Wednesday, October 15, 2014

Bila Aku Merapu (40sx)....



1.  Wanita lebih sejuk dari peti ais kerana ada barang yang belum sempat dimasuk, sudahpun keras!

2.  
Ramai tertanya-tanya kenapa zakar berdiri tegak ketika melakukan seks. Setelah dikaji secara teliti, rupa-rupanya di dalam vagina ada yang nyanyi lagu "Negaraku". 

3.  
Kajian mendapati bayi lelaki lebih manja dari bayi perempuan. Bayi perempuan paling lama menyusu hingga 2 tahun tapi bayi lelaki menyusu sehingga ke tua. 

4.  
Petua isteri, kalau mau tahu suami dah main dengan pompuan lain, bila balik rumah, rendam suami dalam bath tub. Kalau buahnya terapung, hukumnya sah 'air' sudah dibuang... 

5.  Apa b
eza wanita dengan gajah?  Haha Gajah ditembak dulu baru rebah, wanita pula rebah dulu baru ditembak. Sementara tu pula, apa bezanya lelaki dengan gajah? Gajah kepalanya ada belalai, lelaki pula belalainya ada kepala ooo. 

6.  
Inilah doa isteri jika kemaluan suaminya disengat tebuan. "Ya Allah, hilangkan kesakitan yang ditanggungnya, tapi kekalkanlah bengkaknya, Amin...." 

7.  
Sesungguhnya orang-orang yang bangun dan mandi di subuh subuh hari adalah orang orang yang mengerjakan bininya malam tadi...





Ujian Itu Adalah Suatu Nikmat


Tersebutlah kisah seorang yang sangat arif dalam membuat ukiran yang bercitarasa seni yang tinggi daripada bahan-bahan kayu jati. Hasil ukirannya seringkali mendapat perhatian daripada para peminat ukiran kayu bukan sahaja dari dalam negeri malah juga dari luar negara.

Satu hari dia menemukan idea baru dalam reka cipta ukirannya dia kemudian melukiskan ideanya di atas kertas bagi memastikan ideanya tidak hilang terlupa begitu sahaja. Setelah dia berpuas hati dengan lukisannya itu lalu tanpa lengah si tukang ukir mengambil sebatang kayu jati untuk mengzahirkan ukiran mengikut lukisannya itu. Sambil mengarahkan mata pisau pengukir tukang ukir itu berkata,”Wahai, batang kayu, izinkanlah aku memahatmu menjadi sebuah hasil seni”

Batang kayu jati pun menjawab,”Silakan wahai tukang ukir”

Sebaik mata pisau pengukir itu mengenai batang kayu, maka menjeritlah batang kayu itu ”Aduh!, Aduh!…Aduh sakitnya wahai tukang ukir. Sudah tu... Sudahhhh... Berhenti... Berhentiiiii... Sakitnya rasa badanku”

Si tukang ukir cuba memujuk batang kayu tersebut ”Bersabarlah, bertahanlah sebentar, aku akan segera menyiapkan ukiranku agar engkau tidak lama menangung sakitnya wahai batang kayu". Si tukang ukir pun meneruskan semula kerja-kerja mengukirnya. Namun batang kayu itu berterusan menjerit, ”Aduh!, Aduh!…Aduh sakitnya wahai tukang ukir. Sudah tu... Sudahhhh... Berhenti... Berhentiiiii... Sakit sangat rasanya badanku... Aku sudah tidak tahan lagi”

Walaupun si tukang ukir memujuknya dengan pelbagai pujukkan, namun batang kayu tersebut tetap tidak merelakan badannya diukir lagi sehingga akhirnya si tukang ukir membatalkan niatnya. Batang kayu itupun ditinggalkan tergolek begitu saja.

Kemudian si tukang ukir mengambil batang kayu yang lain lalu meletakkannya di meja bengkel mengukir dan seperti selalunya maka si tukang ukir itu berkata, ”Wahai, batang kayu, izinkanlah aku memahatmu menjadi sebuah hasil seni”

”Silakan wahai tukang ukir” jawab batang kayu yang kedua itu..

Begitu pun mata pisau pengukir mengenai batang kayu , maka batang kayu itu pun menjerit, ”Aduhhhh, aduhhhh…sakitnya wahai si tukang ukir. Terlalu sakit rasanya badanku ini.” 

