Sunday, December 7, 2014

Dia Yang Kau Pilih



Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. 

Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat kita buktikan, tidak setiap yang kita mahu mampu tercapai. Dan selalunya kita tidak mudah mengakui bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. 

Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini bukanlah hanya dengan satu cara, kita harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lainnya. 

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahwa hakikatnya semua itu adalah pinjaman dari Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. 

Begitu juga dengan kegagalan kita sering tidak menghadapinya dengan cara yang sepatutnya. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. 

Apa yang sememangnya dijanjikan menjadi milik kita di dunia ini, samada itu rezeki, pangkat atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Kerana Allah tidak memungkiri janji. 

Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mampu kita miliki. Meskipun ia kelihatan amat menghampiri kita, meskipun kita mati-matian mengusahakannya. Samalah halnya juga dengan jodoh......:-(


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali


Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir


Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu


Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua luka


Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti


Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala


Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu


Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua luka








No comments:

Post a Comment