Friday, December 12, 2014

Cerai Dan Tuntut Hak Kamu



Alkisah

Ada sepasang suami isteri yang baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pergi ke pejabat agama jumpa kadi besar untuk minta nasihat.

Kadi Besar tanya kepada si janda : "Kenapa awak rasa awak yang layak bela anak tu?"

Janda tu jawab  :  "Saya yang ngandungkan anak itu, saya yang lahirkan anak itu, dia keluar dari perut saya"

Si duda terkedu kerana dia tahu lepas ni Kadi tu akan tanya dia pulak "Arhhh sudah, amende lak aku nak goreng kadi ni?" rungutnya dalam hati.

Kadi pun bertanya pada si duda "Hah... Kamu.... Apa pulak alasan kamu, kenapa kamu layak membela anak itu?"

Si duda menjawab : "Tuan Kadi, kalaulah saya ada duit syiling seringgit dua puluh sen, dan saya masukkan dalam vending machine , pastu saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan..... air tin yang keluar dari mesin itu, hak saya ke atau hak mesin?"

Jawab Tuan Kadi  :  "Hak kamu le"

Duda tu berkata pulak :  "Hah... sama le kes ni pun... lebih kurang camtu la alasan saya" dengan tersengih-sengih.






Thursday, December 11, 2014

Berkatnya Bismillah



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.






Luasnya Pintu Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?''..

Jawabnya: ''Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...''..

Lalu Nabi s.a.w.. bersabda: ''Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.''..

Jawabnya: ''Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut di dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah bara besi dan minumannya air panas yang bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.''..

Nabi s.a.w. bertanya: ''Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?''..

Jawabnya: ''Tidak, tetapi pintunya selalu terbuka, setengahnya di tingkat bawah dari pintu yang lainnya, dari pintu ke pintu jaraknya sejauh perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'' (neraka yang lebih bawah maka lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ''Siapakah penduduk masing-masing pintu?''..

Jawab Jibrail: ''Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. (mengikut susunan dari bawah ke atas)

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.''...

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ''Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?''..

Jawabnya: ''Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.''..

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah. (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')



Dari Hadith Qudsi : Firman Allah "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.."

Tahukah kamu bahawa Neraka JahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk hidayat, setelah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknati oleh Allah dan dilaknati (pula) oleh sekalian makhluk yang dapat melaknati"




Kalau Nak Tahu Lagi



Kalau nak tahu nilai sedekad, 
tanyalah orang yang hidup dalam peperangan..

Kalau nak tahu nilai 10 tahun, 
tanyalah orang yang pernah hidup dalam kemiskinan..

Kalau nak tahu nilai setahun, 
tanyalah orang yang perit tidak mendapat pekerjaan..

Kalau nak tahu nilai sebulan, 
tanyalah orang yang terpaksa mengikat perut kerana tiada pendapatan

Kalau nak tahu nilai sehari, 
tanyalah orang berpuasa dari pagi hingga ke petang..

Kalau nak tahu nilai sejam, 
tanyalah orang yang sedang bercinta..

Kalau nak tahu nilai seminit, 
tanyalah orang yang tertinggal keretapi untuk pulang ke kampung balik beraya..

Kalau nak tahu nilai sesaat, 
tanyalah orang yang pernah mengalami kemalangan di jalan raya..

Kalau nak tahu nilai mili saat, 
tanyalah pelari olimpik yang kalah dalam saingannya...





Kalau Nak Tahu


Kalau nak tahu luasnya padang, 
tanyalah belalang.
Kalau nak tahu banyaknya teluk, 

tanyalah siput.
Kalau nak tahu luasnya kolam, 

tanyalah katak.
Kalau nak tahu luasnya laut, 
tanyalah ikan
Kalau nak tahu tingginya gunung, 
tanyalah helang
Kalau nak tahu dalamnya lubuk, 
tanyalah memerang
Kalau nak tahu dalamnya laut, 

tanyalah yu.
Kalau nak tahu panjangnya pantai, 
tanyalah camar
Kalau nak tahu putihnya pasir, 
tanyalah penyu
Kalau nak tahu luasnya langit, 

tanyalah helang.
Kalau nak tahu luasnya hutan, 

tanyalah kijang.
Kalau nak tahu kerasnya kayu, 

tanyalah paku,
Kalau nak tahu kuatnya paku, 

tanyalah tukul.
Kalau nak tahu liatnya tangkai, 

tanyalah galah.
Kalau nak tahu di mana ilmu,
tanyalah guru.






Wednesday, December 10, 2014

Selepas Kawin Baru Boleh Jadi

Berbini ramai adalah satu impian bagi semua lelaki normal. Cumanya, impian hanya tinggal impian sahaja. Ketakutan dan tidak mahu mengambil risiko mengatasi segala-galanya. Ka..ka...ka.. ini satu kenyataan yang memanaskan hati wanita dan seakan menjatuhkan sedikit ego lelaki. Tetapi jangan marah, ini sekadar coretan untuk dijadikan renungan.


