Wednesday, January 13, 2016

Jangan La Sentap (18SX)

Anda akan sentap bila membaca bait-bait ayat ini jika anda salah seorang daripadanya. Apa yang dikatakannya sememangnya betul. Dewasa ini ramai yang begitu. Dan anda tak perlu terasa jika anda melakukan tanggungjawab tersebut.

Inilah luahan hati panjang lebar seorang jururawat yang kecewa dengan sikap anak anak pesakitnya yang begitu 'jijik' melayan ibubapa mereka sendiri.

Pengguna alam maya yang lain juga turut berkongsi kisah mereka :-








Apo Kono Eh Syam


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga awek ku lari,
Macam mana la aku tak bengang..


Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Muka member macam kaki pecah rumah,
Macam mana lak dia boleh kahwin tiga..??

Kalau padi katakan padi,
Tidak lah aku tertampi tampi,
Kalau sudi katalah sudi,
Kalau tak sudi aku pakai le jampi..


Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Ku pinang-pinang tidak dapat,
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari..

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh berteman dia berteman,
Ajak kahwin dia tak mahu..

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Tengok muka macam playboy tegar,
Tapi calon bini mak yang tentukan..






Betul Ke Ayah?


Hasyim bertanya kepada ayahnya... 

Hasyim: "Ayah, betul ke make love tu best?" 

Ayah: "Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!" 

Hasyim: "Tapi betul ke orang pompuan lagi rasa best?" 

Ayah: "Kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?" 

Hasyim: "Tapi kenapa orang pompuan tak suka diperkosa?" 

Ayah: "Kalo kamu jalan-jalan, tetiba ada orang nak korek hidung kamu... Kamu suka tak?!" 

Hasyim: "Betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?" 

Ayah: "Kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!" 

Hasyim: "Kenapa orang lelaki tak suka buat tu pakai kondom?" 

Ayah: "Kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!" 

Hasyim: "Waaahhh... Ayah ni pandailah!"







Saturday, January 9, 2016

Biodata

Atas permintaan ramai... hehe

Nama:..... Hisyam Abdul Majid
Umur:..... Dah tentu le muda dari ayah saya

Tinggi:..... Kurang seinci dari pintu rumah
Berat:..... Lebih kurang 5 kampit beras 15kg
Jantina:..... Kompom lelaki
Jenis darah:..... Darah Pahlawan
Alamat:..... No 56, Jalan Turap, Kampung Kelahiran, 555666, Rumah Sendiri, Darul Malaysia
Status:..... Masih ada 4 tempat kosong untuk diisi
Minat:..... Yang pasti bukan minat kepada kaum sejenis
Sukan:..... Sukan tak melibatkan peluh
Kegemaran:..... Berguling tido 

Pantang Larang:..... Nenguk pompuan
Cita-Cita:..... Dah jenuh pikior tapi tak tahu apa nak jadi
Email:..... limadanenam@yahoo.com


Maksud Lagu Kun Anta


Ketika ingin bersaing dengan mereka, aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.

Tidak, tidak.

Kita tidak memerlukan kekayaan untuk menambah kecantikan luaran, kerana apa yang penting adalah sinar di dalam hati kita.

Tidak, tidak.

Kita tidak perlu mencari redha orang lain dengan menjadi orang lain, itulah kecantikan kita yang sebenar.

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh

Jadilah diri sendiri, pasti akan menambahkan lagi kecantikanmu yang sedia ada.

Sungguhpun aku menerima mereka, tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka. 

Melainkan apa yang aku telah terima itu, aku telah redha.
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri, inilah aku.
Asalkan aku berpuas hati dengan diriku, aku pasti sudah memadai buat diriku


Tidak, tidak.

Kita tidak memerlukan kekayaan untuk menambah kecantikan luaran, kerana apa yang penting adalah sinar di dalam hati kita.

Tidak, tidak.

Kita tidak perlu mencari redha orang lain dengan menjadi orang lain, itulah kecantikan kita yang sebenar.

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh

Jadilah diri sendiri, pasti akan menambahkan lagi kecantikanmu yang sedia ada.

Aku akan menjadi siapa mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlu mendapatkan redha mereka.


Aku akan jadi apa yang aku suka.
Mengapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka?


Aku akan menjadi siapa mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlu mendapatkan redha mereka.


Aku akan jadi apa yang aku suka.
Mengapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka?


Tidak, tidak.

Kita tidak memerlukan kekayaan untuk menambah kecantikan luaran, kerana apa yang penting adalah sinar di dalam hati kita.

Tidak, tidak.

