Bersyukurlah ketika kamu dicintai,
dan bersabarlah ketika kamu dibenci
Jangan selalu merisaukan masa lalu yang kelabu
dan tidak mendatangkan kebahagian
malah selalu di hantui dengan kesedihan,
kerana itu tidak akan mengubah masa depan
Jadilah orang yang selalu bersyukur
terhadap hal yang berada di hadapanmu
dan jadilah orang yang kuat terhadap hidupmu
Jangan pernah berhenti untuk mendapatkan kebahagiaan,
teruslah berdoa dan berharap,
kerana kebahagiaan datang kepada orang yang mendoakan kedatangannya.
Orang bijak memandang kekecewaan sebagai ujian Allah menuju kebahagian manakala orang gagal memandang apa yang sedang menimpa dirinya
sebagai ketidakadilan yang Allah limpahkan kepada dirinya.
Ketika cinta berakhir dan meninggalkan luka di hati
maka Allah akan memberikan penganti
yang membuat hati bahagia
kerana pilihan Allah tidak pernah salah
Berhentilah dari menyalahkan keadaan
mulailah melangkah untuk merubah keadaan
Rasulullah Bersabda
"Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
Riwayat Al-Bukhari
No comments:
Post a Comment