Friday, June 12, 2015

Apa Perempuan Akan Kata?


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan kata:: "Woow, cool giler..."
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan kata: "Eeleh perasan bagus..."

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "Nobody's perfect"
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan kata: "Memang.... muka pun macam pecah rumah!"

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan kata: "Wah.. machonya.. macam hero filem!"
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "Entah-entah kawan dia..."

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "Sepadan sangat..."
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "Mesti kena bomoh perempuan tuh!"

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "Jangan sedih, kan saya ada..."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:..."Tenguk orangnya pun dah dapat agak dah lambat laung akan ditinggalkan juga"

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan kata: "Perasaannya halus...penuh kasih sayang"
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan kata: "Ermhh sesama keluarga memang harus menyayangi..."

Kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan kata: "Matching... hebat luar dalam"
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan kata: "Bang, bosnya mana...?"

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "Tentu dia sendiri pun tak sanggup melihat hasilnya"

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan kata: "Ini barulah lelaki gentlemen"
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan kata: "Dah naluri pembantu, memang begitu...."

Kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "Let me be your shoulder to cry on"
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "Kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"



Kenali dan nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain. 
Apa pun, terimalah dengan redha dan hati terbuka terhadap kekurangan yang ada pada pasangan kita.





Bila Isteri Cerewet Suka Cakap Kuat Kuat


Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Nakamura. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Nakamura sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Nakamura supaya meninggalkan isterinya itu.

Bak kata pepatah Melayu, belakang parang jika diasah tiap tiap hari akhirnya tajam juga. Akhirnya Nakamura pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Maka suatu hari Nakamura mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Nakamura melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar berdekatan dengan perigi itu. Lantas dengan pantas Nakamura menolak isterinya itu jatuh masuk ke perigi buta tersebut.

Sepuluh minit pertama Nakamura merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Nakamura mulai merasa sepi juga karena dia tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Nakamura kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Nakamura apabila yang naik itu bukan isterinya, melainkan seekor makhluk yang menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, rupanya makhluk itu adalah penunggu perigi buta itu selama ini.

Dengan perasaan takut takut berani Nakamura terketar-ketar bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut laaa, entah macamana tetiba di bawah tu ada pulak seorang manusia..... dah la cakap kuat kuat, cerewet pulak tu..... pekak telinga aku....."











Thursday, June 11, 2015

Putus Tunang



“Hei Syim.. Kau okay ke?” Aku menyapa sepupuku Hasyim. Seorang pomen. 

Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut, “Entahlah... Hari nikah dah tak lama lagi. Segala persiapan semua dah dibuat. Kad jemputan kawin pun dah abis di edarkan. Hmmphhh. 

Suasana sepi seketika, sepupuku menyambung lagi kata-katanya "Tapi... beberapa hari ni aku rasa sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Sampai bengkel terpaksa ku tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Dengan menundukkan muka sambil mengeleng-gelengkan sedikit kepalanya dia meneruskan kata-kata “Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”

Aku terkejut. “Biar betul kau? Kan lagi sebulan je tarikh nikahnya, lagi pun dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang je dia nak tinggalkan kau.”

“Iyer betul ni. Aku sendiri pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli apa orang kata. Aku bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada, yang selalu menyayangi dirinya seadanya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar juga. Aku berniat nak transform dia jadi macam wanita lain. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, bertungkus-lumus aku bekerja siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan kawan-kawan rapat datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je laa. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, aku dah macam orang minyak dah, siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain lagi.

Aku buat semua ni sebab aku sayang dia. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun turut rasa happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model dah aku tengok. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, dah takde dah yang mengutuk, kin i kutukan dah bertukar dengan pujian.

Dia pun tambah sayang dekat aku. Tu yang kemudian, kami bertunang tu.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin, kebetulan pelanggan pun ramai sikit. Aku teringin nak beli kereta untuk dia. Proton Wira je pun. Supaya senang dia nak pergi kerja. Akhirnya awal tahun ni hari tu, aku dapat belikan dia kereta tu. Second hand je. Aku letak atas nama dia pun. Tapi sebelum tu, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapiiiii... minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu kat dia semampu hati aku. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian rupanya. Dia datang dengan teman lelaki dia yang baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku bagi seliang penumbuk kat muka lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last last, aku gak yang kena maki dengan tunang aku. Aku gak yang disalahkan.”

Terdiam seketika, Ku lihat Hasyim dah menitiskan air mata lelakinya. Setahu aku sepupuku itu sangatlah tabah orangnya. Namun setabah-tabah dia menangis juga akhirnya. Tentu hal ini amat mengecewakan jauh di lubuk hatinya. Aku berusaha menenangkannya. Lalu... dia menyambung kata-kata,

“Kelmarin... aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi tu. Dia nak buat apa kereta tu lagi, Kan teman lelaki barunya dah ada kereta yang lagi mewah? Tapi dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan aku selama ni. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa, selama ni aku laa yang berdiri di belakang dia, support dia segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia? Jantan yang angkut dia tu hanya suka dia masa dia dah cantik lawa bergaya je, kalau dia masih macam rupa dia dulu, aku rasa belum tentu lagi jantan tu mahu”

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 180 darjah sekelip mata.

“Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua sedara-mara sahabat handai, baik laki maupun perempuan. Jangan kerana sayang, segala-galanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk makwe atau pakwe ni. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, Selama ni aku tak pernah berhabis untuk mak dan ayah aku. Tuntutan Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Mak dan ayah aku yang dah 28 tahun bela aku dari lahir hingga sekarang, aku tak le pulak berbelanja sebegitu rupa. Mak dan ayah aku yang dalam keadaan macamanapun aku, menatang cinta sayang mereka kepada aku, aku tak pandang pun. Tapi... untuk orang yang aku kenal 3 tahun dan aku jatuh cinta, aku berhabis sedaya-upaya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku sedar. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Apa perintahNya? Dari mana aku dilahirkan? Dari siapa aku berasal? 

Malunya akuuuuuu. Alhamdulillah. Aku redha segala-galanya walaupun hati aku sedih yang teramat sangat.”

Aku sebak mendengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Hasyim mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis yang jauh lebih baik, lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersamanya. Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. 




Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah dan pengajaran. Hanya kita sering salah membuat pilihan.






Satu Malam Di Bilik Mayat Hospital (Kisah Seram)


Hasri terkedek-kedek berjalan di belakang Doktor Rasyid dan pembantunya, mengejar langkah mereka berdua yang berjalan dengan agak pantas. Itu hari pertama dia berada di Hospital itu. Setepatnya, itu adalah malam pertama ia menjalani latihan di hospital itu. Mereka bertiga melewati koridor kecil yang menghubungkan bangunan utama kepada bangunan yang lebih kecil. Malam itu dia akan melihat bagaimana bedah siasat dilakukan. Perasaan teruja berbaur seram memaut tangkai hatinya, berbuai-buai hatinya digayut takut.

" Kita ada kes baru, dok..." Hasri terdengar pembantu itu melaporkan kepada Doktor Rasyid.

" Kes bunuh? " tanya Doktor Rasyid.

" Tak.... Eksiden Motor. Mangsa terperosok di bawah treler. Kena gilis..." 

Hasri terkedu apabila mendengarkan itu. Dia bakal seorang doktor tetapi dia masih merasa ngeri jika terpaksa berdepan dengan mayat yang berkeadaan sebegitu. Sebaik sahaja pintu bilik bedah siasat dibuka, udara sejuk menerjah keluar, menyapu wajah Hasri. Sejuknya menggigit ke tulang pipi. Terngiang-ngiang cerita kawan-kawannya tentang bilik bedah mayat, tentang perkara-perkara aneh dan seram yang berlaku di billik itu.

Di atas meja besi tahan karat itu terbujur sekujur mayat ditutupi sehelai plastik putih. Pembantu itu pun menarik plastik putih itu. Hasri ternganga apabila melihat keadaan mayat itu yang sungguh mengerikan, kaki kanannya telah putus, sebelah kanan tubuhnya sudah melepek seperti terhempap benda berat, lehernya terkulai dan mungkin tengkuknya telah patah, kepalanya kemek manakala kulit mukanya seperti ditarik menyebabkan mukanya terherot seperti disiat.

Doktor Rasyid tidak membuang masa, dia terus mencapai gunting dan perkakasan lain manakala pembantunya menolong mana-mana yang perlu. Hasri hanya berdiri di sebelah Doktor Rasyid. Dia tidak dibenarkan menyentuh apa-apa buat kali ini. Doktor Rasyid menggunting pakaian mayat dengan berhati-hati. Darah masih mengalir, masih belum beku. Pembantu itu pun segera jirus darah tu dengan air, darah itu pun mengalir ke satu sudut meja besi lalu mengalir turun melalui sebatang paip dan hilang entah ke mana. Bau hanyir menusuk hidung. Darah manusia memang hanyir.

Sebaik selesai mayat itu dibogelkan, Hasri dapat lihat tubuh mayat itu seperti dikecai-kecaikan. Tiba-tiba Hasri seperti melihat kaki mayat itu bergerak-gerak. Dia tersentak lalu melontarkan pandangan terkejutnya kepada pembantu itu. Pembantu itu hanya tersenyum memandang Hasri.

" Itu perkara biasa... tak ada apa-apa..." kata pembantu itu.

Doktor Rasyid menoleh sebentar kepada Hasri. Dari balik topeng putih itu, Hasri dapat rasakan doktor tua itu tersenyum menyindirnya. Hati Hasri bercelaru. Kaki mayat itu masih menguit-nguit seperti mahu bangun. Debaran jantung menggetarkan dadanya. Kali ini, tangan kiri mayat itu pula yang bergerak-gerak. Berbagai-bagai cerita seram yang pernah didengarinya kembali ke kanvas imaginasinya.

