Tuesday, January 26, 2016

Aku Sedang Sakit


Begitu banyak kenikmatan yang Allah kurniakan kepada ku. Kenikmatan yang tiada terhitung dan tak dapat pula ku gantikan walaupun dengan segunung emas permata sekalipun. 
Nikmat sehat adalah salah satunya nikmat yang sering sahaja aku lalaikan. Sehingga terfikir aku... bagaimana ye jika Allah menghendaki kesehatan itu lenyap dari ku sehingga aku kelak menderita sakit?
Ya-Allah... tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan pertolongan MU.
Ampunkanlah segala dosa-dosaku.
Tiada tuhan yang ku sembah melainkan hanya pada Mu Ya-Allah... Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... dan hanya kepada Mu aku bertaubat.
Ya-Allah... ku serahkan diri ku kepada MU. Apa jua kehendak Mu maka itulah yang terbaik buatku.

Mana Satu Pilihan Lelaki - Isteri Atau Girlfriend

Isteri macam tv. 
Girlfriend macam handphone.

Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone. Kadang-kadang seronok tengok tv, tapi selalunya masa banyak habis main handphone.

Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis

line, talian akan ditamatkan serta merta...

Tv saiznya besar, berat tapi... Hp cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja... 

Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp... mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu. 

Hp bila kita bercakap dengan dia... dia jawab semula.... Tv asyik nak kita dengar je dia cakap... Yang pasti nya Tv ada remote control, tapi Hp takde.

Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. 
Tapi Hp sekali kena virus habislah! 


JADI...
SAYANGILAH TV ANDA...TAK KIRA lah BERAPA INCI PUN TV ANDA... HeHeHe







Friday, January 22, 2016

Menahan Geram



betapa sakitnya dada ni menahan rasa
betapa tebalnya muka ni menahan perasaan
betapa tenat nya hati ni menahan geram
eee geram betul aku dengan beruang hutan ni

(sesiapa yang terasa sama ngan beruang hutan tu ehem ehem faham faham laa ye)






Thursday, January 21, 2016

Dah Penat


Semalam aku berhempas pulas... lalu hari ni aku cuti rehat... tambahan pula doktor sahkan kesihatan aku tak begitu baik... So better aku ambil cuti untuk berehat... Boleh relax sikit..

Hmm... Relax...
Biasa laa... Manusia kan... 

bila dah penat mesti nak rehat sekejap kan?

Time berehat hari ni... Aku merungut sambil baring melihat hamparan langit yang membiru...

Huummmmmhh...
Penat laa...
Penat nak terus menghadap 1001 jenis cabaran hidup...
Penat nak melayan macam-macam karenah kawan-kawan dan manusia...
Penat nak meneliti fail-fail yang perlu distudy...

Penat nak melawat sana dan sini...
Penat nak terima kunjungan temujanji...
Penat nak jaga iman...
Penat nak istiqamah...
Penat nak kawal nafsu...
Ya Allah... Sejujurnya aku penat... Penat... Penat!!!
Huaarghhh!!!

Astaghfirullahal 'adzim..
Dah la wahai diri... Tak yah nak merungut sangat... Nanti kufur tau tak!.. Lagi bahaya..!
Na'uzubillah...

Aku mohon Ya Allah... Biarlah hanya di hadapan Mu sahaja aku rebah...
Tapi di hadapan manusia aku tabah...






Wednesday, January 20, 2016

Soal Lelaki


1. Kenapa lelaki handsome lambat kahwin ?

- Tak semestinya lelaki handsome je, tapi apapun kemampuan dari semua sudut perlu dipastikan juga, letihnya kaum wanita suka menganggap lelaki handsome ni perfect segala-galanya, oleh itu demi nak jaga semua tu akhirnya terlajak bujang le jadinya, nak buat camana kan hehe

2. Kenapa lelaki yang handsome selalu dapat wanita yang kurang cantik?

- Cantik tu sebenarnya subjektif, cantik bagi orang lain mungkin tak cantik bagi kita. Apa-apa pun yang paling penting biarlah cantik dalaman yer. Lagi satu kalau cari wanita yang cantik, susah nak jaga nanti jadi tarikan lelaki lain duk usha..hahaha

3. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan yang free hair dan seksi tapi bila memilih isteri nak isteri yang tutup aurat dan bertudung?

- Ops..itu dah dikira si mata keranjang, tapi aku tak nafikanlah memang ada lelaki yang macam ini. Terlalu menurut nafsu syahwatnya. