Thursday, December 24, 2015

Menantu Bapak



Ada satu famili. Satu petang sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”






Wednesday, December 23, 2015

Bahasa Isyarat Malam Pertama (18sx)

Dua orang pekak baru berkahwin. Pada minggu pertama perkahwinan, mereka mendapati bahawa mereka tidak dapat berkomunikasi bahasa isyarat mereka di dalam bilik tidur apabila mereka mematikan lampu, kerana mereka tidak dapat melihat antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa isyarat.

Selepas beberapa malam, si ieteri memutuskan untuk mencari penyelesaian.

"Abang," kata si isteri dengan bahasa isyarat."Bagus kalau kita buat beberapa isyarat yang mudah, sebagai contoh, pada waktu malam, kalau abang mahu buat hubungan seks dengan sayang, abang ramas nenen kiri sayang 1 kali. Kalau abang tidak mahu buat hubungan sex pula, abang ramas nenen kanan sayang 1 kali."

Si suami amat bersetuju dengan idea isterinya dan berkata, "Idea yang bagus sayang, okay sekarang kalau sayang mahu mengadakan hubungan sex dengan abang, pegang dan tarik 'anu' abang 1 kali. tapi kalau sayang tak mahu melakukan hubungan sex dengan abang, sayang pegang dan tarik 'anu' abang 100 kali."




Sudah Tumbuh Bulu (18sx)


Seorang gadis yang sedang meningkat remaja berasa keliru dan bingung setelah tahu tumbuh rambut di bahagian kewanitaannya. Dia pun mengadu kepada ibunya.

Ibunya tersenyum dan menenangkan hati gadis kecilnya. "Takpe je dik. Semua perempuan pasti akan jadi begitu. Tempat tumbuh rambut atau bulu tu apa kata kita namakan saja Monyet. Jadi tak apakan kalau Monyet tumbuh rambut, ya kan??" Si Gadis pun lega.

Pada saat makan malam, si Gadis kecil bercerita kepada kakak perempuannya yang sudah berkawin "Kakak belum tahu kan? Monyet Adik sudah tumbuh rambut!"

Kakak yang sedang asyik makan merasa terganggu dengan celoteh adiknya lalu berkata, "sudah-sudah la tu dik.. Kakak nih lebih tua dari kamu!"

Ibu hanya tersenyum kecil mendengar percakapan anak-anak gadisnya. tersebut.

Adik yang merasa diremehkan membalas, "Walaupun umur adik lebih muda, tapi Monyet adik sudah tumbuh rambut! Monyet akak belum tentu lagi!!"

Si Kakak berhenti makan lalu memandang ke arah adiknya. "Monyet kamu baru tumbuh rambut!...Monyet Kakak sudah makan PiSANG tau!...









Viagra Punya Pasal (18sx)


Seorang wanita dalam usia awal 40-an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, "Suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini, saya perlukan pertolongan dari Tuan.." 

"Kenapa Puan tidak mencuba viagra? Ia suatu penemuan hebat di abad ini!" ujar doktor tersebut. 

"Oh, please.. Dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!" 

"Begini Puan, Puan boleh cuba tanpa disedarinya.. Masukkan dalam minumannya.. Dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa.." nasihat doktor itu lagi. 

"Ok,.. saya akan cuba.." kata wanita tersebut sambil berlalu. 

Keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata, "Sungguh memalukan! Sungguh memalukan!' 

Sambil terkejut doktor itu berkata, 'Kenapa, tak berkesankah?" 

"Oh tidak tuan doktor, kesannya amat serta merta.. Sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat Doktor.. Setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap pakaian saya dan mem..bla..bla..bla..bla..bla.. Di atas meja makan itu juga! Ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu..!" 

"Habis tu.. apa masalahnya?" tanya doktor kehairanan. 

"Yelah.. Mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya!! Kami sedang minum petang bersama-sama!!"

"Ooopss" itu je respon doktor sambil tunduk dan membetul-betulkan cermin matanya.