Kita tidak perlu mencari redha orang lain dengan menjadi orang lain, itulah kecantikan kita yang sebenar.

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh

Jadilah diri sendiri, pasti akan menambahkan lagi kecantikanmu yang sedia ada.

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh

Jadilah diri sendiri, pasti akan menambahkan lagi kecantikanmu yang sedia ada.





Jadilah Diri Sendiri


Pernahkah kita terfikir... kita mungkin tak pernah susahkan hidup sesiapa, kita mungkin tak pernah ganggu hidup sesiapa dan tak pernah pula benci atau menyakiti sesiapa. 

Tapi tetiba je kengkawan kita menjauhkan diri daripada kita dan sangat mencuba mengelak kita dari ada bersama-sama mereka. Seolah-olah kita ni makhluk asing atau manusia yang tidak berguna yang tidak perlu ada bersama dikalangan mereka.

Ermmm... sebagai manusia biasa kita juga tak terlepas dari mempunyai kekurangan diri. Mungkin dari gaya kita bercakap, mungkin dari cara hidup kita, mungkin dari daya pandangan kita, mungkin dari segi penampilan kita.... dan ntah berapa banyak 'mungkin' lagi, yang membuat orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Muhasabah diri.... Adakah sikap orang itu mencerminkan pada sikap diri kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang tetapi orang terasa hati dengan kita. Carilah dulu kelemahan pada diri, yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Relax... Bertenang dan jangan terburu-buru membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.

Kalau dah sememangnya confirmed kita tak buat apa apa kesalahan... Mengapa perlu bersedih? Ingat!!!!... ALLAH sentiasa bersama-sama orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakiti hati kita. Itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa. Yang perlu kita bersedih kalau Allah benci kita, kalau ibu ke, ayah ke, suami ke, isteri ke, adik-beradik ke, kekasih hati ke yang membenci kita.

Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati kita... Abaikan je... Cukuplah berbakti kepada orang yang perlu kita taat, seperti ibu, ayah, suami atau isteri dan yang paling penting sebagai seorang manusia iaitu taat kepada ALLAH. Mereka yang tidak tersenarai dalam list kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan je.

Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga kita. Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga dengan baik suami atau isteri kita. Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim. Biarlah seluruh umat menyakiti hati kita yang penting kita tidak menyakiti hati Allah yang menjadikan kita.

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang itu adalah sesuatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan tersiksa. Namun seandainya kita faham dan percaya bahawa perbuatan mereka itu ada hikmahnya dan dapat menyumbang pahala yang banyak untuk bekalan akhirat kita, maka kita akan rasa bahagia.

Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting kita jangan bersikap buruk pada mereka.... kerana.... hidup kita untuk cari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.


Hisyam Abd Majid









Friday, January 8, 2016

Merapu Malam Jumaat - Password


A husband and wife are trying to set up a new password for their computer. The husband puts, "Mypenis," and the wife falls on the ground laughing because on the screen it says, "Error. Not long enough."





Wednesday, January 6, 2016

Malam Pertama Anda Bagaimana? (18sx)



Bangganya Ali dapat jadi raja sehari.Sudah lama Ali menyimpan perasaan hendak memperisterikan Ana,seorang gadis setaman nya yang bertudung dan bermata ayu. Di intai-intai dari jauh, memang nampak keanggunan Ana, seorang lulusan Universiti. Ali pun apa kurangnya, sudah berjaya dalam perniagaannya, kini bergelar seorang usahawan muda berjaya. Keluarga mereka berdua sangat-sangat gembira kerana dapatlah disatukan dua buah keluarga yang sudah kenal lama. Akrab tak ubah seperti saudara sendiri. Duduklah Ali dan Ana di atas pelamin dengan muka malu-malu, sambil dikipas oleh pengapit kedua-dua mempelai.

Majlis tamat, khemah pun sudah diturunkan,saudara mara pun sudah ramai yang beredar pulang. Mungkin akibat penat,Ali pun memohon diri untuk mandi lalu terus masuk ke kamar tidur terlebih dahulu. Bapa Ana hanya tersenyum melihat telatah si Ali, dalam hatinya, "bagus menantu aku ni, dah la hensem, sopan santun pulak tu."

Ali lalu ke dapur, membisikkan sesuatu kepada isterinya. Mak si Ana hanya tergelak-gelak dalam hati, "sudahlah tu Ana,takyah lah dibasuh pinggan tu lagi. Dah lewat dah ni.. kau ni pun, hari ni kau takyah buat kerja rumah la."

