Wednesday, November 19, 2014

Semua... Orang Tak Betul



Apabila aku mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik lagi menghiburkan, namun bait-bait lagu ini aku rasakan mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Mengapa ye pencipta lagu ini mengambil binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai bahan dalam lagu ini? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah dia tidak terus sahaja menggunakan manusia sebagai karektornya? 

Hmmm mungkin agaknya dia hendak menjaga hati manusia, maklumlah, justeru terdapat ramai manusia yang begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul (2x)

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat (2x)

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku (2x)

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit (2x)

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah (2x)

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala (2x)

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah (2x)

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku (2x)

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku (2x)

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku (2x)

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku (2x)

Kita amat mudah mencari kesilapan dan aib orang lain..berbanding..silap dan salah diri sendiri.. 

Mungkin ada benarnya pendapat yang mengatakan: " Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan oleh orang lain..TETAPI oleh minda dan deria kita sendiri."

Cetusan Minda : DewiBiru








Betulkan ibu?

Sebelum berlepas ke Malaysia, ibu kepada bakal pembantu rumah dari indonesia, berpesan kepada anak perempuannya...


Si ibu  "Kalau mahu kawin pilih lelaki yang ada tiga ciri baik baik..

Pertama yang baik hati dan prihatin sama kamu.....

Kedua yang tidak boros jimat berbelanja.....

Ketiga biar yang teruna belum pernah kawin kawin.....

Si anak  "Baik ibu"

Setelah 3 hari di Malaysia si anak menghubungi si ibu melalu talipon dan memberitahu bahawa dia sudah hendak berkahwin.

Si ibu  "Eh,macam mana cepat sekali kamu jumpa yang ada tiga ciri-ciri yang ibu pesan!"

Si anak  "Yang pertama sesampai saya di Malaysia saya sesat ibu...tidur di station bas. 
Lalu datang seorang teruna mengajak saya tidur di hotel, katanya disini banyak nyamuk dan tidak selamat. Maknanya dia tu baik hati dan prihatin orangnya, betulkan ibu?"

Si ibu  "Yang kedua mana kamu tahu dia tidak boros?"

Si anak  "Tiba dihotel saya minta bilik berasingan... tetapi dia kata tak payah... cukup kongsi satu bilik sahaja berdua... Itu maknanya dia tu jimat duit dan tidak boros, betulkan ibu?"

Si ibu   "aduh" mengeluh

Si ibu  "Dan yang ketiga mana kamu tahu bahawa dia masih teruna?"

Si anak  "Ibu, malam tulah kali pertama saya lihat kemaluannya malah berbalut plastik pulak lagi, Itu maknanya dia masih teruna kerana kemaluannya belum pernah di bukak palstik lagi kan kan kan ibu?"

Si ibu tidak menjawab kerana sudah pengsan.






Di Saat Nyawa Tinggal 5 Minit Lagi





Seorang lelaki terbaring di dalam keadaan koma memasuki hari ke 5. Semasa dalam keadaan koma, dia didatangi oleh malaikat menyerupai seorang lelaki dan memberitahunya bahawa lelaki yang sedang koma itu akan mati dalam masa 2 jam lagi kecuali ada doa daripada 44 orang untuknya.

Lalu lelaki ini bertanya, "siapakah juga yang sudah mendoakan aku?" 



Malaikat menjawab, "Hanya 3 orang iaitu dari isterimu dan 2 orang anakmu dari 5 orang kesemuanya". 

Lelaki itu sedih dan bertanya lagi "Mengapa 3 lagi anaknya tidak mendoakan dia?" 

Dijawab oleh malaikat "Anaknya yang pertama sedang leka dengan kedudukannya yang tinggi dan sibuk dengan urusannya sehari-hari."

"Anak kamu yang no 2 pula sedang tengelam dengan kemewahannya, dia banyak menghabiskan waktunya berpoya-poya bersama rakan-rakannya di tempat-tempat maksiat".

"Manakala anak kamu yang no 3 kini sedang mabuk dilamun cinta bersama teman lelakinya. Pada fikirannya hanya ada teman lelakinya sahaja dalam hidupnya sehingga dia mengatakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa teman lelakinya".

