Friday, December 26, 2014

Sunyi, Sepi Dan Sendiri


Di sini di daerah ini
Di alamku sendiri
Aku terdampar sepi
Aku kembali begini
Tiada siapa yang sudi menemani
Tanpa teman tanpa kawan
Hanya aku sendirian
Menatap dinding yang puteh ini
Seputeh warna tentang kepercayaan
Seputeh warna tentang kejujuran
Seputeh warna tentang keikhlasan
Hatiku berbicara sendiri
Sebatang pena dan sebuah diari 
Untuk catitan kata-kata hati
Siapa lagi yang sudi menemani diri ini
Selain mereka berdua
Tapi apabila kalian tiada disisi
Aku terasa semakin sepi
Ku tatap sekeping potret hati
Dan ku pejamkan mata ini
Demi menghapuskan kesepian diri
Di daerah ini di alamku sendiri
Namun potret itu tiada makna lagi
Itu kisah kelmarin
Semalam ianya "terhenti di sini"
Kisah lalu yang tiada lagi hari ini
Hmmm
Ku ingin terbang saat ini
Untuk hapuskan lara hati
Mencari kembali diriku sendiri




Thursday, December 25, 2014

Apabila Ayah Berkata


Dalam satu perbualan antara ayah dan anak gadisnya yang dianugerahkan Allah wajah yang cantik ayu, cun melecun. Si anak berkata kepada ayahnya.

Anak: "Ayahku yang macho, boleh tak saya nak letak gambar-gambar saya kat facebook? Instagram?"

Ayah: "Boleh je apabila Farah sendiri yakin boleh jawab soalan-soalan ini."

Anak: "Apa soalannya ayahku yang bijaksana."

Ayah: "Pertama, YAKINkah Farah bahawa Farah tidak akan terjerat dengan dosa berTABARRUJ (berhias dan berpakaian dengan berlebih-lebihan bagi menarik perhatian orang)?"

Anak: "Em. Tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Kedua, YAKINkah Farah tidak akan terjerat dengan pujian orang ramai sehingga timbul dalam hatimu RIYA', TAKABBUR lagi UJUB(merasa diri lebih baik hingga menolak kebaikan oarng lain), BONGKAK dan SOMBONG, ANGKUH dan BESAR DIRI, BANGGA dan HEBAT? Itu juga menjadi DOSA."

Anak: "Em. Juga tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Ketiga, YAKINkah Farah niat yang baik pada asalnya - maybe niat Farah hanya untuk memperkenalkan diri dengan rakan-rakan lama - akhirnya menjadi NIAT untuk MENUNJUK-NUNJUK, MENDAPATKAN PUJIAN, MENCARI POPULARITI, MENGUMPUL PENGIKUT, MENDAPATKAN PUBLISITI? Itu juga DOSA bila niat bukan lagi kerana Allah."

Anak: "Em..juga tidak yakin.."

Ayah: "Jadi, jika Farah tidak yakin ianya TIDAK akan menjurus kepada mendapat ganjaran DOSA, maka jawapannya sudah ada pada Farah."

Anak: "Tapi, cemburulah tengok orang ramai followers. Mereka letak gambar-gambar je pun. Tayang muka kemudian dapat ribuan likes. Padahal statusnya tidaklah bermanfaat pun."

Ayah: (Senyum dan kemudian ketawa)

Anak: "Kenapa ayah ketawa?"

Ayah: "Sepatutnya Farah simpati pada mereka. Mereka mungkin tidak pernah minta izin daripada ibu dan ayah mereka, tak tanya pendapat ibu dan ayah mereka, tak tanya pendapat guru-guru agama mereka terlebih dadulu."

Anak: "Hm..ya, maafkan saya ayah." (muka sedih monyok)

Ayah: "Hai, tidak terasa cukupkah ayah dan ibu memuji Farah cantik? Adik, kakak dan abang memuji Farah cantik? Kelak, suami pula akan memuji Farah cantik. Pujian siapa lagi yang lebih ikhlas berbanding keluarga sendiri?"

Anak: (Senyum) "Terima kasih ayahku yang macho! Kata-kata ayah menyedarkan saya.."

Lantas si anak meraih tangan ayahnya yang sudah tua itu, menyalami dan memeluk erat-erat. Si anak bersyukur, ayahnya bukan ayah yang dayus dalam menjaga anak gadisnya. Dalam hatinya berdoa,

"Tuhan, jagakan ayah dan ibuku dari api neraka. Amin."