Selamat Hari Jadi Idolaku

Hindun bin Abu Halah
mengambarkan akhlak Rasulullah SAW dengan

Rasulullah SAW adalah orang yang selalu bimbang dengan nasib orang lain, selalu berfikir dan penyayang.
Beliau amat kurang beristirehat dan lebih banyak diam.
Beliau tidak berkata kecuali seperlunya, memulakan bicara kata dan mengakhirinya dengan sempurna.
Beliau berbicara dengan ayat yang ringkas, padat dan jelas (jawami'ul kalam).
Perkataannya jelas membezakan yang baik dan yang buruk, tidak lebih dan tidak kurang (fashil).
Beliau tidak kasar dan tidak suka menghina.
Beliau sentiasa mensyukuri nikmat walaupun hanya sedikit dan tidak pernah mencela nikmat-nikmat itu.
Beliau tidak pernah mencela makanan dan minuman dan tidak juga memujinya.
Beliau tidak marah dengan keduniaan dan apa yang berkaitan dengannya.
Akan tetapi apabila kebenaran itu dimusuhi, 
tidak berhenti kemarahannya sehinggalah kebenaran itu dimenangkan.
Tidaklah beliau marah demi kepentingannya dan tidak juga untuk memenangkannya.
Apabila beliau menunjuk beliau menunjuk dengan telapak tangannya.
Aapabila beliau ragu, beliau membalikkan telapak tangannya.
Apabila berbicara, beliau memperjelaskan dengan telapak tangan kanan dan menyembunyikan yang kiri.
Apabila marah, beliau sungguh-sungguh.
Apabila gembira, beliau menundukkan pandangannya.
Biasanya, tertawanya hanya dengan tersenyum.
Beliau tertawa dengan tawa yang baik (hingga terlihat gigi-giginya tetapi tidak berdekah-dekah) laksana embun.

(Hadis Riwayat Tirmidzi)





Tuesday, December 22, 2015

Jiwa Kacau


"AKU MERASA ADA YANG HILANG TANPA TAHU APA YANG SUDAH AKU TEMUKAN. AKU MERASA MENEMUKAN TANPA TAHU APA YANG AKU CARI. DAN AKU SEPERTI MASIH MENCARI TANPA TAHU APA YANG SUDAH HILANG."




Kebahagian Yang Pergi



Kebahagiaan akan datang tanpa diundang, datangnya dengan seribu penghargaan, perginya dengan seribu kepayahan, tidak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan, kerana terjadinya perpisahan itu tidak pernah diimpikan oleh sesiapapun yang bergelar kekasih... samada oleh seorang wanita mahupun lelaki... namun... siapa yang dapat melawan takdir, andainya takdir dapat dialih, andainya qadak dan qadar dapat ditepis, pastinya perpisahan dan derita ini tidak akan menjadi milikku.. milik seorang jejaka yang bergelar lelaki.






Monday, December 21, 2015

Pahit Manis Kehidupan


Tak selamanya yang pahit akan terus pahit. Tak selamanya yang manis akan terus manis. Sampai saatnya, kedua-dua rasa itu akan saling berganti tempat dan itulah yang dinamakan pahit manis kehidupan. Sememangnya hidup ini tidak diciptakan untuk indah selalu.

Kadang-kadang yang terindah bukanlah yang terbaik. Yang sempurna tak selalu menjanjikan kebahagiaan. Namun jika kita dapat menerima kekurangan menjadi kelebihan, itulah kesempurnaan. Tiada manusia yang hidup berbahagia sepanjang masa. Tetapi ianya bukan alasan untuk hidup sengsara





Ada Apa Dengan Cinta... 1


Cinta... Hanya suatu rasa... Namun dipuja... Tanpa cinta... Hidup hampa.. Banyak cinta... Hidup bahagia... Semakin maju peradaban manusia... Semakin banyak cinta palsu... Banyak yang hanya berlindung atas nama cinta... Hanya untuk dapatkan apa yang dia ingin... Masih adakah lagi kemurnian cinta di dunia? Mungkin cinta sejati hanya lagenda... Tapi masih ada sebuah cinta sejati yang tersisa... Cinta itu adalah cinta ibu bapa pada anak-anaknya...


 


Memujuk Hati


"Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Oleh itu,
Bila kita menyangka bahawa hanya kita yang merasa,
Hanya kita yang melalui,
Dan hanya kita yang mengerti,
Kita silap, dan kita salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kita rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kita lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kita yang tak pernah tahu,
Kita yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kitalah yang paling susah, 
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, mari kita kesat air mata,
Walau serumit mana situasi kita.
Pujuklah hati.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kita bersandar harapan padaNYA, 
ALLAH tak akan sekali-sekali mempersia harapan kita.
Bila kita mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
ALLAH tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kita."

Hisyam Abd Majid
Menjelang 24,25,26 dan 27hb Disember 2015
Hari-hari yang sepatutnya menjadi sejarah indah






Sunday, December 20, 2015

Hati Yang Tersakiti

Andainya aku bisa pergi
Pasti telah lama aku membawa diri
Andainya ini cuma mimpi
Pasti aku tak ingin tidur lagi
Tapi semua itu adalah realiti
Realiti yang harus aku hadapi
Maaf bukanlah satu lafaz yang mudah
Yang bisa menjadi penawar
Buat hati yang terluka….


Kelu lidah
Hilang bicara
Hanya tangisan
Berlagu sendu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu…

Telah kucuba berkali
Untuk tak melukai
Tapi itu juga yang terjadi
Bukan hati tak memahami
Cuma jiwa ini
Terlalu sukar untuk dimengerti….

Tiada lagi bicara
Andai hanya menambah luka
Biarlah segala-galanya berlalu
Dibawa angin lalu
Kepada angin kusampaikan
Salam kerinduan buatmu….






