Tuesday, July 14, 2015

Pesanan Mesra Kepada Yang Balik Beraya




Baju dalam dan seluar dalam tolonglah bawa yang elok-elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir tak le malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni sluar dalam dah la macam roti jala.. ada gak dah macam tanggok ikan kat parit tu tak payah la nak bawak..


Tuala pun bawak la yang baru.. yang dah lusuh kena klorok tu takyah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yang pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun masih nak pakai gak.. kekadang ada yang dah belubang lubang macam roti jala...

Kebanyakkan orang barang-barang mandian pun tak berapa kesah.. berus Gigi tu bawak la sorang satu yang baru.. kalau kat supermarket tu 5 batang baru RM5.. ni rupa dah macam berus jamban pun nak bawak gak ke?.. isikan di dalam satu bekas untuk kita dan anak-anak kita punya.. biasakan anak-anak simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai-ramai diorang ni main sauk je apa yang dapat..

Satu lagi kalau bawak bantal dan "Gebo" (selimut) bawak la yang semenggah sikit.. bantal yang dah leper sama ngan plywood tu takyah la bawak.. tukar la sarung yang elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..

Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah mcm alas kaki.. berus Gigi dah kembang Macam berus jamban, bantal dah macam "Ojol" (getah sekerap).. tu belum lagi aroma yang dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...

orang perempuan kena jaga benda-benda ni semua... sebab biasanya para suami tak ambik tahu pun pasal benda ni.. dia tahu semua dah siap je.. benda-benda yang macam ni lah kita kena aware sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua atau balik rumah mak sendiri...





Monday, June 22, 2015

Tunang Ku Sayang



Suatu hari, seorang gadis sedang berbual dengan teman lelakinya yang sedang asyik bermain game di ipadnya. Oleh kerana terlalu asyik, teman lelaki itu hanya mengiyakan sahaja setiap apa yang diperkatakan oleh gadis tersebut.

Padahal malam itu mereka telah berjanji akan pergi makan malam bersama, namun makan malam yang dijanjikan tertunda karena si teman lelaki tetap asyik dengan gamenya. "Jom la awak, hari sudah semakin malam,. Bila kita nak makan malamnya ni?" tanya si gadis.

"Ermm nanti laa sekejap je lagi, sah kemuncak nih" ujar teman lelakinya sambil terus fokus pada gamenya... "Hmm takpelah… kita jumpa je di restoran tu je lah nanti, saya pergi buat tempahan dulu, jangan lupa ye, jam 8.30 ye?" Lalu di jawab teman lelakinya dengan senang hati " ok, hati-hati ya"

Akhirnya si gadis pun pergi meninggalkan teman lelakinya menuju restoran yang dijanjikan dari awalnya oleh mereka berdua. Namun sebaik si gadis meninggalkan teman lelakinya bermain game, kawan-kawan teman lelakinya datang dan turut bersama-sama bermain game dengan ipad dan tablet masing masing.

Hingga akhirnya si teman lelaki alpa dan lupa akan janjinya bersama si gadis yang juga tunangnya.... Di sebelahnya, handphone si teman lelaki itu berdering dan bergetar menandakan ada seseorang yang menghubunginya tapi si teman lelaki mematikan terus handphonenya karena menganggu keasyikannya, Lalu dengan asyik, dia meneruskan gamenya.

Jam demi jam berlalu. Malam sudah semakin larut. Si teman lelaki baru selesai gamenya pukul 11 malam sementara kawan-kawannya sudah pun pulang. Dia sama sekali terlupa akan janji makan malam bersama tunangnya semalam.

Keesokan paginya, kawan si gadis datang menghampiri si teman lelaki dengan wajah yang sedih. .. "Eh awak, awak tak tahu ke tunang awak sudah meninggal dunia"

Si teman lelaki terkejut dan tidak percaya. "Heh jangan nak bohong lah, jangan nak bergurau bab-bab camni" 

"Hoi! takde sape nak berbohong, tadi ayah arwah telepon minta saya maklumkan berita ini pada awak."

Tanpa berlengah si teman lelaki itu pun memandu ke rumah tunangnya. Dan ternyata benar, kelihatan ramai orang bersongkok dan yang bertudung labuh menziarah rumah tunangnya, malah jelas kedengaran suara bacaan yasin beramai-ramai.

Dilihatnya jenazah tunangnyanya terbaring kaku diselimuti kain putih. Saat dia ingin melangkah masuk kakak tunangnya menyapanya dengan nada yang agak tinggi, "Kamu kemana semalam? Sampai hati kamu biarkan adik aku ditikam penyeluk saku. Dia menunggu kamu, bukan menunggu kematiannya!! Berkali-kali aku menyuruhnya pulang, tapi dia tetap berkeras mahu menunggu kamu.

Sekarang bukan sahaja kamu kehilangan dia? Malah kami semua".. Si teman lelaki itu hanya terdiam tanpa suara, diperhatikan orang ramai yang ada di situ. Diaktifkan semula handphonenya lalu muncul 5 sms dan 20 misscall....

