Tiga lelaki meninggal dan masuk syurga.
Syurga mempunyai peraturan bahawa setiap orang jahat maupun orang baik akan mendapat kenderaan yang sesuai dengan perbuatannya.
Giliran lelaki pertama.
Malaikat “Berapa tahun kamu menikah?”
Lelaki Pertama “20 tahun.”
Malaikat “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Pertama, “5 kali.”
Malaikat “Baiklah, kamu boleh masuk tapi hanya mendapat Perodua Kancil.”
Lelaki pertama pun berlalu dengan Kancilnya.
Giliran lelaki lelaki kedua.
Malaikat “Berapa tahun kamu menikah?”
Lelaki Kedua, “30 tahun.”
Malaikat “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Kedua “2 kali.”
Malaikat
“Hebat… Kamu berhak mendapat sebuah BMW.”
Segeralah lelaki kedua pergi mendapatkan kereta BMWnya
Tibalah giliran lelaki ketiga
Malaikat pun mengajukan pertanyaan yang sama
Lelaki Ketiga, “50 tahun.”
Malaikat “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Ketiga “Tidak pernah.”
Malaikat “Luar biasa! Nah, Ini kunci untuk Ferrari.”
Lelaki ketiga bersyukur sambil memeluk kereta Ferrarinya
Suatu hari, tatkala lelaki pertama dan kedua tadi tengah saling bersaing membawa
kereta masing-masing, mereka melihat lelaki ketiga duduk di tepi jalan sambil menangis.
Mereka menghampirinya dan bertanya “Kenapa kamu nangis? Kamu tak puas hati ke dapat Ferrari?”
Lelaki ketiga menjawab sambil mengesat air matanya, “Tadi aku berselisih dengan isteri aku tadi, dia sedang mengayuh basikal…”
No comments:
Post a Comment