Wednesday, January 20, 2016

Soal Lelaki


1. Kenapa lelaki handsome lambat kahwin ?

- Tak semestinya lelaki handsome je, tapi apapun kemampuan dari semua sudut perlu dipastikan juga, letihnya kaum wanita suka menganggap lelaki handsome ni perfect segala-galanya, oleh itu demi nak jaga semua tu akhirnya terlajak bujang le jadinya, nak buat camana kan hehe

2. Kenapa lelaki yang handsome selalu dapat wanita yang kurang cantik?

- Cantik tu sebenarnya subjektif, cantik bagi orang lain mungkin tak cantik bagi kita. Apa-apa pun yang paling penting biarlah cantik dalaman yer. Lagi satu kalau cari wanita yang cantik, susah nak jaga nanti jadi tarikan lelaki lain duk usha..hahaha

3. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan yang free hair dan seksi tapi bila memilih isteri nak isteri yang tutup aurat dan bertudung?

- Ops..itu dah dikira si mata keranjang, tapi aku tak nafikanlah memang ada lelaki yang macam ini. Terlalu menurut nafsu syahwatnya. Akan tetapi bila kita nak pilih isteri tentulah kita nak yang menutup aurat, seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah itu penyejuk mata, perhiasan lelaki muslim. Tetapi lelaki ini tetap setia. Percayalah.

4. Kenapa orang lelaki bila dah menipu dia nak menipu lagi? (ibarat tak serik-serik)

- Wei sapa tu, kasi tau aku... kuat menipu betul la...ini dah termasuk di dalam kategori sikap yang tak reti nak insaf. Kira menipu ni dah jadi darah daging dia, kalau tak menipu tak sah dalam hidup dia, orang selalu gelaran mereka ni "kaki kencing'. Tapi tak semua lelaki bersikap bergini kan...

5. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan lain, walaupun isteri kat sebelah?

- Erk..kantoi la tu...jangan salah faham mungkin si lelaki itu nak usha keadaan sekeliling, manalah tau kan ada peragut ke, ada marabahaya ke... untuk keselamatan isteri jugak tu. Mungkin itu cuma sekilas pandangan je kot, tapi wanita pun ada juga kan kalau ada lelaki ensem melintas, mesti terpandang jugak kan... hehehe

6. Kenapa orang lelaki rumah tak kisah bersepah macamana pun tapi, bab kereta nak kemas selalu?

- Kalau bab kereta, ramai yang tau kan. kereta itu ibarat bini nombor dua beb. Walaupun kereta lama, tapi body kena jaga ala-ala Che Ta gitu

7. Kenapa orang lelaki bila dah tak ada duit tapi masih boleh relax lagi?

- Kerana kita tahu, rezeki ada dimana-mana. walaupun muka wat relax macho, tapi di dalam otak tengah duk fikir mana lubang nak cari duit tu.

8. Kenapa orang lelaki susah nak kawal marah?

- Hmmm..itu sikap orang panas baran sebenarnya, tak boleh nak tuju kepada lelaki ke... wanita pun ada jugak yang barannya kan. Orang yang panas baran ini, mungkin kurang sikit tahap kesabarannya, silap sikit je terus nak marah.

9. Kenapa orang lelaki lebih suka bercerita masalah mereka dengan kaum sejenis mereka daripada menceritakan pada kawan perempuan mereka? (walaupun hal tersebut berkaitan dengan perempuan)

- Hanya orang lelaki yang faham jiwa lelaki, wanita pun macam tu jugak kan?... ni jawapan ke soalan... hmmm

10. Kenapa lelaki tak suka fikir sesuatu hal tu dengan berpanjangan?

- Eh..mana ada..mungkin orang yang tak fikir panjang tu masih belum matang lagi kut.








No comments:

Post a Comment