Sms 1 : Pada jam 8:30... Sayang mengapa matikan hp?

Sms 2 : Pada jam 9:30... Sayang, awak belum selesai lagi ke?

Sms 3 : Pada jam 10:40... Sayang, Ani rasa macam ada yang memerhatikan Ani dari tadi lagi

Sms 4 : Pada jam 10:45,.. Ani takut, awak dimana sayang?

Sms 5 : Pada jam 10: 50... Takpelah awak, Ani pulang jalan kaki je lah sendiri, sebenarnya Ani Cuma nak sambut harijadi Ani sambil makan malam bersama sayang. Tapi takpelah.. I Love You, Muuahhh.









Rintihan Hati



Saat aku memerlukan mu
Engkau tiada
Saat aku merindui mu
Engkau entah di mana
Saat aku ingin kasih mu
Engkau sibuk tiada masa
Saat aku kecewa kerana mu
Engkau tiba tiba muncul pula

Engkau ada untuk membawa sejuta sesal mu
Engkau ada bila mengharap kasih ku
Engkau ada dikala memohon maaf ku

Namun.....

Mampukah engkau hapus rasa kecewa ku
Mampukah engkau balut luka hati ku
Mampukah engkau ganti rasa sepi ku
Mampukah engkau tumbuhkan kembali cinta ku

Hanya waktu yang mampu menjawabnya








Sunday, June 21, 2015

Antara Kisah Kisah Berlaku Di Bulan Ramadhan

Kisah Pertama berlaku di Sg Petani Kedah pada 10 Ramadan 1431 hijrah yang lalu, apabila seorang anak lelaki yang berusia 24 tahun sanggup menetak ayahnya sendiri sampai mati dan mencederakan ibunya sebelum melarikan diri ke hutan berhampiran.

Ianya terjadi dikatakan berpunca dari rasa marah apabila dia cuba memukul anak saudaranya kerana menegurkan bunyi bising kucing, lalu ayahnya campurtangan menyebabkan ia hilang sabar dan terus mengambil parang menetak ayah dan ibu. 

Kejadian ini berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa dan didepan juadah yang disediakan oleh ibunya.Bayangkan betapa pilunya disaat begitu, seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri dan mencedera ibunya yang membesarnya dan yang bersusah payah menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.

Ayahnya yang banyak berkorban itu terbujur kaku menjadi mayat angkara kedurjanaan anak sendiri. Manusia jenis apakah anak ini yang sanggup melakukan perbuatan yang amat kejam dan tentunya perbuatan derhaka seorang anak terhadap org tuanya dan lebih menyayatkan hati lagi ianya berlaku di bulan ramadan.

Cerita Kedua berlaku pada 17 Ramadan 1431 tahun yang sama apabila seorang anak berusia 17 tahun bernama Ameerah Asha telah ditahan bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun oleh pihak polis.

Gadis yang bakal menduduki SPM pada hujung tahun tersebut dikatakan telah hilang dari rumah selama tujuh hari, setelah tidak balik selepas pergi ke sekolah. Ini menyebab ibu bapanya sangat susah hati. 

Kemudian ayahnya yang bernama Azizan bin Hashim menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengatakan Ameerah telah diculik dan meminta wang tebusan RM 50.000.

Ayahnya yang berkerja hanya sebagai jurujual memang tidak mempunyai wang sebanyak itu lalu membuat laporan polis. Melalui kerjasama polis dan orang ramai, Ameerah dan teman lelakinya dapat dikesan dan ditangkap semasa berada di dalam sebuah kereta. 

Hasil siasatan polis, sebenarnya Ameerah bukan diculik tetapi dia telah berpakat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang dengan merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM50.000 daripada ayahnya sendiri.

Peristiwa ketiga yang menyedihkan ini pula berlaku masih pada tahun yang sama iaitu pada 18 Ramadan di Pahang bertajuk "Pesawah mati ditetak abang ipar dengan parang". 

Kejadian pembunuhan yang berlaku hanya 30 minit sebelum berbuka puasa itu berpunca dari rasa marah yang amat sangat suspek yang berusia 64 tahun yang juga merupakan abang ipar kepada mangsa yang dikatakan tidak berpuasa hati hanya kerana adik iparnya yang berusia 61 tahun itu telah meracun rumput ditanah sawah miliknya.











Thursday, June 18, 2015

Kalau Dah Sesak Doa Makan Pun Jadilah


Satu malam seorang budak dalam lingkungan 10 tahun yang dalam perjalanan pulang dari berjemaah Isyak di surau. Dia perlu melalui kawasan semak yang gelap untuk sampai ke rumahnya yang terletak kira kira 300 meter dari rumahnya. Ketika dia semakin hampir dengan serumpun buluh yang besar tiba-tiba tanpa angin tanpa ribut rumpun buluh itu bergoyang goyang menyeramkan.

