Seorang pemuda bertanyakan kepada Tok Gurunya.
Pemuda : Tok, apakah petua untuk datang awal ke masjid?
Tok Guru : Engkau dah berkahwin ke belum?.
Pemuda : Belum
Tok Guru : Oooooo... Kalau begitu, kau kena kahwin dulu."
Selepas berkahwin rupanya murid ini masih belum mampu untuk datang awal ke masjid. Malah bertambah lewat adalah. Keletihan katanya. Bila diajukan soalan sama seperti hari itu kepada gurunya tiba-tiba si guru ini menjawab,
Tok Guru : Kau kena tambah satu lagi bini, hehe confirm mujarab,Kamu pasti datang awal mengalahkan Tok Bilal.
Setelah dia berpoligami jarang-jarang sahaja pemuda itu datang awal ke masjid. Selalunya dia datang sebagaimana ahli-ahli masjid yang biasa-biasa sahaja. Masih belum mampu mengatasi Tok Gurunya. Dia mula meragui teori gurunya itu. Malah bertambah letih mengurus 'dua isteri' yang ini.
Tanpa berputus asa, dia terus mengadu kepada gurunya perihal dia masih gagal mencapai K.P.I nya itu. Tok guru dengan yakin menjawab
Tok Guru : Engkau kahwin satu lagi dan selepas itu cukupkan kuota empat orang. Kau tengok lah hasilnya nanti. Pasti menakjubkan. Cita-cita kau akan tercapai.
Ringkas cerita, akhirnya pemuda ini telah berjaya mencukupkan kuota yang dikhaskan untuk seorang lelaki yang perkasa seumpama dia ini.
Suatu hari, gurunya terkejut bila dilihat setiap waktu pemuda itu sentiasa ada di masjid. Hadirnya terlalu awal dan pulang terlalu lewat. "Oh sudah berjaya rupanya anak murid aku ni." Bisik hatinya. Tanpa berlengah ditanya kepada anak muridnya.
Tok Guru : Wahai pemuda. Engkau nampaknya telah berjaya mengatasi Bilal dan Imam untuk datang awal ke masjid, syukurlah".
Dengan nada selamba tetapi menyakinkan si murid ini menjawab.
Pemuda : Ya mungkin berkat mengikuti teori Tok Guru akhirnya saya berjaya mencapai cita-cita datang awal sebagaimana akhir-akhir ini. Apa taknya, balik ke rumah isteri pertama tak kena. Pergi ke rumah isteri kedua minta nafkah. Hadir ke rumah isteri ke tiga kemaruk nafkah batin. Giliran isteri termudanya asyik menuntut sebuah kereta Ferari yang dijanjikan sebelum kahwin dulu. Abis tu nak kemana lagi?
Akhirnya... masjidlah tempat yang sebenar-benarnya menenangkan jiwa.
No comments:
Post a Comment