Tuesday, February 2, 2016

Malasnya Aku Hari Ni


Mana datangnya rasa malas pulak ni?
Hmmm...
Bila malas... tangguh pun datang
Bila malas... semangat pun lari
Bila malas... semua pun tak jadi
Kenapa ye rasa malas ni perlu wujud dalam hidup ini?




Tuesday, January 26, 2016

Aku Sedang Sakit


Begitu banyak kenikmatan yang Allah kurniakan kepada ku. Kenikmatan yang tiada terhitung dan tak dapat pula ku gantikan walaupun dengan segunung emas permata sekalipun. 
Nikmat sehat adalah salah satunya nikmat yang sering sahaja aku lalaikan. Sehingga terfikir aku... bagaimana ye jika Allah menghendaki kesehatan itu lenyap dari ku sehingga aku kelak menderita sakit?
Ya-Allah... tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan pertolongan MU.
Ampunkanlah segala dosa-dosaku.
Tiada tuhan yang ku sembah melainkan hanya pada Mu Ya-Allah... Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... dan hanya kepada Mu aku bertaubat.
Ya-Allah... ku serahkan diri ku kepada MU. Apa jua kehendak Mu maka itulah yang terbaik buatku.

Mana Satu Pilihan Lelaki - Isteri Atau Girlfriend

Isteri macam tv. 
Girlfriend macam handphone.

Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone. Kadang-kadang seronok tengok tv, tapi selalunya masa banyak habis main handphone.

Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis

line, talian akan ditamatkan serta merta...

Tv saiznya besar, berat tapi... Hp cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja... 

Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp... mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu. 

Hp bila kita bercakap dengan dia... dia jawab semula.... Tv asyik nak kita dengar je dia cakap... Yang pasti nya Tv ada remote control, tapi Hp takde.

Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. 
Tapi Hp sekali kena virus habislah! 


JADI...
SAYANGILAH TV ANDA...TAK KIRA lah BERAPA INCI PUN TV ANDA... HeHeHe







Friday, January 22, 2016

Menahan Geram



betapa sakitnya dada ni menahan rasa
betapa tebalnya muka ni menahan perasaan
betapa tenat nya hati ni menahan geram
eee geram betul aku dengan beruang hutan ni

(sesiapa yang terasa sama ngan beruang hutan tu ehem ehem faham faham laa ye)






Thursday, January 21, 2016

Dah Penat


Semalam aku berhempas pulas... lalu hari ni aku cuti rehat... tambahan pula doktor sahkan kesihatan aku tak begitu baik... So better aku ambil cuti untuk berehat... Boleh relax sikit..

Hmm... Relax...
Biasa laa... Manusia kan... 

bila dah penat mesti nak rehat sekejap kan?

Time berehat hari ni... Aku merungut sambil baring melihat hamparan langit yang membiru...

Huummmmmhh...
Penat laa...
Penat nak terus menghadap 1001 jenis cabaran hidup...
Penat nak melayan macam-macam karenah kawan-kawan dan manusia...
Penat nak meneliti fail-fail yang perlu distudy...

Penat nak melawat sana dan sini...
Penat nak terima kunjungan temujanji...
Penat nak jaga iman...
Penat nak istiqamah...
Penat nak kawal nafsu...
Ya Allah... Sejujurnya aku penat... Penat... Penat!!!
Huaarghhh!!!

Astaghfirullahal 'adzim..
Dah la wahai diri... Tak yah nak merungut sangat... Nanti kufur tau tak!.. Lagi bahaya..!
Na'uzubillah...

Aku mohon Ya Allah... Biarlah hanya di hadapan Mu sahaja aku rebah...
Tapi di hadapan manusia aku tabah...






