Saturday, February 15, 2014

Untuk Sang Mantan

Untuk sang mantan.
Terima kasih, 
kamu pernah menjadi bahagian dari cerita hidupku.
Sekarang memang kita sudah tidak bersama lagi.
Mungkin kamu telah menemukan seseorang,
yang mengantikanku di hatimu.
Seseorang yang mampu menyembuhkan luka,
yang pernah ku toreh tanpa sengaja dalam hatimu.
Dan aku harap,
dia adalah orang yang tepat untukmu.
Semoga dia tidak pernah melakukan kesalahan, 
seperti yang pernah aku lakukan.
yakni,
menyakitimu hingga membuatmu memilih untuk berlalu.
Mungkin kau tak ingin tahu,
tapi sesungguhnya sehingga saat ini aku masih sendiri.
Bukan aku tidak mampu mencari kekasih lagi,
tapi aku masih mencuba memujuk hatiku, 
yang remuk rendam setelah kepergianmu.
Meskipun perpisahan darimu menyisakan luka di hatiku.
Aku tidak pernah menyesal mencintaimu.
Kerana bagaimanapun,
aku pernah bahagia bersamamu.
Terima kasih,
kerana kamu pernah mencintaiku,
harap-harapnya dengan tulus,
dan maafkan aku, 
jika aku pernah melukaimu.

Di petik dari Organiser Hisyam AM

"Ketika Satu Pintu Kebahagian Tertutup
Pintu Yang Lain Dibukakan
Tetapi Seringkali Kita Terpaku Terlalu Lama
Pada Pintu Yang Tertutup
Sehinggakan Tidak Melihat Pintu Yang Lain Yang Terbuka Untuk Kita"

"Waktu Kamu Lahir, 
Kamu Menangis Dan Orang-Orang 
Di Sekelilingmu Tersenyum,
Jalanilah Hidupmu Sebaik Mungkin,
Sehingga Nanti Pada Waktu Kamu Meninggal,
Kamu Tersenyum Dan Orang-Orang
Di Sekelilingmu Menangis"



Thursday, February 13, 2014

Luka Di Hati Siapa Yang Tahu


Dari laman hendak ke sawah
Pergi menaji pohon mengkudu
Luka Di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu


Sakit hati  -  Makan hati
Susah hati  -  Iri hati
Suka hati  -  Ambil hati
Takde hati  -  Benak hati
Jaga hati  -  Beri hati
Geli hati  -  Senang hati
Jauh hati  -  Beli hati
Dekat hati  -  Curi hati
Cemburu hati  -  Gelap hati
Buka hati  -  Ada hati
Terang hati  -  Tutup hati
Suara hati  - BERHATI-HATI


Senyumlah Walau Hatimu Luka...
Ubatilah Ianya Dengan Suka Dan Gembira Dengan MengingatiNYA...
Agar Dirimu Tidak Lagi Derita...
Terima Dengan Redha...
Semoga Ada Hikmahnya...
ALHAMDULILLAH.





Tuesday, February 11, 2014

Semua Orang Ada Kisahnya Tersendiri


Seorang lelaki tampan berusia lingkungan awal 20an duduk sopan bersebelahan bapanya dalam keretapi ekspres menuju ke utara negeri perak. Sebaik keretapi mula bergerak lelaki itu memandang keluar melalui kaca tingkap keretapi  dan tiba-tiba berteriak kehairanan "Ayah, tengok tu, pokok-pokok tu semua bergerak ke belakang!"

Bapanya tersenyum dengan sabar sambil menepuk-nepuk bahu anak lelakinya itu dan berkata "Iyer, pokok-pokok tu kebelakang apabila keretapi bergerak kehadapan"

Sepasang suami isteri yang duduk berdekatan turut simpati melihat gelagat pemuda yang seusia itu masih bertanya seperti kebudak-budakan.

Tiba-tiba pemuda itu berteriak lagi "Ayah, lihat tu, awan di langit mengikut kita balik!"