"Ya mereka ada menziarah kamu tetapi ziarah mereka tidak langsung mendorong hati mereka mendoakan kamu"

Bertanya lagi lelaki yang sedang koma itu "Bagaimana dengan kakitangan di pejabatku? Aku adalah pengerusi di syarikat,  kakitanganku melebihi 50 orang, kawan-kawanku merata-rata dan juga saudara-maraku juga ramai. Tidakkah mereka berdoa kepadaku?" 

"Tidak" jawab malaikat. 

"Sebahagian besarnya tidak langsung mendoakanmu dan sebahagian yang lain mereka ada berdoa tetapi doa mereka ditolak". lanjut malaikat itu.

"Memang ada majlis doa dan tahlil dianjurkan oleh syarikatmu tetapi kakitangan kamu yang datang bukan untuk berdoa kepadamu. Mereka datang kerana terpaksa demi mangambil hati pegawai-pegawai kanan kamu. Ada yang datang untuk menikmati jamuan makan yang enak-enak. Ada yang datang hanya untuk tunjuk muka. Tetapi tidak seorang pun dari mmjereka yang ikhlas berdoa untuk kamu". 

Lalu menangislah lelaki itu kesedihan dengan nasib yang menimpanya.

Malaikat itu berjanji akan datang lagi kemudian setiap genap 1 jam sebelum waktu 2 jam tamat.

Satu jam kemudian malaikat itu datang menemui lelaki itu. 

Pantas lelaki itu bertanya "Adakah sesiapa berdoa untuk ku?"

Malaikat itu mengeleng-gelengkan kepalanya dan mengingatkan kepada lelaki itu "Kamu hanya ada 1 jam lagi sebelum ajalmu dan sebaik cukup satu jam nanti aku tidak lagi datang mengunjungi mu, tetapi akan datang malaikat yang bernama Izrail kepada kamu untuk mencabut nyawamu, maka bersedialah kamu dan selamat tinggal wahai lelaki"

Lelaki itu semakin ketakutan dan menangis insaf lalu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT berulang-ulang kali.

Tinggal 5 minit lagi sebelum tempuhnya berakhir, tiba-tiba datang malaikat tadi kepada lelaki itu.

Lelaki itu terkejut dan segera berkata "Mengapa kamu mungkiri janji sedang aku masih ada 5 minit lagi untuk bertaubatdan berdoa kepada Allah"

Lalu malaikat itu menjawab "Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, hanya kamu yang banyak berjanji tetapi tidak pernah menepati janjimu kepada Allah" 

Lelaki itu tertunduk dan seraya bertanya "Apakah ada sesiapa yang mendoakan ku lagi?"

"Ya ada doa untukmu sudah melebihi 44 orang, oleh itu aku datang" malaikat itu menjawab.


"Bolehkah aku tahu dari siapa? ujar lelaki itu dengan hiba dan terharu kegembiraan yang melinangkan airmatanya.

"Dari sebuah penempatan anak-anak yatim" kata malaikat itu.

"Iya.. iya.. aku banyak kali bersedekah kepada rumah anak-anak yatim" kata lelaki itu bangga.

"Semua sedekah-sedekahmu itu ditolak amalannya kecuali hanya satu" pantas malaikat itu menjawab.

Lelaki itu tergamam lalu bertanya "Mengapa begitu?"

Malaikat pun menjawab "Selain yang satu itu semua sedekah mu itu adalah untuk menunjuk-nunjuk dan membangga diri. Kamu mahu supaya masyarakat melihat kamu sebagai seorang yang hebat dan berkemampuan dan kamu juga mahu dilihat sebagai seorang yang berhati mulia lagi dermawan dan kononnya berjiwa masyarakat. Padahal sedekahmu yang berpuluh-puluh ribu itu langsung tidak ikhlas sama sekali"

Lelaki itu tertunduk dan malu lalu menyesali diri, kemudian bertanya dengan nada perlahan "Bagaimana pula sedekah aku yang satu itu?"