Aku Dan Ketika Ini



Bagai terapung ditengah lautan hitam yang hampa,
sendirian,

tanpa bicara,
tanpa teman,
tanpa cahaya…….


Duniaku terasa hambar,
sunyi,
kosong,
sendirian,
dalam kegelapan…..

Akankah kutemukan sinar cahayaMu,
petunjukMu,
keampunanMu
lindunganMu,
dan kasihMu……?

Ya ALLAH
ku mohon sedikit iradahMu,
yang dapat membawaku keceriaan dalam keinsafan,
setiap saat,
dimanapun,
bagaimanapun,
selamanya……



Biar aku pergi menjauh
Menghilangkan diri darimu
Janganlah engkau cari lagi
Lupakan saja diriku
Hapuskan segala kenangan
Waktu kau dan aku bersama
Usah diungkit kisah dulu
Akan berdarah lukaku
Biar ku pergi ikut hati
Untuk damaikan jiwaku
Aku berharap tiap hari
Agar lukaku kan sembuh
Demi perasaan tersinggung
Tak dapat hendakku tahankan
Kini biarku pergi jauh
Cari penawar lukaku




Wednesday, December 24, 2014

Sepingan Nasi Putih



Pada satu malam, datang seorang pemuda yang berpakaian lusuh yang kelihatannya seperti seorang pengemis berjalan mundar-mandir di depan sebuah gerai makan di kota. Selepas kelihatan tiada lagi pelanggan di gerai tersebut, dengan perasan yang segan dan malu-malu dia pun masuk ke gerai makan tersebut. “Pakcik, boleh saya order sepinggan nasi putih?” dengan kepala menunduk, pemuda ini berkata kepada pemilik gerai makanan tersebut. 

Sepasang suami isteri iaitu 
pemilik gerai makan tersebut hanya memerhatikan sahaja gelagat pemuda tersebut cuma mereka agak pelik kerana pemuda ini hanya memesan nasi putih sahaja. Lalu suami pun menghidangkan sepinggan penuh nasi putih untuknya. Ketika pemuda ini menerima nasi putihnya dan ingin membayar, dia berkata dengan agak perlahan : “Pakcik boleh tak letakkan sikit kuah sayur untuk saya?.” Isteri pemilik restoran itu tersenyum lalu berkata: “Ambil saja apa yang engkau suka nak, tak perlu bayarlah.” 

Sebelum habis makan, pemuda ini berkata : “Sedap sungguh kuah sayur nih!” lalu dia pun memesan lagi sepinggan nasi putih. “Sepinggan tidak cukup nak, kali ini pakcik berikan lebih banyak lagi nasinya.” dengan tersenyum pemilik gerai makan tersebut berkata kepada pemuda itu. “Bukan pakcik, saya nak bungkus nasi nih untuk bawa pulang, esok saya nak kerja boleh buat makan.” 

Mendengar perkataan pemuda ini, pemilik gerai makan ini pun berfikir tentu pemuda ini daripada keluarga yang miskin.Datang ke bandar semata-mata kerana inginkan perkerjaan. Kesian dengan anak muda ini, lalu pemilik gerai makan ini pun meletakkan daging dan sebiji telur lalu disembunyikan dibawah nasi. Sekiranya dilihat dengan mata kasar hanya akan kelihatan nasi putih sahaja. Melihat perbuatannya itu, lalu isterinya bertanya ,"Kenapa daging dan telur disembunyikan di bawah nasi, letak saja atas nasi tu..?

"Suaminya kemudian membisik kepadanya “Jika anak itu lihat kita letak daging dan telur ini, tentu dia akan rasa tersinggung kerana terasa seperti peminta sedekah dan kemungkinan besar selepas ini dia tidak akan datang lagi ke kedai kita. Kesian kat dia, kalau dia pergi ke kedai lain hanya untuk membeli sepinggan nasi putih mana mungkin berkhasiat makanannya itu, kan dia perlukan tenaga untuk bekerja.” “Abang sungguh baik hati. Dah la tolong orang, pandai pulak ambil hati orang itu.” kata isteri kepada suaminya. “Kalau abang ni jahat, mesti sayang tak mahu jadi isteri abang!” Berjenaka suami kepada isterinya.

