Boss berkata kepada Secretary :
Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya :
Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai-pandailah jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya :
Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama- sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya :
Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya :
Atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan atuk...
Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary :
Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...
Secretary menelefon Suaminya :
Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya :
Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya :
Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya :
Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk... lain kali le ye...
Atuk bagitau Secretary balik:
Jangan risau, minggu ni kita jadi ke outstation. Uruskan semuanya..
Secretary menelefon Suaminya :..
dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya,
korang pikir la sendiri endingnya.
korang pikir la sendiri endingnya.
sumber : Shaslinda
No comments:
Post a Comment