Isteriku
Jika engkau bumi
Akulah Matahari
Aku akan menyinarimu
Kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku
Ingatlah behtera yang kita kayuh
Begitu pun penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi
Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku
Lantas aku ingat satu hal
Bahawa Allah mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku
Lalu.......
Relakanlah aku menyinari planet lain
Menyampaikain faedah adanya aku
Kerana sudah takdir Illahi
Sinaranku diperlukan di planet lain....
Balasan Puisi Dari Sang Isteri
Suamiku
Andai kau memang mentari
Sang suria yang memberi cahaya
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu
Kepada segala planet yang telah Allah ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku
Memerlukan cahayamu dan.....
Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu.....
Akan tetapiiiiiiiiii.....
Bila engkau hanya sejengkal lilin
Yang berkekuatan tidak lebih 5 watt sahaja
Janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain
Kerana bilik tidur kita yang kecil ini pun tak mampu engkau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti....
Cuba lihat siapa dirimu.....
Adakah matahari atau hanya lilin?
Atau jangan-jangan cuma sebatang mancis tua sahaja
Ohh, please lah....!!!!
Nak kawin lain konon!!!!!!
No comments:
Post a Comment