Bapanya tetap tersenyum dan dengan lembut berkata "Iyer anakku, awan tu terlalu besar dilangit, jadi ia kelihatan seperti sentiasa berada di atas kita kemana jua kita pergi".

Pemuda itu mengangguk-angguk kepalanya.

Pasangan suami isteri yang duduk berdekatan dengan mereka terasa tidak sabar dengan kelakuan pemuda itu lalu bertanya "Mengapa pakcik tidak berusaha membawa anak pakcik berjumpa doktor pakar?"

Bapa pemuda itu tetap juga tersenyum "Yer, saya sudah usahakan, sebenarnya anak saya memang baru keluar dari hospital" katanya "Dengan izin dan rahmat Allah, seorang doktor pakar berjaya memulihkan penglihatan anak saya kelmarin, anak saya sebelum ini tidak dapat melihat sejak dia dilahirkan" 

Semua Orang Di Dunia Ini
Masing-Masing Ada Sejarahnya Yang Tersendiri.
Jangan Menilai Seseorang Sebelum Mengetahui Hal Yang Sebenar Di Sebalik Diri Seseorang Itu.
Kebenarannya Mungkin Membuat Anda Terkesima.





Antara Kentang, Telur Dan Bijian Kopi

Seorang anak perempuan mengadu sambil menangis kepada bapanya bahawa hidupnya sengsara dengan macam-macam masalah, setiapkali dia dapat mengatasi satu masalah akan datang satu masalah lagi menimpanya, dia berasa letih asyik berusaha mengatasi dan bergelut dengan masalah sepanjang masa.

Setelah berfikir seketika si bapa mengajak anaknya ke ruang dapur. Dia meminta anak perempuannya memerhatikan dengan sabar apa yang akan dia lakukannya. 

Si bapa mengisi tiga periuk yang sama besar, dengan jumlah air yang sama banyak, dan menjerang ketika-tiga periuk tersebut diatas tiga tungku pembakar dapur pada api yang sama kuat. 

Kemudian si bapa memasukkan sebiji kentang kedalam periuk yang pertama, sebiji telur ayam ke dalam periuk yang kedua dan segengam bijian kopi kedalam periuk yang ketiga. Lalu dibiarkan ketiga-tiga periuk tersebut terjerang diatas dapur.

Setelah 15 minit air rebusan pada ketiga-tiga periuk itu pun mendidih dan si bapa menutup api dapur. Si bapa meminta sekali lagi anak perempuannya mengamati betul-betul apa yang akan ditunjukkan selepas ini.

Si bapa mengambil kentang dari periuk yang pertama dan meletakkan dalam sebuah mangkuk, dan mengambil telur dari periuk yang kedua dan meletakkannya kedalam mangkuk yang berlainan, menuangkan air kopi dari periuk ketiga kedalam satu cawan.

Dia bertanya kepada anaknya "Apa yang Siti lihat?" Dengan cepat anaknya menjawab "Sebiji kentang, sebiji telur dan satu cawan kopi".

Si bapa meminta anaknya mengamati dengan lebih teliti akan perubahan fizikal antara kentang, telur dan kopi itu setelah dimasak. Anaknya memicit kentang dan mendapatinya lembut, kemudian memecah kulit telur dan mendapati isinya pejal, seterusnya menghirup air kopi dan mendapati aromanya kaya menyegarkan dengan rasanya yang sedap sehingga terukir senyuman dibibir.

Siti bertanya "Ayah! sebenarnya apakah yang ingin ayah sampaikan?"

Si bapa menjelaskan bahawa kentang, telur ayam dan bijian masing-masing menghadapi masalah yang sama, dimasak dengan kuantiti air yang saya, dalam bekas yang serupa dan kekuatan api yang tiada bezanya. Walau bagaimanapun, reaksi masing-masing berbeza antara satu sama lain.

Kentang yang sebelumnya padat dan kental tetapi di dalam air yang mendidih, ia menjadi lembut dan lembik, sedangkan warna air masih jernih. 