Stress Giler


A psychologist walked around a room while teaching stress management to an audience. As she raised a glass of water, everyone expected they’d be asked the “half empty or half full” question. Instead, with a smile on her face she inquired, “How heavy is this glass of water?” The answers called out ranged from 8oz to 20 oz. She replied, “The absolute weight doesn’t matter. It depends on how long I hold it. If i hold it for a minute, its not a problem. If i hold it for an hour, i’ll have an ache in my arm. If i hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed. In each case, the weight of the glass doesn’t change, but the longer i hold it, the heavier it becomes.” She continued, “The stress and worries in life are like that glass of water. Think about them for a while and nothing happens. Think about them for a bit longer and they begin to hurt. And if you think about them all day long, you will feel paralyzed - incapable of doing anything.” Always remember to put the glass down.






Wahai Hati Yang Lara


Berjalanlah dengan penuh harapan
Walaupun hidup ini tidak selalu membahagiakan

Sedekahkanlah satu senyuman
Walaupun jiwamu tidak lagi mampu bertahan

Belajarlah memaafkan
Walaupun hatimu sering dilukakan

Berhentilah memberikan alasan
Walaupun ingin menyatakan kebenaran

Hiduplah dalam iman
Walaupun hari dipenuhi dengan dugaan

Dan 
Berpeganglah pada ALLAH
Walaupun di matamu Dia seperti tidak kelihatan







Bila Hati Berbicara

Ada ketika 
kita harus menghilang
untuk tahu siapa yang 
MENCARI kita...

Ada ketika 
kita harus menoleh 
untuk mengetahui siapa yang masih berjalan
DISAMPING kita

Ada ketika
kita harus menangis 
untuk mengetahui siapa yang kekal  
SETIA MENEMANI kita

dan

Ada ketikanya juga
kita harus akur 
bahawa tiada siapa pun mahu bersama kita 
melainkan ALLAH




Saturday, December 19, 2015

Bila Hati Berbisik

Hati kadang-kadang keras untuk dimengerti... namun hati mampu berbisik... berbisik tentang isi hati.... berbisik tentang apa yang terbuku di lubuk hati... isi hati yang tak semua mengerti... makin hari makin terdesak hati untuk terus mengapai segalanya... hati ingin sekali berbicara... berbicara tentang keinginannya yang tersembunyi... berbicara tentang apa yang tersirat... berbicara tentang apa yang tersurat... namun masih juga tak semua mengerti akan isi hati... malah mungkin tidak mahu pun ambil peduli... hanya empunya diri yang ambil tahu dan mengerti... kini usah lah disoal... kerana walaupun hati ini hanya tersenyum manis cuba menterjemah yang tersurat... tetapi yang tersirat masih kaku membeku di dalam kalbu... hati menangis tiada siapa yang tahu... malah diri sendiri pun tak pasti apa yang terjadi... apa yang diimpi selama ini... dugaan hidup terus menerus menyapa jiwa... mendesak hati untuk terus berdiri jati diri... melihat kehidupan dari posisi insani... apakah ianya masih lagi bererti... hmm biarlah... biarlah hati terus berbisik mencari ertinya sendiri.

Hisyam Abd Majid
Menjelang Maulidur Rasul 1437 Hijrah






Tuesday, July 14, 2015

Pesanan Mesra Kepada Yang Balik Beraya




Baju dalam dan seluar dalam tolonglah bawa yang elok-elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir tak le malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni sluar dalam dah la macam roti jala.. ada gak dah macam tanggok ikan kat parit tu tak payah la nak bawak..


Tuala pun bawak la yang baru.. yang dah lusuh kena klorok tu takyah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yang pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun masih nak pakai gak.. kekadang ada yang dah belubang lubang macam roti jala...

Kebanyakkan orang barang-barang mandian pun tak berapa kesah.. berus Gigi tu bawak la sorang satu yang baru.. kalau kat supermarket tu 5 batang baru RM5.. ni rupa dah macam berus jamban pun nak bawak gak ke?.. isikan di dalam satu bekas untuk kita dan anak-anak kita punya.. biasakan anak-anak simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai-ramai diorang ni main sauk je apa yang dapat..

Satu lagi kalau bawak bantal dan "Gebo" (selimut) bawak la yang semenggah sikit.. bantal yang dah leper sama ngan plywood tu takyah la bawak.. tukar la sarung yang elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..

Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah mcm alas kaki.. berus Gigi dah kembang Macam berus jamban, bantal dah macam "Ojol" (getah sekerap).. tu belum lagi aroma yang dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...

orang perempuan kena jaga benda-benda ni semua... sebab biasanya para suami tak ambik tahu pun pasal benda ni.. dia tahu semua dah siap je.. benda-benda yang macam ni lah kita kena aware sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua atau balik rumah mak sendiri...