Emas diuji dengan api,
wanita di uji dengan emas,
Lelaki di uji dengan wanita.
Ketahuilah pada yang terlupa, bahawa,
Hidup di dunia ini adalah untuk sementara,
harta, tahta dan wanita
bukanlah segalanya,
kegembiraan dan keasyikannya
tidak akan kekal lama.
Pujian dan sanjungan sebenarnya
bukanlah milik kita.
Janganlah dibutakan oleh dunia
dan melupakan akhirat
yang menanti di penghujung usia
kerana di dalamnya ada syurga,
di mana terdapat kehidupan
dan kebahagiaan yang kekal selamanya,
dan ada pula neraka
di mana terdapat siksaan
dan penderitaan yang kekal juga.
No comments:
Post a Comment