Sepasang suami isteri muda ini merasa begitu gembira kerana dapat menolong orang lain. “Terima kasih pakcik makcik, saya dah sudah makan.” kata pemuda itu. Ketika pemuda itu mengambil bungkusan nasinya, dia terima kasih sekali lagi kepada pemilik gerai makanan tersebut. “Esok singgah lagi, engkau harus sentiasa bersemangat.!” kata pemilik restoran sambil melambaikan tangannya dengan harapan pemuda itu akan datang lagi esok. 

Terharu pemuda itu apabila mendengar ucapan dari pemilik gerai makanan. Mulai saat itu setiap hari pemuda itu akan singgah ke kedai tersebut untuk makan, namun pesanannya masih sama seperti biasa hanya memesan sepinggan nasi putih dan membawa pulang sebungkus. Tetapi setiap hari dibawah nasi putih itu akan diletakkan lauk yang berbeza-beza oleh pemilik gerai makanan tersebut. Selama 20 tahun pemuda ini tidak pernah muncul lagi.

Pada suatu hari, ketika suami ini sudah berumur 50 tahun lebih, telah datang
satu notis diperintahkan gerai makanan mereka dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Mereka tiba-tiba merasa seperti gelap terus kehidupan mereka. Setiap hari mereka suami isteri akan menangis memikirkan masa depan mereka. 

Pada satu hari datang seorang pemuda berpakaian seperti pegawai ke gerai mereka lalu berkata... “Assalamualaikum pakcik. Saya nih wakil dari bos saya. Dia minta saya jumpa pakcik dan makcik untuk sampaikan hajat dia. Dia minta kalau boleh, pakcik dan makcik berniaga kantin di kilang miliknya. Pakcik dan makcik tak perlu susah-susah untuk sediakan apa-apapun, sebab semuanya telah disediakan lengkap.” 

“Erm...Siapa bos kamu ni nak. Seingat pakcik la, pakcik tak kenal dan tak ada pun kawan-kawan pakcik yang kaya... Kenapa baik sangat bos anak ni?” kata pemilik kedai. “Pakcik dan makcik adalah orang yang banyak membantu bos saya ketika dia susah dulu. Dia kata, dia suka sangat makan telur dan masak daging makcik, yang lain-lain nanti pakcik jumpa dia pakcik makcik tanya sendiri dengan dia ya...” kata pegawai itu. 

Tiba-tiba, pemuda yang selalu memesan sepinggan nasi putih itu muncul. Setelah bersusah payah selama 20 tahun akhirnya pemuda itu telah berjaya didalam perniagaannya dan telah memilik kilangnya sendiri. Pemuda itu merasakan antara kejayaannya pada hari ini adalah kerana dapat bantuan daripada pakcik dan makcik ini sepanjang kehidupan lampaunya yang susah dulu. 

Selesai berbincang, pemuda itu membawa pemilik kedai tersebut untuk pergi
melawat tempat perniagaan baru mereka, lalu pemuda ini berkata... "Bersemangat ya pakcik makcik kerana kantin itu akan bergantung sepenuhnya kepada pakcik dan makcik !"






Saturday, December 20, 2014

Yang Cantik Tak Semestinya Baik



Perkara nie jadi 6 tahun lepas, esok tu nak puasa ler, aku ingat lagi… sebab tu sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sg. Wang Plaza, biasa ler hari minggu… dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.



Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku... perempuan ler... hehehe (Greeting card machine... Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah.

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ... biasa ler dia orang bukan minat nak ikut... bosan menunggu aku menulis card cinta... Jadi aku pun pi ler…..



Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak….mesti member aku sound nyer…. aku pun start tulis…….”HELLO” itulah suara yang aku dok dengar... ish awek mana lak nie… sekali aku pun pandang ler… tengok bawah dulu…

Aduh... sikitnyer lawa kaki dia... slow-slow aku pandang atas... meh… sikit nyer cun ler… aku takleh lah nak kata apa... aku pun terdiam... sekali lagi dia kata “HELLO”….. Aku tarik nafas aku pun jawab HI”. Aku ingat dia pun senyum jerlah… sekali dia kata “IM LINA MARLIANA”... Peh sikit nyer sedap nama dia... dah lah tu... cantik lak tu… aku pun senyum…..