Wednesday, January 20, 2016

Soal Lelaki


1. Kenapa lelaki handsome lambat kahwin ?

- Tak semestinya lelaki handsome je, tapi apapun kemampuan dari semua sudut perlu dipastikan juga, letihnya kaum wanita suka menganggap lelaki handsome ni perfect segala-galanya, oleh itu demi nak jaga semua tu akhirnya terlajak bujang le jadinya, nak buat camana kan hehe

2. Kenapa lelaki yang handsome selalu dapat wanita yang kurang cantik?

- Cantik tu sebenarnya subjektif, cantik bagi orang lain mungkin tak cantik bagi kita. Apa-apa pun yang paling penting biarlah cantik dalaman yer. Lagi satu kalau cari wanita yang cantik, susah nak jaga nanti jadi tarikan lelaki lain duk usha..hahaha

3. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan yang free hair dan seksi tapi bila memilih isteri nak isteri yang tutup aurat dan bertudung?

- Ops..itu dah dikira si mata keranjang, tapi aku tak nafikanlah memang ada lelaki yang macam ini. Terlalu menurut nafsu syahwatnya. Akan tetapi bila kita nak pilih isteri tentulah kita nak yang menutup aurat, seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah itu penyejuk mata, perhiasan lelaki muslim. Tetapi lelaki ini tetap setia. Percayalah.

4. Kenapa orang lelaki bila dah menipu dia nak menipu lagi? (ibarat tak serik-serik)

- Wei sapa tu, kasi tau aku... kuat menipu betul la...ini dah termasuk di dalam kategori sikap yang tak reti nak insaf. Kira menipu ni dah jadi darah daging dia, kalau tak menipu tak sah dalam hidup dia, orang selalu gelaran mereka ni "kaki kencing'. Tapi tak semua lelaki bersikap bergini kan...

5. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan lain, walaupun isteri kat sebelah?

- Erk..kantoi la tu...jangan salah faham mungkin si lelaki itu nak usha keadaan sekeliling, manalah tau kan ada peragut ke, ada marabahaya ke... untuk keselamatan isteri jugak tu. Mungkin itu cuma sekilas pandangan je kot, tapi wanita pun ada juga kan kalau ada lelaki ensem melintas, mesti terpandang jugak kan... hehehe

6. Kenapa orang lelaki rumah tak kisah bersepah macamana pun tapi, bab kereta nak kemas selalu?

- Kalau bab kereta, ramai yang tau kan. kereta itu ibarat bini nombor dua beb. Walaupun kereta lama, tapi body kena jaga ala-ala Che Ta gitu

7. Kenapa orang lelaki bila dah tak ada duit tapi masih boleh relax lagi?

- Kerana kita tahu, rezeki ada dimana-mana. walaupun muka wat relax macho, tapi di dalam otak tengah duk fikir mana lubang nak cari duit tu.

8. Kenapa orang lelaki susah nak kawal marah?

- Hmmm..itu sikap orang panas baran sebenarnya, tak boleh nak tuju kepada lelaki ke... wanita pun ada jugak yang barannya kan. Orang yang panas baran ini, mungkin kurang sikit tahap kesabarannya, silap sikit je terus nak marah.

9. Kenapa orang lelaki lebih suka bercerita masalah mereka dengan kaum sejenis mereka daripada menceritakan pada kawan perempuan mereka? (walaupun hal tersebut berkaitan dengan perempuan)

- Hanya orang lelaki yang faham jiwa lelaki, wanita pun macam tu jugak kan?... ni jawapan ke soalan... hmmm

10. Kenapa lelaki tak suka fikir sesuatu hal tu dengan berpanjangan?

- Eh..mana ada..mungkin orang yang tak fikir panjang tu masih belum matang lagi kut.








Penyakit Orang Melayu


Bila MISKIN kita DIBENCI
Bila SUSAH kita DIKEJI
Bila MEMINTA kita DICACI
Bila KAYA kita DIDENGKI
Bila LEBIH kita DIKHIANATI
Bila DIBERI kita DIUMPATI
Bila LEMAH kita DISAKITI
Bila BAIK kita TAK DIHARGAI
Bila kita BERJAYA mereka IRIHATI
Kita hanya DICARI bila sesuatu DIHAJATI
Bila kita MATI baru mereka PUASHATI