Si tukang ukir memujuk batang kayu yang kedua itu dengan ayat yang sama ”Bersabarlah, bertahanlah sebentar, aku akan segera menyiapkan ukiranku agar engkau tidak lama menangung sakitnya wahai batang kayu". Si tukang ukir pun menyambung semula kerja-kerja ukirannya. Namun kali ini batang kayu yang kedua patuh terdiam sambil menahan sakit. Si tukang ukir tersenyum sambil meneruskan pekerjaannya.

Sehinggalah selesai ukiran mengikut idea baru si tukang ukir ke atas kayu yang kedua tersebut. Hasil karyanya sungguh sempurna dan sangat bermutu tinggi. Keindahan yang sangat seni dan kehalusan hasil kerja ukiran pada kayu kedua tersebut seringkali membuat sesiapa sahaja yang lalu di ruang pameran akan berhenti dan terpaku melihatnya dari dekat akan kecantikan dan kehalusan hasil seni ukiran pada kayu yang kedua itu.

“Sungguh luar biasa, indahnya hasil ukiran ini" 

"Coraknya dan kehalusannya ukirannya begitu seni sekali dan bermutu tinggi" 

"Hasil ukiran yang unggul dan semesti harganya sangat bernilai sekali"

Begitulah ungkapan-ungkapan kekaguman dan pujian orang-orang yang melihat kayu jati yang kedua itu. Mereka memegang dan mengusap-ngusap lembut batang kayu kedua yang telah menjadi hasil seni yang paling diminati.

Tentu saja batang kayu kedua merasa syukur dan tersanjung. Sedangkan batang kayu pertama yang tidak tahan diukir itu kelihatan terbiar, malah dijadikan para pengunjung di situ sebagai tempat duduk sementara bagi mana-mana pengunjung untuk menunggu.

Malam harinya setelah tempat tersebut sunyi, maka berkatalah batang kayu pertama itu, ”Ini tidak adil, sungguh tidak adil. Mengapa orang-orang mengagumimu, sedangkan aku hanya dijadikan tempat duduk. Sedangkan kita sama-sama kayu, yang juga berasal dari hutan yang sama”

Batang kayu kedua menjawab sambil tersenyum, ”Saudaraku, mengapa semalam kamu menolak ketika hendak dipahat dan diukir? Sekarang kamu tidak diterima kerana kamu hanya sebatang kayu biasa yang tiada sebarang ukiran untuk menarik perhatian pengunjung.”

Batang kayu pertama menjawab “Tentu saja aku menolak kerana seluruh tubuhku terasa sangat sakit, ketika terkena mata pisau ukir dan pahat,”

“Itulah, mengapa kamu tidak mahu bersabar dan bertahan dan menghadapinya dengan tabah dari rasa sakit, sebagaimana aku juga berasa sangat perit namun aku menganggap itu semua ujian Allah kepada diriku, semestinya ada hikmah dengan apa yang Allah turunkan terhadapku" kata batang kayu yang kedua.

“Aku rasa sangat terhina kerana hanya dijadikan tempat duduk yang terbiar diluar, terdedah kepada panas dan terik, hujan dan basah, sungguh zalim hidup ini”

“Janganlah berkata begitu saudaraku, sekecil apapun perananmu engkau turut berguna bagi kehidupan ini”

“Hiss! Hanya sebagai alas duduk kamu kata aku berguna? Tidak! Tidaaaakkkkk! Aku ingin dikagumi seperti kamu.”

Demikianlah sampai pagi perbualan antara kayu pertama yang tidak sabar dengan kayu kedua yang tabah lagi taqwa.


Renungan


Sahabat, dalam kehidupan ini kekadang kita tidak cukup kuat untuk menahan keperitan, kesulitan dan penderitaan dalam menghadapi dugaan kehidupan. 
Kita kekadang terlalu cepat menyerah, kurang bersabar, malas berusaha, mudah kecewa dan berputus asa. 
Padahal segala rasa sakit, kesulitan dan penderitaan yang kita alami, justeru menjadikan diri kita menjadi insan yang lebih dewasa, lebih jatidiri, lebih berdaya, lebih hebat, lebih bijak, lebih mulia malah lebih berharga. 
Sikap cepat menyerah hanya mengundang kegagalan dan kekecewaan dalam kehidupan. 
Jangan menyerah sahabat!
Orang yang hidup tetapi menyerah kalah bermakna dia sudah mati sebelum mati.
Orang yang mati tanpa menyerah, pejuangannya tetap hidup walaupun selepas kematiannya.