LINA : “That is a nice card, untuk siapa?”

AKU : “Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow”

LINA : “Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie… I hope you can help me”

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill… aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai... dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe... sebab baik katakan... BAIK BAIK ADA MAKNA NIE... aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.


AKU : “Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better, but I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday... I hope you dont mind”

Sikitnyer power ayat aku tu, aku pun chow... aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa... tengah aku berlari nak gi Sq. Wang... aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh…. aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk…. so Kita orang piler kat Lot 10 balik… Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tengah naik escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku.

AKU : “Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya”

MEMBER : “Ko tipu ah… tegur ler, aku nak tengok betul tak betul”

AKU : “Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit”

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

“HI LINA”, sekali……………….

Dia tengok aku ngan member aku… dia pun menjeling.. PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia… FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ…..

“KENAL KONON, SETAKAT KO LER… SEPULUH DIA BOLEH CARI”, aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur……

Adaker patut satu perempuan buat camtu kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa... aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu... aku betul betul tak paham……. Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot…. Aku dah mula berfikiran negatif… tapi aku tetap suka kat dia…. sebab aku masih lagi pikir yang dia baik… Bodoh ker aku????

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tu, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur… makin lama aku makin jauh dari pandangan dia…. dia tenung aku macam tak puas hati…. aku pulak tak faham…

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh... Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator... aku terdiam,member aku semua pun senyap……… aku tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong

Dia... aku pun tengok atas... member aku blur... semua senyap… tengah aku dok tolong tuh... tiba-tiba……

LINA : “PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!”

Security guard datang, orang semua tengok... ramai yang nampak..aku tengah duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam... UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker... atau ada pencuri yang dia nampak….. aku pun senyap”

PAP!!! aku kena pegang... security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap... ish apa yang dah jadik nie……..

Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang…. aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??

AKU : “Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia... mana saya ada ambil beg”

LINA: ” Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tu, Bang macam mana nie”

AKU : “I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apesal you kata I curik bag you”

Aku dah panik……..

AKU : “Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I... apsal tiba tiba u kata I pencuri… apa masalah u nie”

LINA: “Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri…”

ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi...

AKU : “Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???”

LINA : “Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see... I told you yang dia yang amik handbag I”

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office… member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler... abang aku senyap jer... dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa…. Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku... aku diam, aku cakap aku tak ambik... tapi bukti business card ada kat aku…. aku yang bersalah.. aku tak mengaku...

PANG!! aku kena tampar…. aku diam lagi... aku cakap aku tak ambik… office dah kecoh, dia dah mengamok “HEY! ORANG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA... ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA NI KENA TAHAN, TAK GUNA PUNYA LELAKI”,

Itulah kata-kata dia……..

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh… aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku…. aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart... berkemeja panjang dengan slack... orang tu cakap

MANAGER : “APA MASALAH NIE??? OK... What your Name?”

LINA : “Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi”

MANAGER : “Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising”

AKU : “Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan”

MANAGER : “Lina, How sure are you, this guy took you handbag”

LINA : “Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil…… sapa lagi… muka dia pun muka pencuri”

Aku tetap tak mengaku… aku dah berserah… manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call... aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar... semua senyap jer kat dalam tuh….. selang 10 minit, dia pun datang ngan satu orang Indonesia... dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, “Is this your handbag”, Lina pun senyap dia pun mengaku… Manager tu pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang….. semua okay… takda yang hilang...

Manager tu pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia…….

APA YANG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar… Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, orang cuci jumpa... so dah settle dah, aku nak balik….

MEMBER : “Ha’ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia... Ko cakap ko nak saman malu dia… tak guna nyer pompuan”

ABG AKU : “Ha’ah, ko mintak jer duit kat dia... lantak lah, lawa tak lawa… dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati….”

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik... aku pun benggang dia buat aku camtu, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat orang perempuan…

AKU : “Oi… aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi... ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh, busuk jugak… sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat... aku malu… mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court”

MANAGER : “Dah lah tu, dia silap... dah lah takyah kecoh kecoh”

AKU : “Ko pun sama, dengan ko, ko dengan Lot 10 dengan security guard ko aku nak saman, aku ada saksi member aku, security guard Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku... ko ingat apa.... aku nie bodoh... aku dah suruh member aku call polis, aku nak buat report kat semua... camna?? puas hati korang”

LINA : “Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku….. aku tak takut ler… ko ingat aku boleh masuk penjara... aku call bapak aku baru ko tau??”