Seorang pemuda bertanyakan kepada Tok Gurunya. 

Pemuda  : Tok,  apakah petua untuk datang awal ke masjid? 

Tok Guru  :  Engkau dah berkahwin ke belum?. 

Pemuda  :  Belum

Tok Guru  :  Oooooo... Kalau begitu, kau kena kahwin dulu."

Selepas berkahwin rupanya murid ini masih belum mampu untuk datang awal ke masjid. Malah bertambah lewat adalah. Keletihan katanya. Bila diajukan soalan sama seperti hari itu kepada gurunya tiba-tiba si guru ini menjawab, 

Tok Guru  :  Kau kena tambah satu lagi bini, hehe confirm mujarab,Kamu pasti  datang awal mengalahkan Tok Bilal.

Setelah dia berpoligami jarang-jarang sahaja pemuda itu datang awal ke masjid. Selalunya dia datang sebagaimana ahli-ahli masjid yang biasa-biasa sahaja. Masih belum mampu mengatasi Tok Gurunya. Dia mula meragui teori gurunya itu. Malah bertambah letih mengurus 'dua isteri' yang ini.

Tanpa berputus asa, dia terus mengadu kepada gurunya perihal dia masih gagal mencapai K.P.I nya itu. Tok guru dengan yakin menjawab 

Tok Guru  :  Engkau kahwin satu lagi dan selepas itu cukupkan kuota empat orang. Kau tengok lah hasilnya nanti. Pasti menakjubkan. Cita-cita kau akan tercapai. 

Ringkas cerita, akhirnya pemuda ini telah berjaya mencukupkan kuota yang dikhaskan untuk seorang lelaki yang perkasa seumpama dia ini.

Suatu hari, gurunya terkejut bila dilihat setiap waktu pemuda itu sentiasa ada di masjid. Hadirnya terlalu awal dan pulang terlalu lewat. "Oh sudah berjaya rupanya anak murid aku ni." Bisik hatinya. Tanpa berlengah ditanya kepada anak muridnya. 

Tok Guru  :  Wahai pemuda. Engkau nampaknya telah berjaya mengatasi Bilal dan Imam untuk datang awal ke masjid, syukurlah". 

Dengan nada selamba tetapi menyakinkan si murid ini menjawab. 

Pemuda  :  Ya mungkin berkat mengikuti teori Tok Guru akhirnya saya berjaya mencapai cita-cita datang awal sebagaimana akhir-akhir ini. Apa taknya, balik ke rumah isteri pertama tak kena. Pergi ke rumah isteri kedua minta nafkah. Hadir ke rumah isteri ke tiga kemaruk nafkah batin. Giliran isteri termudanya asyik menuntut sebuah kereta Ferari yang dijanjikan sebelum kahwin dulu. Abis tu nak kemana lagi? 

Akhirnya... masjidlah tempat yang sebenar-benarnya menenangkan jiwa.

Berpoligami itu tidak salah, tetapi selepas berpoligami itulah isunya. Tanggungjawab dan kemampuan bukan hanya memenuhi perut dan yang di bawah perut sahaja. Banyak hal lagi yang perlu diambil kira. Kajilah Perjalanan Sirah Nabi Muhammad SAW. Junjungan Yang Mulia, baru eangkau temui pedoman sejati.




Tuesday, December 9, 2014

Sejujur Manakah Kata-Kata?


Awak kata 
Awak sukakan hujan, 
Tapiiiii
Bila hujan turun 
Awak keluarkan payung supaya melindungi awak

Awak kata
Awak sukakan matahari,
Tapiiiii
Bila matahari penuh memancar 
Awak cari tempat redup untuk sejukkan awak

Awak kata 
Awak suka sejuk 
Tapiiiii
Bila sejuk datang 
Awak pakai baju tebal untuk selimutkan awak

Awak kata
Awak sukakan angin
Tapiiiii
Bila angin bertiup riang
Awak cepat-cepat tutupkan mata awak

Awak kata
Awak sukakan bulan
Tapiiiii
Bila bulan mengambang
Awak asyik tengok lampu bandaraya
berkelipan hiburkan awak

Awak kata 
Awak sukan bunga
Tapiiiii
Bila awak dapat bunga yang cantik
Awak cari bunga lain yang lebih menarik awak

Hmmm sebab itu saya risau
Bila awak kata
Awak sukakan saya

Sumber : Siti Sarah



Sejujur mana ikhlasnya hati 
ketika lembut senyum diberi 
apakah ada tujuan
sebalik senyuman itu
Sejujur manakah kata-kata 
ketika kita bertentang mata 
boleh kah aku percaya 
mungkin itu satu sandiwara 
kerana sering 
pengucapan zahir batin tak seiring 
ada rasa ada jiwa 
terluka hilang rasa percaya
Pengalaman telah mendewasakan 
mematangkan fikiran 
pahit getir yang pernah kulalui 
guruku sejati
Bukan dirimu ku curigai 
aku sekadar berhati-hati 
tidak rela bakal ada yang kecewa 
biar waspada