Langkah budak itu terhenti kerana ketakutan, di fikirannya pantas teringat bualan orang kampung tentang pontianak selalu sahaja kelihatan berkeliaran di rumpun buluh tersebut. Ingatan itu membuat dia semakin takut. Dia cuba mengingati doa doa yang dia pelajari dari guru mengajinya, ternyata dia masih belum hafal kebanyakan doa lebih lebih lagi doa untuk menolak ganguan iblis dan syaitan.

Lama dia berdiri ketakutan sementara rumpun buluh itu semakin mengila goyangannya. Akhirnya dia memutuskan untuk berlari sekuat hati sambil berteriak meminta tolong.

Entah macamana, pontianak itu muncul di hadapannya, menyeringai menampakkan kedua gigi taringnya sambil menjulurkan lidahnya yang panjang. Rupanya sungguh mengerikan.

Terus sahaja langkah budak itu menjadi kaku, matanya berputar-putar mencari mana-mana doa yang dia hafal dalam ingatannya. Dia hampa, ternyata hanya doa makan saja yang dia hafal.

Oleh kerana pontianak itu semakin menghampiri, budak itu tidak berfikir panjang lagi, terus membaca doa makan dengan nada suara yang kuat.

"Allahumma-baa-rik-lanaa-fii-maa-razaqtana-waqinaa-'adzaa-ban-naaarrr" pastu sambung "Bismillah-hirrahman-nirrahim"

Untuk meyakinkan dirinya akan doa itu maka budak itu membaca maksud doa makan itu dengan nada kuat dan bersemangat.

"Ya Allah, Engkau berkatilah kami dengan rezeki yang telah engkau berikan kepada kami dan jauhilah diri kami dari azab api neraka... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Tiba-tiba puntianak tu pula berhenti.... lidahnya yang menjulur panjang tadi masuk semula ke dalam mulutnya..... ia tidak menyeringai lagi malah nampak gelisah. Lalu berpaling ke belakang dan lari tunggang langgang ketakutan sambil merungut-rungut,

"Dah bertahun-tahun aku menganggu manusia, tak seorang pun berani dengan aku, tapi kali ni, budak ni nak makan akuuuu, power giler budak nieee" 




Ini laa Dewan Peperiksaan UM, haa tenguk, berapa ramai lelaki?
Camtu laa aku dulu, hehe.


Selamat Berpuasa



Salam Ramadhan 
buat semua yang pembaca halaman saya ini,
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, 
Perbanyakkan amalan di bulan mulia ini,
Semoga hidup kita kan sentiasa ALLAH berkati.

Amin Ya Rabbal A'laminn.

-Selamat Berpuasa Semua-

Ikhlas dari Hisyam Abd Majid.







Tuesday, June 16, 2015

Puasa Pertama Seorang Pemandu Kereta Mayat



“Bang, tak basuh keretamayat bang? Semalam masuk tapak kubur waktu hujan, dah kotor sangat tu,”

Bebel isteri aku dari halaman rumah walau aku duduk jauh dalam bilik tidur tapi masih boleh dengar frequensi suaranya.

“Tak payah basuh hari ni, abang penat, lagipun hari pertama puasa, mana ada orang ponteng?” Aku beralasan sambil terus peluk bantal.

Tiba tiba terdengar bunyi air mengalir di ikuti suara bini aku,

“Abang jika tak nak basuh, saya basuh keretamayat ni, dapat pahala lebih, tapi abang malu karang jiran nampak saya basuh keretamayat”

Esh, membebel pulak orang tua ni, aku ikat kain pelikat kemas kemas di perut, tengok jam 10 pagi, anak anak sedang tengok kartun, lalu aku melangkah ke halaman rumah tengok kereta mayat yang memang agak kotor, isteri aku siram pokok bunga rupanya, ingat sedang basuh kereta.

“nak dekat zohor nanti, abang basuhlah, terus abang parking kat masjid, insyaAllah takde orang ponteng puasa hari pertama”.

Aku beralasan malas sambil duduk di muka pintu dengan muka tak mandi macam anak dara tak laku.

“Alaa bang kerja tak elok ditangguh tangguh, nanti menimbun nimbun jadinya. Lagi pulak tak baik tidur meninggi hari, payah rezeki nanti,..” bebel isteri aku lagi sambil menyiram basikal anak anak pula.

Aku menjawab, “Ermmmm selalunya hari pertama puasa ni, takder orang ponteng kut, solat terawih pun takde orang ponteng pada malam pertama”

Aku terus angkat punggung dan masuk tidur balik..

Baru nak terlelap, telefon berbunyi, aku tengok ada nombor Pak imam masjid.

“Aduuhhh, mamat mana pulak yang tak puasa pada hari pertama nih?, dalam kereta mayat nanti aku basuh mamat tu cukup cukup, mengganggu orang nak tidur je”

Lepas bercakap dengan imam, aku pakai baju dan terus ke masjid, mungkin benar, hari pertama puasa, tiada orang yang ponteng puasa, tapi hakikatnya, hari pertama puasa, ada orang yang mati menjadi mayat.

Kita semua akan mati.

Eh, rupanya bini aku dah basuh kereta mayat tadi – Yahoooo, SAYANG BINI AKU muahhhh muaahhhh muaaahhhhhh