Kapal Terbang Yang Kempunan Mendarat



Hari-hari terakhir sebelum majlis akad nikah ibu kepada pengantin lelaki menasihati anaknya...



“Hisyam, apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”

Bertepatan pada waktu yang sama juga, emak kepada pengantin perempuan pula menasihati anaknya...

“Siti, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”


Siti yang sibuk dengan pelbagai kerja persiapan hanya sempat mengangguk-angukkan kepala mengambil hati ibunya.



Beberapa hari selepas itu maka majlis akad nikah telah disempurnakan, maka malam pertama yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba…


Hisyam berdebar-debar untuk menghadapi malam pertama namun pesanan ibunya tetap di fikirannya. Dia mendekati Siti isterinya lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”

Disebabkan kepenatan dan rasa keliru juga tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, lalu Siti dengan selamba berkata “Saya penatlah bang …mari kita tidur.”

Hisyam terasa hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apalah, mungkin isteri aku malu kut…. esuk aku kan ku pujuk lagi”

Tiba malam kedua…

Hisyam mendekati Siti dan berkata lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Malangnya Siti masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu sedang membaca akhbar harian, justeru itu dalam hatinya membebel.....

“Berita apa pula tu.. Ah pedulikan je lah, kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan aku”

Kemudian Siti berkata kepada si suaminya “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, dah lewat ni jom kita tidur”

Hisyam hampa lagi… Tetapi dalam hatinya berkata “Hmm tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga…

Hisyam sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti dapat punya.

Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat”

Siti menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala…. Hisyam hampa lagi dan membebel dalam hati

“Kejamnya isteriku ni, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Dengan muka yang masam mencuka Hisyam terus tidur tanpa mengajak Siti isterinya.

Keesokan harinya Siti bertanya kepada emaknya

“Mak! mengapa abang Hisyam tu setiap malam asyik berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”

Si emak pun bertanya “Apa yang kamu jawab nak ?

Siti berkata “Eh apa pula yang nak Siti jawab, Siti tak jawab apa-apa le”

Si emak berkata lagi “Siti sudah lupa ke apa yang emak nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya Siti jawab “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”

“Owh ye ke, Siti lupa lah mak….baiklah, malam ini Siti pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat…

Hisyam seperti tidak menunjukkan apa-apa yang tanda dia akan bertanya soalan yang sama. Dengan muka ikan keringnya, Hisyam menyibukkan dirinya dengan kerja kerja lain.

Malam kian larut… Siti tertunggu-tunggu bilakah gerangan suaminya akan bertanya.


Siti akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri yang meng`offer’ kan diri

Lalu Siti pun mendekati Hisyam dan terus berbisik ke telinga Hisyam dengan manja “Bang.... Lapangan terbang sudah sedia”,


Hisyam kerana terlalu geram dengan Siti, dengan muka yang masam lagi masin macam ikan kering terus menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”







Tuesday, October 14, 2014

Aku Dan Bisikan Hati



Sang hujan tidak pernah percaya
bahawa mendung beredar setibanya matahari
sama halnya juga mendung yang tidak pernah tahu,
bahawa hujan terus menunggu
untuk dijemput pergi
dari mimpi tentang kesepian
tentang kesedihan
tentang kekecewaan
tentang ketiadaan
tentang ketidakbermaknaan
dan tentang mata seorang lelaki tua
yang tengah menggenggam cita cinta
maka bila nanti
mendung kembali lagi
katakan padanya tentang diriku yang ada
diriku yang tiada
diriku yang hampa
diriku yang terluka
diriku yang merana
diriku yang terlupa
katakan, sekali saja,
aku tidak pernah menemukan
apa yang luput untuk kutemukan
sehingga bila ye boleh aku kembali jatuh cinta?



Siapalah aku untuk memiliki senyumannya
Siapalah aku untuk merasai apa rasa nya
Biarlah hanya tersimpan di dalam jiwa
Bukannya aku tidak terdaya tetapi aku tidak mahu menjadi kaca
Biasan indah ada padanya
Tetapi mungkin bukan untukku
Dia sudah punya cermin untuk dilihat
Dia sudah punya kayu untuk dipahat



Sunday, October 12, 2014

Kata Orang Pula Tentang "Sikap Perempuan Mengikut Jenis Darah"



Wanita Jenis Darah "A" 
 
Wanita yang tergolong dari kategori ini mampu menjadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana mereka dapat menangani banyak perkara, dari urusan di pejabat hingga ke urusan di rumah malah mampu mendidik anak dengan baik. Mereka rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga sebelum urusan pejabat. Mereka sering sahaja berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, mereka sendiri akan berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi.

Wanita Jenis Darah "B" 

Mereka adalah golongan yang trendy dan suka bersosial. Selalunya mereka sukar dan lewat bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Selalunya mereka ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Wanita kalangan ini kerap menghabiskan masa bersama teman dan rakan-rakan dan bijak membawa diri. Dalam pada itu mereka juga berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik. Cuma kadangkala, mereka ini agak egois, namun kerana mereka ini sangat mempersona, teman dan suami mereka tidak sampai hati untuk menyakiti perasaan mereka. Seperkara lagi haha mereka ini adalah individu yang boros. 

Wanita Jenis Darah "O" 

Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga mereka bertindak selaku ibu bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada suami mereka. Sekiranya suami pulang lewat malam, mereka kebiasaannya bertenang serta memahami dan ini akan membuatkan si suami menganggap diri mereka sebagai ibu. Wanita ini bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala mereka terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya mata mereka akan menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak. Awas, tumpuan mereka yang keterlaluan terhadap anak-anak adakalanya membuat si suami mereka kesepian. Setelah bergelar ibu, mereka selalunya akan mengabaikan penampilan mereka. Ingat! itu akan mengurangkan daya tarikan mereka sebagai seorang wanita dan ini boleh membuatkan suami mereka beralih kepada wanita yang lebih berpenampilan. 

Wanita Jenis Darah "AB" 

Selalunya wanita ini adalah wanita yang cerdas. Mampu menjaga dengan baik dan mampu menghadapi masalah kewangan secara rasional. Dia berusaha menggunakan waktu yang ada untuk meningkatkan kualiti dirinya dan melakukan aktiviti-aktiviti yang baru. Namun dia tidak begitu mengemari untuk menjadi ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami mereka takut kalau kalau tidak mampu memenuhi tuntutan serta kesempurnaan peribadi golongan wanita ini. Sifat “cool”adalah sinonim dengan keperibadian wanita ini. Biasanya wanita dalam kumpulan ini ditakuti lelaki…






Kata Orang Tentang "Sikap Lelaki Mengikut Jenis Darah"




Si Dia Berdarah “A”


Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati.. Bak kata orang tu,segala-galaanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali keluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yg tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angin sekiranya bila pulang dan melihat rumahnya dalam keadaan yang tidak terurus. Lantas sahaja dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu…

Si Dia Berdarah “B”


‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu sahaja. Kadangkala sebagai pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama kawan-kawannya sehingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar diperhatikan. Sekiranya di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri… 

Si Dia Berdarah “O”


Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, Haha kamu perlu banyak persiapkan diri kamu dari sudut mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis ketika sedang hangat di lamun cinta dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dengan kamu berkenaan hal-hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya secara sembarangan, kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik.. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam berkomunikasi. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus berubah sikapnya menjadi seorang yang paling malas dalam melayani urusan rumahtangga.

Si Dia Berdarah “AB”



Individu ini adalah seorang yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga adakalanya ingin mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa gangguan dari sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka orang lain mengganggu pada waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti tidak berasa selesa dengan situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Walaupun dia adalah seorang yang suka cakap banyak tetapi dia tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan apa-apa yang sedang dirancang dalam kotak fikirannya.



Kata orang, air liur yang diludah dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah rendah.
Kalau anda tak percaya,
apakata anda cuba ludah air liur anda pada orang yang ada penyakit darah rendah,
saya yakin dia mesti naik darah.


Sukatan Tekanan Darah



Sukatan Gula Dalam Darah


Bosan Gila


AKU BOSAN GILA NI
ORANG GILA PUN TAK BOSAN MACAM AKU NI


Apa aku nak buat ni ye?