AKU : “baik.... ko call bapak ko sekarang, nanti ko kena tahan... padan muka… ko (manager) plak... apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie”

MANAGER : “Dah lah tu, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??”

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah... hehehhe, aku suka… tapi sambil tu cuak jugak... takut aku yang kena tangkap ugut dia… hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku….. dia letak telefon.

LINA : “Nah amik nie, aku mintak maaf…….”

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia………….

Dia tension…

“Setakat RM300, ko ingat aku apa……. budak kecik boleh ler ko buat camni... apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer... buat tuduhan palsu...”

Dia pun benggang call bapak dia lagi... kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik... banyak tu… sapa nak bagi seribu free free... aku pun senyap…….

Aku amik cek tuh aku pun koyak…. aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli… aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan….

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam……. banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik…

Aku pun nak jugak amik… so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tu.. aku pun nak bla……tiba tiba aku dengar dia sound aku...

LINA : “Hmm, setakat muka macam tu, dapat duit senyap ler... tak malu”

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia….. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat... aku baru nak angkat tangan... ada orang tahan aku………

“Oi..bangun oi… dah sahur dah nie…”

Laa aku mimpi rupanyer...






Friday, December 19, 2014

Hadiah Untuk Ayah



Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Ayah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”

“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

“Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah ayah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong Puteri isi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. 

Walaupun di mata orang lain kotak kosong itu tidak memiliki nilai apa pun. Namun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah.

Nota

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. 
KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan persepsi dari “fikiran” anda sendiri. 
Bagaimana anda memandang hidup maka demikianlah kehidupan memandang anda. 
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.
Kosong sekosongnya.





Bila Gadis Syok Kat Suami Orang



Semalam aku kena buat kerja sukarela menjadi kaunselor kepada remaja-remaja perempuan yang kena tangkap maksiat, samada memang dah trend ke atau kebetulan je, aku sendiri pun tak tahu dan keliru untuk memahami apa sebenarnya dalam kotak fikiran mereka ini, tertapiiiiiii rata rata tertangkap sedang berasmara dengan suami orang. Bila tanya punya tanya maka rata-rata juga menjawab TERjatuh cinta dengan suami orang. Bukan minta, bukan sengaja tapi Terrr….

Hmmm pada saya “Saya tidak le menyalahkan mereka 100% sebagai gadis remaja yang telah jatuh cinta dengan suami orang ini” Ermmm saya yakin hehe ramai si isteri-isteri yang membaca tulisan ini akan melenting la kan. Sebagaimana entry saya bertajuk Asam + Garam + Cuka bertarikh 21hb November 2014 yang lalu. Tetapi, apa yang saya tulis ini  bukan la nak buat anda marah, sebaliknya adalah untuk cuba mencari punca dan penyelesaiannya sebaik yang terdaya oleh saya je.

Menyentuh tentang gadis remaja yang TERjatuh cinta, seperti saya kata awal tadi… bukan disengajakan! Mungkin ada gadis remaja yang sengaja cari laki orang tapi ITU, out of my topic!

Pada saya, rupanya mereka ni diperangkap bercinta dengan suami orang oleh suami orang itu sendiri, yang sepengetahuan mereka masih bujang/duda kerana si suami orang ni mengaku bujang/duda ketika awal perkenalan, dalam pada tu layanan yang terlalu romantik dan amat mesra diterima dari suami orang ni, dengan masa yang seolah-olah hanya untuk mereka berdua begitu terluang oleh si suami orang. Ada yang ditaburkan dengan wang ringgit sehingga akhirnya menyebabkan mereka sangat bergantung kepada si suami orang ni.

Apabila hubungan dah semakin intim, dah sayang... dah cinta… dah secucuk... atau dah bercucuk-cucuk... tetiba laaa baru tahu rupanya mamat ni suami orang, hmmm... ingat boleh senang-senang nak lupakan je ke? Lebih-lebih lagi apabila dengan ayat-ayat power si suami orang ni sehingga tergadai itu dan ini plus body, mana mungkin boleh lupakan begitu sahaja.