Telur yang hanya ada kulit yang rapuh untuk melindungi isi telurnya yang cair, apabila berada di dalam air mendidih ia berubah menjadi pejal, tetapi warna air tetap juga jernih. 

Manakala bijian kopi adalah unik, selepas dididihkan dengan air yang mengelegak panas, ia menukar warna air kepada lebih menarik, menerbitkan aroma yang lebih menyegarkan, dan menarik selera untuk dihidangkan, dalam ertikata lainnya ia mencipta sesuatu yang baru.

"Dan sekarang, yang mana satu mewakili Siti anakku sayang?" tanya si bapa, "Apabila masalah mengetuk pintu kehidupanmu, bagaimana tindak balas Siti untuk mengatasinya demi mengubah nasib kehidupan?"

"Adakah Siti akan bertindak seperti kentang? Telur? Atau bijian kopi itu tadi?"

In Life,
Things Happen Around Us,
Things Happen To Us,
But The Only Thing That Truly Matters
Is What Happens Within Us.

Jangan Mengeluh Dengan Masalahmu
Jika Kamu Rasa Bebanmu Lebih Berat Daripada Yang Lain,
Itu Kerana Allah Melihatmu
Lebih Kuat Daripada Yang Lain.


Monday, February 10, 2014

Open Your Mind Before Your Mouth

Seorang doktor secara tergesa-gesa memasuki lobby hospital menuju biliknya, tanpa berlengah dia terus menukar pakaian dan segera menuju ke dewan pembedahan. Ketika melalui ruang menunggu diluar blok dewan bedah, doktor terserempak dengan bapa kepada pesakit yang menunggu pembedahan. 

Bapa pesakit itu berteriak kepadanya "Mengapa awak mengambil masa begitu lama untuk datang? Tidakkah awak tahu nyawa anak saya dalam bahaya? Apakah awak tidak ada rasa tanggungjawab? Bagaimana awak boleh diterima menjadi seorang doktor?"

Doktor tersenyum sambil menarik nafas dalam-dalam dan berkata "Saya minta maaf tuan, saya tiada di hospital ketika menerima panggilan, saya berusaha segera datang sebaik menerima panggilan kecemasan, saya harap tuan bertenang, InsyaAllah saya akan berusaha melakukan segala yang terbaik untuk anak tuan".

"Bertenang? Macamana kalau anak awak yang berada di dalam bilik bedah sekarang ini, adakah awak boleh bertenang?" Tembelak bapa pesakit dengan sangat marah.

Doktor masih tersenyum dan sekali lagi menarik nafas dalam-dalam dan menjawab "InsyaAllah kami akan melakukan yang terbaik, semuga Allah membantu usaha kami, Harap tuan mendoakan kejayaan kami dan semoga anak tuan berjaya serta selamat menjalani pembedahan dan sembuh dengan segera"

"Pandai-pandai je nak memberi nasihat, awak tak menghadapinya senang la awak cakap" Rungut bapa pesakit.

Pembedahan mengambil masa beberapa jam, sebaik pembedahan selesai, doktor keluar dengan wajah yang tenang dan terus menemui bapa pesakit, "Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, anak tuan berjaya diselamatkan, sekarang dia semakin stabil dan perlukan banyak rehat, jika tuan ada sebarang pertanyaan sila bertanya kepada jururawat yang bertugas" Tanpa menunggu sebarang reaksi dari bapa pesakit, doktor terus bergegas pergi meninggalkan blok pembedahan.

"Mengapa doktor itu begitu sombong, tak boleh ke dia tunggu beberapa minit untuk memberi ruang kepada saya bertanyakan keadaan anak saya?" Aduan bapa pesakit kepada jururawat yang bertugas yang kebetulan lalu dihadapannya sebaik kelibat doktor itu hilang dari pandangan.

Jururawat tersebut segera menjawab "Saya minta maaf bagi pihak doktor saya encik, sebenarnya anak doktor tu meninggal dunia subuh tadi dalam satu kemalangan jalanraya, dia sedang menguruskan jenazah anaknya ketika kami menghubunginya untuk melakukan pembedahan kecemasan ke atas anak encik".

