki tido gak ke? takdelah ini hanya gambar hiasan

Roda Kehidupan

Satu ketika dahulu, ketika sepasang suami isteri duduk menjamu selera diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.



"Assalamualaikum encik, tolonglah encik, saya lapar, sejak kelmarin saya tidak menjamah sesuap nasi, tolonglah berikan saya barang sedikit makanan" 





Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik dan terus menghalau dengan menengking si pengemis itu.





"Hei! berambus kau dari sini, pergi mengemis ke tempat lain, jangan sekali-kali kamu ganggu aku dan keluarga ku"



Dia terus membebel "Aku bina perniagaanku tanpa meminta-minta pada sesiapa, aku gigih berusaha sendiri hingga berjaya, kemewahan aku bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." 



Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Tetapi oleh kerana takut dengan sikap suaminya yang garang maka disimpannya sahaja dilubuk hati akan niatnya itu, takut-takut mendatangkan perselisihan dalam rumahtangganya.


Beberapa tahun kemudian, entah bagaimana perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Tanpa lengah dia terus menceraikan isterinya dengan alasan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, bekas isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 


Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.



Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, tiba-tiba si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu dimana dia pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu".

Hidup kita seumpama putaran roda.
Kita tidak selalunya diatas. 
Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"




Saturday, March 1, 2014

Kata Hati Seorang Lelaki Yang Tidak Sempurna

Kamu yang selalu baik dan teliti atas kekuranganku ini....
kamu yang selalu sabar atas kebodohan diriku ini....
Kamu yang terbaik, tapi aku abaikan....
Justeru itu kesempurnaanmu seharusnya
kau berikan kepada orang yang tepat untuk kebahagianmu....


Aku tidak kuat lagi melihatmu selalu tersakiti 
oleh kesedihan gara-gara lelaki senaifku ini....
Lalu kamu yang harus menemukan seseorang
untuk mengobati semua rindu dan rasa sakit hatimu....
Yang layak menerima kelebihanmu dan
kalau pun ada kekuranganmu dengan ikhlas hatinya....
Dengan dia kamu pasti dapat mencurahkan segenap isi hatimu....


Semoga saja kamu mendapat hati yang tulus mencintaimu....
Aku hanya seorang yang beruntung dapat mengenal dirimu....
Maafkan aku, yang tidak mampu menjadi lelaki yang sempurna....
aku ini lelaki sederhana yang tidak selayaknya buat dirimu
walau sesungguhnya aku mencintaimu dan menyayangimu....

Aku tak ingin kau terluka karena aku....
Hapuslah air matamu dan ketepikan saja seorang seperti aku....
Dan ingat satu hal,
Bahawa kamu adalah wanita yang cerdas, cantik dan baik hati....

Jadilah Wanita yang sholehah...
Dengan tidak hanya mementingkan 
urusan cinta kepada makhluk Tuhan saja....
Berdoalah kepadaNya.
Agar kamu diberikan jodoh yang baik-baik pula,
Yaitu seorang Suami "bukannya teman lelaki" ...

Aku baru sedar, Selama ini aku mengerti Islam....
Tapi, selama ini juga aku tidak sempurna mengamalkannya dalam hidupku....
Cukuplah apa yang telah aku lakukan denganmu....
Menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi diriku ini....

Saat kamu menemukan seseorang yang tepat...
Kuharapkan dia adalah yang terbaik untukmu...
Terbaik untuk memimpinmu menuju keredhaan Allah...
Mendampingimu sampai akhir nanti....

Membawamu menuju jalan yang dapat membuatmu bahagia dunia akhirat....
mendapat imam yang boleh menuntunmu kejalan kebaikan...
yang mencintaimu mengasihimu dan menyayangimu...

Terima kasih atas apa yang telah kau berikan padaku...
Aku tidak akan melupakanmu....
Kamu adalah kisah-kisah manis dalam hayat hidupku....
Semoga kamu berbahagia dunia akhirat 
dan ahli penghuni syurga Jannatul Firdaus 

Amin.








Hisyam


Terlajak Kata Kekal Lukanya

“Siti jangan suka menyakiti hati orang lain dengan tutur kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah. Tapiii ibu, saya akan cepat-cepat minta maaf lepas tu. Itu kan ke salah satu kelebihan juga ibu,” kilas Siti anaknya.

“Tapi perbuatan kamu itu telah menyakitkan hati orang Siti,” kata ibu itu lagi.

“Ermmm saya rasa tidak le ibu. Sebab selepas minta maaf, segala-galanya akan langsai dan hubungan kami akan kembali seperti normal” 

Si ibu berfikir sejenak. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruknya itu. “Kalau begitu, apa kata Siti ikut cadangan ibu ni. Nanti kamu akan fahami apa yang ibu maksudkan selepas itu” Tanpa membantah anak itu bersetuju.

“Begini, setiap kali Siti menyakiti hati seseorang, ibu nak Siti ketuk sebilah paku ke dinding ini Kata ibunya sambil menunjuk pada bahagian dinding kayu papan di dalam rumah mereka.

Ibunya menyambung “Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu, dan bila Siti sakiti lagi hati orang tu, Siti paku semula disebelah tempat yang Siti sudah paku sebelumnya, tak kiralah samada disebelah atas, bawah, kanan ataupun kiri, janji bukan dibekas yang sama, dan bila sudah minta maaf Siti cabut semula paku tu sebagaimana yang sebelumnya”. 
“Baiklah ibu.” jawab Siti sambil mengangguk tanda faham akan permintaan ibunya.

Setelah beberapa bulan pun berlalu, si ibu mengajak Siti bersama-samanya menghadap pada dinding tersebut. 

“Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal lagi?” Ujar si anak dengan bangga. 

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.” ucap Siti dengan riang.

Sambil senyum si ibu membalas “Memang betul Siti sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan Siti, tapi sedarkah Siti apakah luka dihati mereka turut terubat lukanya?” 

“Maksud ibu?” tangkas Siti 

“Cuba Siti tengok dinding tu. Semuanya sudah bertebuk-tebuk, bercalar dan berkematu kesan dari bekas-bekas dipaku. Begitulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun Siti sudah dimaafkan, pakunya sudah Siti cabutkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka sebagaimana tebuk-tebuk, calar-balar dan kesan yang berkematu pada dinding itu. Hati yang dilukai malah sering dilukai pasti akan ada parutnya, anakku”

Si anak merenung dinding yang bertebuk-tebuk itu. Sudah tidak seindah seperti asalnya lagi. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?


Kata-kata lebih tajam dari mata pedang..
Terlajak perahu boleh diundur, 
Terlajak kata buruk padahnya

Adakalanya kita tidak sedar setiap patah kata yang keluar dari mulut kita boleh menyakiti hati orang lain. 
Walaupun hanya sekadar gurauan.
Namun hati manusia ibarat kulit bawang,
mudah terhiris dan tersinggung. 
Lalu lukanya terlalu dalam dan parah, 
sehingga, 
memerlukan masa yang lama untuk sembuh




Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan

Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah

Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa

Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu


The tongue has no bones
but is strong enough to
break a heart
So be careful with your words

Sesal dulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Nukilan Hisyam Abd Majid