Hakikatnya bila ditanya, bukan mudah bagi mereka untuk menerima situasi ini. mana nak fikir yang masa depan mereka yang paling jauh pun hanya menjadi isteri kedua sahaja kalau tak ketiga atau keempat… mana nak kena mendapat restu isteri tua pulak dulu... mana nak fikir akan dihamput dan dituduh perampas pula... mana nak bersedia kalau-kalau penangan-penangan dendam isteri-isteri tua lagi.

Tetapi nak buat camana... nasi dah jadi bubur... bukan mereka nak merampas... tetapi si suami orang ni bijak memerangkap mereka... sehingga mereka dah tak mampu untuk melawan dari menjadi mangsa keadaan. 

~ Kata gadis 1 : Saya dah elak bro, dan try untuk in love dengan single man, tapi they all semua gelojoh, tak pandai ambil hati, jadi saya benci. So, everytime jumpa yang saya suka je, mesti lelaki tu dah berkahwin! …nak buat macamana?

~ Kata gadis 2 : Tak tahulah pasal apa, suami orang ni memang pandai take care lah bro. Tak macam lelaki-lelaki muda dan belum berkahwin ni semua. Kita pula yang kena take care of them, boring!

~ Kata gadis 3 : Awal-awal tu, tak tahu yang dia dah berkahwin. Tengok dia free je. Always have time for me. Call pun boleh anytime, sms pun dijawab setiap masa. Selalu jumpa…so kita ingat dia single la. Tak sangka pula dia dah berkahwin. Masa tahu tu, kita dah sayang dah kat dia bro…

~ Kata gadis 4 : Kalau isteri dia tak mahu suami cari lain, dia kena lah bijak menjaga suami. Masak setiap hari kat suami, supaya suami jangan makan luar je. Nanti isteri pun dia cari kat luar lah, terkenan dengan masakan orang luar!

~ Kata gadis 5 : Kami wanita ni cepat kesihan kan orang bro…kami kaum yang lemah, bila seorang lelaki datang meluahkan perasaan sedih mereka, rasa kecewa mereka dengan perkahwinannya…mesti kita rasa kesian punya bro. Sebagai seorang wanita, mestilah saya turut merasa sedih. Sudahlah si suami ni ‘tak dapat’ servis lama bro. Sebagai isteri kenalah bagi suami kepuasan yang diminta, kalau dia tak boleh…biar saya bagi, saya boleh bro!

There you go…let’s play blaming game!! …now you nak salahkan mereka? How can you? You salahkan one girl, then suami you minat the other girl yang lagi cun punya and then you salahkan that girl pulak…

Nampak tak its not the girls fault? …its your husband, you sould blame the husband and you yourselves la kerana membiarkan perkara ini berlanjutan sehingga si suami keluar mencari yang lain. Menyalahkan orang lain di dalam hal ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. You got no one to blame except YOU!

BUT…my advised here, jangan play the blaming game beb! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!

Cari jalan penyelesaiannya… for example :-

Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami
Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!
Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday
Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu
Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!

The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami mahu. 
Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. 
Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.



TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami masih cari wanita lain… then you kena cari suami lain pulak lah, obviously suami you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami you memang jenis suka lebih seorang wanita… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami tu yang GATAL!





Saturday, December 13, 2014

Bicara Hati


Inikah derita........
Mencinta tapi tak di cinta
Merindu tapi tak dirindu

Hanya menatap kosong sang rembulan
Berharap diri adalah sang bintang

Yang selalu kau nanti di ujung senja
Hanya berharap aku saja yang ada dihati

Tapi ketika kupijaki bumi
Aku hanyalah satu diantara bintang itu

Ada banyak hati yang kau nanti
Ada banyak rindu yang kau tabur

Tapi bukan untukku
Itu untuk yang lain

Dan aku hanyalah butiran debu
Tak berarti dan takkan memberi arti
Selamanya.

Aku hanya dapat menahan air mata
Atas kasih yang tak pernah tiba

Aku menangis....... 
Bukan kerana aku memerlukanmu 
Bukan aku mahu kau kembali kepadaku 
Tetapi kerana aku akhirnya menyedari 
Aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi 
Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita 
Dan benar-benar percaya bahawa 
Aku boleh hidup tanpa mu





Oh Tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidakku mengerti tidakku fahami
Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya
Tidakku mengerti tidakku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh Tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaan-Mu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima