Wednesday, February 24, 2016

Nak Update Ke Tak Nak Ni


errrmmm... jam dah 3.20 pagi ni... mata pula tak mahu mengantuk...

sejak balik dari hospital ni, kengkadang rasa blogging ni macam menyampah jer... buang masa... macam laa takde kawan-kawan nak lepaskan cerite?

tapi kengkadang tu, bukannya sebab takde kawan atau rakan atau teman mahupun sahabat, abang kakak sedara mara untuk diceritakan aper yang terpendam... tapi rasanya cerita tu mungkin terlalu trivial untuk diceritakan... atau perasaan time nak mula nak cerita tu macam@memang tak sesuai untuk bercerita@diceritakan... atau pun benda yang nak diceritakan itu memang tak patut diceritakan kepada sesiapa, haha....

kengkadang... perkara yang terpendam.. dan yang sangat sangat nak dilepas kan tu adalah sangat sensitive... tak nak la orang lain pulak yang tersinggung... karang masalah lain pula yang timbul nanti....

so.. nak update ke tak nak blog ni?!! that is the question... for now.. lets try update blog ni.... a mechanism for me to release stress and to speak my mind out when I dont want anybody else to hear what I have to say...

Asalnya, mula-mula dulu I dont intend to share my blog.. ermmm pastu... tak kisahlah sape sape nak baca, bukannya apa pun, cuma sekadar luahan perasaan tatkala time yang amat memerlukan... besides, I'm sure it would be funny when I read all these one day ... :) hehe





Monday, February 15, 2016

Ambillah Waktu


"Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah keistimewaan yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keupayaan kita.
Ambillah waktu untuk amalkan kewajipan,
itu adalah kunci menuju syurga yang berkekalan."






Sunday, February 14, 2016

Dari Kerana Mata



Tak berkelip mataku
memandang kamu
keayuan wajah 

dan santun bicara
begitu mempersona
bagai mengusap hatiku
dengan lirikan manja,
renungan tajammu itu
menembusi tangkai kalbu
pantas menawan diriku.

Aku tahu
renunganmu itu bukan palsu
keikhlasannya jelas terbit 
seiring senyumanmu
sungguh manis 
membelai jiwaku
sungguh menarik 
tepat ke dalam mataku.

Haaisshhh,
aku tewas 
dalam renunganmu itu
dan benar aku,
tumpas dengan
tatapanmu.

Dari Kerana Mata - R.Azmi





Kata Hati Seorang Pesakit Yang Bernama Aku


Di atas katil hospital ini aku mengelamun. Terlalu jauh aku mengelamun kali ini, tapi tak ada salahnya kan? Jika kita mengelamun merenung diri, manalah tahu kalau-kalau aku mampu memperbaiki diri dengan cara ini. 

Hidup ini cuma sekali, oleh itu aku harus sangat berhati-hati mengolah diri, supaya aku tidak akan menyesal nanti di kemudian hari. Apabila waktu itu tiba yang semestinya tidak akan dapat dijangka-jangka. 

Hmmm, kenapa tetiba je aku terasa diriku seumpama daun-daun kering. Rapuh dan bila-bila sahaja akan jatuh ditiup angin. Malah mungkin akan diterbangkan melayang-layang terumbang-ambing? 

Dan adakalanya aku merasa seperti buah mangga yang belum masak, tapi sudah banyak ulatnya, sehingga tak mampu lagi rasanya bertahan lama di tangkal dahan, menunggu masa gugur bertaburan. 

Tapi bukankah harapan itu selalu ada…, dan kita tak perlu berhenti berharap.






Saturday, February 13, 2016

Sesekali Dalam Hidup


Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...




Friday, February 12, 2016

Merenung Dan Mengelamun


Di sudut anjung aku duduk menyendiri, dengan menatap ke suatu arah tapi dengan tatapan mata yang kosong, ditemani dengan secawan kopi bersusu dan sepiring roti bakar yang disapu planta dan sekaya, perihal seperti ini sering disebut oleh sebahagian orang dengan istilah mengelamun, padahal siapa yang menyangka kalau yang sedang aku lakukan ini adalah merenung. Merenung masa hadapan yang aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak gambarkan.

Merenung dengan mengelamun secara mata kasarnya tidak mudah untuk dibezakan, hanya pelaku itu sendiri yang mengerti apakah sedang mengelamun angan-angan atau sedang merenung masa depan. Hehe aku sendiri pun bingung.




Wednesday, February 10, 2016

Kata Hati Yang Tulus Ikhlas


Emas diuji dengan api,
wanita di uji dengan emas,
Lelaki di uji dengan wanita.
Ketahuilah pada yang terlupa, bahawa,
Hidup di dunia ini adalah untuk sementara,
harta, tahta dan wanita 
bukanlah segalanya,
kegembiraan dan keasyikannya
tidak akan kekal lama.
Pujian dan sanjungan sebenarnya 
bukanlah milik kita.
Janganlah dibutakan oleh dunia
dan melupakan akhirat
yang menanti di penghujung usia
kerana di dalamnya ada syurga,
di mana terdapat kehidupan 
dan kebahagiaan yang kekal selamanya,
dan ada pula neraka
di mana terdapat siksaan 
dan penderitaan yang kekal juga.