Malaikat itu mengisahkan "Kamu sebenarnya sudah lupa dikala hidup kamu sedang baru meningkat berjaya suatu masa dahulu kamu pernah memberi sedekah ikhlas kepada seorang pemuda yang mempunyai masalah untuk membiaya anak-anak yatim. Lalu kamu benarkan mereka menumpang di rumah peninggalan arwah ibubapamu di kampung sehinggalah mereka mampu berdikari sendiri". 

"Kini mereka sudah memiliki kawasan dan rumah mereka sendiri dan menerima banyak sedekah dan bantuan untuk kehidupan mereka setiap hari. Dan pada ketika berita keadaan kamu diketahui oleh ketua penjaga rumah anak yatim itu yang dulunya adalah pemuda yang kamu bantu dahulu, dia mengajak semua penghuni dan kakitangan rumah anak-anak yatim itu mendoakan mu dalam sebuah majlis bacaan Yasin sejurus sebentar tadi demi Allah dan jasa-jasa kamu dulu. Dan doa mereka semua penuh keikhlasan" kata-kata lanjut dari malaikat itu

Berguguranlah airmata lelaki berkenaan kerana terharu, insaf, menyesal, bertaubat dan bersyukur. Nyawanya yang hanya tinggal kurang dari 5 minit diselamatkan oleh sedekahnya yang tak seberapa tetapi ikhlas dan telahpun dilupakannya sangat lama dahulu.

Keinsafan dan kekesalan sangat mencengkam jiwa lelaki itu di alam komanya sehingga airmatanya kelihatan mengalir keluar tanpa henti dari kelopak matanya dan dan dapat disaksikan oleh isteri dan 2 anaknya yang menemaninya disisi katil wad unit kawalan rapi (ICU). 

Sehinggalah ketikanya raungan tangisan lelaki itu boleh didengar oleh semua yang ada di dalam wad itu maka ketika itulah lelaki itu tersedar dari komanya yang telah pun melewati 5 hari.

Sumber : Dr Siti Nurkhazirah



Rasulullah SAW, telah bersabda: 


“Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya” 

(Hadis Riwayat Bukhari)






Monday, November 17, 2014

Seorang Ahli Fekah Masyhur



Uzbekistan. Nama rasminya ialah Republik Uzbekistan, adalah negara di Asia Tengah, yang sebelum ini adalah merupakan sebahagian dari Soviet Union. Negara ini bersempadan dengan Kazakhstan di sebelah barat dan utara, Kirgizstan dan Tajikistan di timur, dan Afganistan dan Turkmenistan di sebelah selatan. 

Satu-satunya bahasa rasmi di sini adalah bahasa Uzbek, sebuah bahasa Turkik, namun bahasa Rusia tetap dipergunakan secara meluas, sebagai kesan peninggalan daripada sisa pemerintahan Soviet.

Pada era pembebasan dari cengkaman Rusia, Ibu Negara Uzbekistan adalah Samarqand tetapi pada sekitar tahun 1930 ibu Negara Uzbekistan telah dipindahkan ke Tashkant.

Samarqand adalah bandar bersejarah dan padanya terakam kisah sejarah Islam yang melibatkan Iskandar Zulqarnain dan Genghis Khan (puak Monggol). Bandar inilah yang melahirkan seorang tokoh sufi iaitu Imam Nasr bin Muhammad Abu al-Laith Samarqandi @ Abu Laith asSamarqandi. 

Apa yang membuat saya teruja dengan nama ini kerana kisah hidupnya yang membuktikan bahawa USIA BUKANLAH BATASAN UNTUK KITA MENDALAMI ILMU ALLAH SWT.

Kenapa saya katakan begitu???

Tahukah anda bahawa Abu Laith As-Samarqandi ini pada zaman muda belianya beliau tidak tahu pun membaca Al-Quran tetapi disekitar usia 50an barulah beliau mula belajar dan pada usia 57 tahun, beliau telah berjaya menguasai Bahasa Arab dan Al-Quran. 