Tak lama kemudian, Hasri terdengar bunyi seperti orang mendengus. Cepat-cepat Hasri renung mulut mayat yang herot itu, mana tahu kalau-kalau mayat itu yang berkeluh-kesah. Sungguh besar dugaannya di bilik mayat, sama seperti cerita-cerita yang didengarinya sebelum ini.

" Saya... saya dengar macam....."

" Shhh....! " pembantu itu memotong kata-kata Hasri.

" Tapi... "

" Shhhh...!!! " kali ini pembantu itu sedikit jengkel dengan Hasri.


Tiba-tiba, bau busuk seperti telur tembelang menusuk hidung Hasri. Dia hampir tersedak dan lemas apabila tercium bau busuk itu. Dia pun memekup hidungnya sambil menoleh kepada pembantu itu. Sepantas itu juga pembantu itu menjegilkan matanya, membulat. 


" Aku kentut... " kata Doktor Rasyid dengan selamba.






Mencari Mimpi

Satu awal pagi (2.30am) yang sunyi, dingin, hening, aku terasa begitu sunyi dan sendirian, lalu otak ku berfikir akan jalan jalan kehidupanku yang telah aku lalui dan yang bakal aku tempuhi. Hmmmmmmmmmmmmm.

Ternyata kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Aku perlu berusaha dengan kesabaran maka InsyaAllah aku akan mencapai kejayaan. 

Namun, tidak semua yang aku usahakan, akan menghasilkan apa yang aku impikan. Ada masanya, semakin aku berusaha semakin dekat kegagalan menghampiri diriku. Itulah hakikat kehidupan yang perlu aku terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. 

Sebagai manusia, aku harus sabar menghadapi ujian hidup ini. Aku ikhlas dalam segala yang aku lakukan. Aku tidak mengharapkan sebarang ganjaran dan pujian, kerana aku tahu tidak semua orang tahu menghargai. Jarang ada orang yang menghargai apa yang mereka ada dan apa yang mereka terima. 



Begitulah kehidupan, langit tidak selalunya cerah, ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah aku sediakan payung sebelum hujan. Aku perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan.


Ada masanya aku merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya aku merasakan aku bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun aku berada di tengah kesibukan kota. Sering sahaja aku bersendiri menghadapi cabaran hidup, walaupun kononnya aku berada disamping seseorang yang sering mengungkapkan kata-kata cinta, dan janji-janji akan sentiasa bersama, dalam susah dan senang kehidupan. Itulah warna-warni kehidupan. Pengalaman mengajar aku erti kehidupan, menjadikan aku semakin matang dan bijak membuat keputusan.

Gembira atau duka, suka atau benci, aku perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka adalah permainan hidup yang aku tidak akan dapat lari dari merasainya. 

Aku akan terus mencari kegembiraan dan mencari kebahagiaan. Akan aku teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. 

Ku tanya pada diriku apa yang aku mahukan kerana hatiku tidak pernah menipu dan di situ aku akan bertemu jawapannya.

Tiba-tiba aku terdengar bait bait ini, indah dan menepati diriku dikala ini


Hisyam Abdul Majid



Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui


Umpama pengembara,
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata.....

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan.....

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama.....
Pengembara.....
Terpedaya.....

Kerana mimpi..... 
Hanya mimpi.....





Saturday, June 6, 2015

Hati Yang Kehampaan

Bagai terumbang di tengah lautan hitam yang bisu,
sendirian,
tanpa teman,
tiada cahaya.


Duniaku terasa hambar,
sunyi,
sepi,
gelap dan gelita.


Akankah aku temukan secercah cahayaMu,
rangkulanMu,
dakapanMu,
dan kasihMu……?


Berikanlah aku rezeki kebesaranMu,
yang dapat membuatku lapang dan tenang,
setiap saat,
di mana pun aku,
bila pun aku,
selamanya.



Sumber Cetusan Hati : Hazariah






Tuesday, February 3, 2015

Cintamu


Cinta tidak mempunyai kaki, 
tetapi cinta boleh berjalan dari hati ke hati. 
Seperti mana cintamu kini yang telah berjalan pergi meninggalkanku.

Cinta tidak mempunyai mata, 
tetapi kini aku benar-benar menyaksikan kedustaan cintamu.

Cinta tidak memiliki telinga, 
tetapi hati ini sakit, 
ketika mendengar kata kata manismu yang hakikatnya itu semua palsu.

Cinta tidak memiliki tangan, 
tetapi cintamu telah menggenggam remuk jantung hatiku hingga hancur, 
takala aku tahu bahawa engkau hanya menjadikan aku sebagai persinggahan sementaramu semata-mata.