Ali pun masuk ke bilik diikuti Ana. "Abang pegi mandi dulu, lepas tu Ana pulak, "kata Ana sedikit menggeletar. "Orait! Jangan lari tau.. "kata Ali dengan nada mengada-ngada. Ali masuk mandi sementara Ana duduk memerhatikan hantaran-hantaran yang tersusun.

Ali selesai mandi, Ana bangun pula masuk ke bilik air. Ali dapat mendengar bunyi curahan air dari bilik mandi, membuatkan dirinya sedikit ghairah. "Untung aku dapat isteri camni.. hihihi.." fikir Ali. Lalu Ali teringat kembali hubungan-hubungan lalu yang telah berkecai. Sudah beberapa kali dia bercinta tapi semua putus begitu saja. Mira, gadis tomboy, Nora,seorang gadis receptionist dan sebelum Ana, dia bercinta dengan seorang pekerja di pejabatnya. Ali masih ingat bagaimana marahnya mereka bila dia ingin memutuskan hubungan, semata-mata kerana Ali masih belum mahu berkahwin.

"Pedulikan semua itu... yang penting, aku dah rasa diorang.." fikir Ali.

"Untung aku dapat Ana ni... betul la cakap member-member aku, nak kawin carik yang baik, pakai tudung." Ana tidak pernah disentuhi langsung oleh Ali, kerana pada Ana calon isterinya, jadi perlu dijaga sebaik mungkin. Berbaloi pengorbanan Ali selama hampir setahun menunggu balasannya malam itu, seorang gadis dara sunti.

Ana keluar dari bilik air dengan memakai tuala mandi yang singkat. Ali terus berimaginasi memikirkan apa yang terkandung di balik tuala singkat itu. "Abang.."  bisik Ana manja. "Ye,Ana?" tanya Ali.

"Tak mau gopoh-gopoh ye... saya takut sakit," pesan Ana sambil memakai sedikit pewangi mahal yang baru dibelikan Ali. Ali makin ghairah. Di depan matanya seorang dara sunti yang sudah pun halal disentuhinya. Ali terus memeluk Ana dari belakang. Hangat nafas Ali dirasai pada leher Ana.

Pada beberapa saat itu, sentuhan nafas Ali dirasakan sangat panas pada leher Ana. Sepanas nafas teman lelaki pertamanya, Faizal. Hangat nafas Ali tapi tidak seghairah kehangatan nafas Faizal, lelaki pertama yang menyentuhnya. Dakapan tangan Ali, tidak segagah pelukan Faizal. Ana rasa sedikit kecewa, campur gementar mungkin kerana pada dirinya, Faizal sempurna, memang tercipta untuk dirinya. Tiada lelaki lain yang mampu membuatkan dirinya lupakan Faizal mahupun suaminya sendiri.

Ali lalu melucutkan baju t shirt yang dipakainya. Ana sedikit tergamam, terkejut kerana didepannya ada seorang lelaki bergelar suami yang sudah bersedia menerkam tubuhnya. Tapi, bayangan Faizal tidak mampu hilang. Faizal tidak pernah melukai hatinya, Faizal hilang kerana desakan keluarga Ana, alasan mereka, Faizal kerja merata-rata, semua kerja dibuatnya, jadi ekonomi dan masa depan tidak terjamin.

Ali mencium Ana membuatkan air mata Ana mula mengalir. "Kenapa sayang?" Mahu saja Ana lari, kerana takut dengan igauan masa lalu. Sedih,takut bercampur dengan perasaan bersalah.

"Takde ap... Ana takut.. tak tau macam mana rasa..," terpaksa dibohonginya Ali. "Abang pun.. tak tau macam mana ni...," Ali pun turut sama berbohong.

"Mari, baring sini sebelah abang.." pinta Ali menarik tangan Ana. "Bertuah aku dapat bini macam ni punya suci!" fikir Ali sangat-sangat gembira. Imbasan Faizal tidak pernah hilang dari igauan Ana walaupun Ali sudah duduk diatasnya, kerana Faizal yang pertama dan yang paling istimewa pada hatinya, dirinya sudah jadi kepunyaan Faizal satu masa dahulu.

"Ana takut, Ana tak pernah, Ana risau..," bisik Ana, makin kuat aliran air mata nya.

"Takpe.. kita try-try dulu eh, abang pun tak pernah juga ni, baru nak belajar camne ni," kata Ali.

Lalu bermulalah adegan malam pertama Ali dan Ana. Kalau diikutkan jumlah sebenar bagi Ana, adalah malam ke 22 Ana dan malam, siang, senja dan subuh yang ntah keberapa ratus untuk Ali. Yang penting, malam itu, malam pertama mereka