Seterusnya beliau mula mewariskan ilmu yang ada padanya melalui penulisan. Yang paling terkenal sekali ialah Kitab Tanbihul Ghafilin (yang bermaksud Peringatan Bagi Orang Yang Lupa)


Menyentuh tentang Abu Laits As Samarqandi ini terdapat sebuah kisah menarik yang pernah di ceritakan olehnya untuk renungan kita bersama.

Kisahnya mengenai Abu Laits as-Samarqandi, ahli fiqh yang masyhur ini pada satu hari ketika dia berbual-bual dengan ayahnya lalu ayahnya berkata "Bahawa antara Nabi yang bukan Rasul, ada yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi pada satu malam, diperintahkan dengan mimpi yang menyatakan: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

“Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Nabi itu kebingungan sambil berkata: “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.

Nabi itu mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.

Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Selepas tiga kali, berkatalah Nabi itu: “Aku sudah melaksanakan perintah-Mu.” 

Lantas dia meneruskan perjalanannya dan tanpa disedarinya, mangkuk emas itu tetap terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya berasa simpati lalu memasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu datang menghampiri Nabi itu sambil berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh memutuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.

Akhirnya, dia membuat keputusan mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberi kepada helang itu.

Setelah mendapat daging itu, helang itu terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi berkenaan meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu pula satu bangkai yang sangat busuk baunya, dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. 

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, kembalilah Nabi itu ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi berdoa. Dalam doanya dia berkata: “Ya Allah, aku sudah melaksanakan perintah-Mu sebagaimana diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskan kepadaku erti semua ini.”

Dalam mimpi, beliau diberitahu oleh Allah bahawasanya: 

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, marah akan menjadi lebih manis daripada madu".

"Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak juga". 

"Ketiga, jika menerima amanah seseorang, jangan kamu khianat kepadanya".

"Keempat, jika seseorang meminta kepadamu, usahakan untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat". 

"Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang duduk berkumpul membuat ghibah (mengata-ngata akan aib orang lain)".

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita berikutan lima perkara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian, terutama dalam soal memperkatakan hal orang lain.







Anda Bagaimana?





















Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, bersyukurlah kamu kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu dan hanya kepada-Ku kamu akan kembali.” 
(Surah Luqman, ayat 14)

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya kamu tidak menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu mengherdik mereka. dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” 
(Surah al-Isra’, ayat 23)


Nabi Muhammad SWT. bersabda yang maksudnya :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)


Nabi Muhammad SWT. bersabda yang maksudnya :
“Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
(Hadits riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SWT. bersabda yang maksudnya :
“Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah sejak dari dunia lagi, adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadits riwayat Tabrani)

Nabi Muhammad SWT. bersabda yang maksudnya : 
“Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”
(Hadits riwayat Tabrani)

Tau Tak?


ISTERI : Abang tau tak..

SUAMI : Tak tau.. apa dia?

ISTERI : Saya bukan nak cakap besar la.. dulu sebelum saya kawin ngan abang.. banyak lelaki yang datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang

SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar jugak.. tapi dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yang abang pinang tapi semua menolak kecuali awak

ISTERI : Huh!?





Sunday, November 16, 2014

Aku Bukan Pengemis Cinta


Kekecewaanku tidak pernah menyesal mengenalimu..
Aku tak pernah salah menyayangimu..
Kerana ianya sangat indah bagiku..
Semuanya mengajar aku akan asyiknya cinta ini.. 

Walaupun aku tahu cintamu mungkin tidak aku miliki..
Sedarku akan kasihmu mengelak hadir di hatiku ini..
Namun hanya satu yang aku pasti..
Aku tidak pernah ingkari janji.. 

Tapi hati ini menitis-nitis..
Engkau pergi tanpa kata..
Tanpa sedikitpun rasa hiba..
Tanpa sekelumit ihsan simpati
Dengan apa yang sedang ku rasa.. 
Sememangnya ini yang kamu ingini..
Aku ikhlas melepaskan kau pergi..

Kerana ku tahu Allah tidak mengizinkan apa yang aku mahu..
Namun aku yakin Allah akan hadirkan apa yang aku perlu..
Mungkin disebalik kepergianmu meninggalkan ku..
Ada insan yang sedang mencari-cari di mana aku..
Hanya Allah Yang Maha Tahu..