Airmata jururawat mula meleleh dipipi "Sekarang dia telah berusaha untuk meyelamatkan anak encik tetapi perlu segera pulang agar sempat melihat jenazah anaknya sebelum dikebumikan".

Bapa pesakit terduduk, tunduk malu dan menyesali sikapnya sendiri

Think Before You Judge


Don't Let Your Emotions 
Ruin Your Life
Think Rationally

Menyingkap Kisah Diri Seorang Sahabat

Tersebutlah sebuah kisah seorang pemuda yang sangat menaruh perasaan cinta terhadap seorang gadis. Gadis pilihannya itu bukanlah seorang yang tercantik atau paling rupawan tetapi gadis itulah segala-galanya bagi dirinya. Pemuda itu sering mengambil berat dan membantu memudahkan sebarang urusan gadis tersebut. 

Siang dan malam pemuda itu mengimpikan untuk membina kehidupan sebagai suami isteri bersama gadis idamannya, malah dalam diam dia sudahpun membuat persiapan yang cukup dari sudut ilmu, kemudahan dan keperluan untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia demi cintanya. 

Satu hari kawannya bertanya "..... peliknya, bagaimana kamu terlalu mengimpikan gadis itu, sedangkan kamu sendiri tidak tahu samada gadis idaman kamu itu suka atau tidak kepada kamu?" " Sebaiknya kamu terus terang sahaja akan  perasaan kamu selama ini kepada gadis kesayangan kamu tu dulu dan selepas itu kamu akan tahu samada gadis itu menerima kamu atau tidak" saran kawannya. Pemuda itu mengangguk-nagguk setuju.

Dalam suasana lain si gadis idaman pemuda itu memang sedar dari awal lagi bahawa pemuda tersebut menaruh perasaan cinta kepadanya.

Satu hari pemuda tersebut berjumpa dengan gadis idamannya itu lalu meluahkan perasaannya selama ini dan terus melamar gadis tersebut dengan rayuan yang penuh sopan, tanpa disangkanya gadis idamannya menolak cintanya itu begitu sahaja.

Setelah hal ini sampai ke pengetahuan kawan-kawan si pemuda, mereka menyangka sudah tentu pemuda itu akan merana dan terumbang ambing hidupnya. Tetapi mereka terkejut apabila bertembung dengan pemuda tersebut, dia kelihatan tenang dan bagaikan langsung tidak tertekan dengan penolakan gadis yang selama ini menjadi pujaan hatinya.

Mereka bertanya kepada pemuda itu bagaimana dia tidak berasa sedih apabila cintanya ditolak oleh gadis idamannya begittu sahaja, pemuda itu menjawab "Mengapa saya perlu berasa sedih, kerana saya hanya kehilangan seorang yang tidak pernah menyayangi saya, sedangkan dia kehilangan seorang yang sangat mencintainya dan selalu mengambil berat akan kebahagian dan masa depan kehidupan dirinya".

True Love Is Hard To Get
Love Is All About Giving To Other Person Without Greed Of Gaining Anything In Return
If Other Person Rejects it,
Its him/her who will be losing most important thing in life
So Never Feel Rejected.


Luahan Dari Hisyam Abd Majid


Sunday, February 9, 2014

Perkara-Perkara Penting Dalam Kehidupan

Di sebuah universiti pada satu sessi pagi, seorang profesor falsafah hadir ke bilik kuliahnya yang penuh dengan penuntut. Dia berdiri di hadapan kelas dengan mejanya terdapat beberapa bahan serta objek pada satu sudut. Semua penuntut diam memberi perhatian kepada profesor menjadikan kelas bagaikan senyap sunyi.

Dengan hanya bahasa isyarat tanpa berkata apa-apa, profesor memulakan kelas dengan mengambil sebuah balang kaca kosong yang sederhana besar lalu mengisinya dengan ketulan ketulan batu yang berukuran kira-kira 2 inci diameter setiap satu sehingga sampai ke muncung balang kaca tersebut.

Lalu profesor bertanya kepada penuntutnya, samada balang tersebut sudah penuh. Semua penuntutnya bersetuju bahawa balang kaca tersebut sudah pun penuh.

Profesor kemudian mengambil sejumlah batu-batu kerikir yang bersaiz kira-kira sebesar guli dan memasukkannya ke dalam balang kaca itu kemudian mengoncang-goncangkan sedikit balang tersebut, maka kerikir yang bersaiz guli itu memenuhi ruang-ruang terbuka diantara ketulan-ketulan batu yang besar sebelumnya. Mengisi lagi batu-batu kerikir dan mengulang goncangkan balang kaca tersebut sehinggalah tidak boleh mengisikannya lagi.

Kemudian profesor itu bertanya semula kepada penuntutnya, adakah balang tersebut sudah penuh. Semua penuntutnya tetap bersetuju bahawa balang kaca tersebut sudah cukup penuh.

Seterusnya profesor mengambil sejumlah pasir halus dan menuangkan kedalam balang kaca dan mengoncang balang itu lagi supaya pasir memenuhi ruang-ruang kosong yang masih berbaki diantara ketulan-ketulan batu besar dan kerikir-kerikir yang bersaiz guli dan mengulanginya beberapa kali sehinggalah pasir memenuhi paras muncung balang.

Profesor bertanya sekali lagi "Adakah balang kaca ini sudah penuh?" Sebulat suara semua penuntut mengatakan "Ya". Profesor menyambung kata-katanya "Sekarang, saya mahu anda semua mengenali bahawa balang kaca ini adalah mewakili kehidupan anda". 

"Ketulan-ketulan batu yang besar tersebut adalah merupakan perkara-perkara penting kepada anda, seperti keluarga anda yang terdiri daripada ibubapa, suami isteri, anak-anak, dan sahabat serta kesihatan anda. Yaitu bahawa apabila segala-galanya sudah hilang, hanya mereka kekal bersama awak dan anda akan berasa hidup anda masih penuh dengan adanya mereka disekeliling  awak".

"Kerikir-kerikir batu bersaiz guli itu pula merupakan perkara-perkara penting yang lain dalam hidup anda, seperti harta benda anda, contoh seperti pekerjaan anda dan hartabenda anda".

"Manakala pasir-pasir adalah merupakan segala-galanya hal yang kecil dan tidak penting".

"Jika anda memasukkan pasir-pasir itu terlebih dahulu kedalam balang, semestinya tidak cukup ruang untuk memasukkan batu-batu kerikir dan apatah lagi batu-batu besar kedalam balang tersebut".

"Begitulah juga dalam kehidupan anda. Jika anda banyak menghabiskan masa dan tenaga anda kepada perkara-perkara yang tidak penting, Anda tidak akan ada ruang waktu untuk perkara-perkara yang penting bagi anda".

"Oleh itu, utamakanlah perhatian kepada perkara-perkara yang sangat penting untuk kebahagian, seperti ruang waktu bersama suami/isteri, bermain dan melayani anak-anak, mengeratkan silaturahim persahabatan dengan sahabat-sahabat, mengambil berat kesihatan seisi keluarga anda. Kerana merekalah yang tetap bersama awak ketika andainya anda ditakdirkan kehilangan segala-galanya satu hari kelak".

"Akan sentiasa adakan masa untuk bekerjaya, menjaga hartabenda anda, dan memastikan keselesaan anda sekeluarga juga ruang waktu bersama-sama client anda"

"Dalam hidup, anda perlu tahu menilai dan mengambil kira perkara-perkara yang paling penting bagi kebahagian hidup anda terlebih dahulu kerana yang selebihnya adalah pasir semata-mata".

Perjalanan Hidup Ini Masih Jauh Untuk Dilalui
Berusahalah..... Jalan Leka.....



Spend Life 
With Who Makes You Happy,
Not Who You Have To Impress.

Life Is Like A Camera
Focus On What's Important
Capture The Good Times
Develop From The Negatives
And If Things Don't Work Out
Take Another Shot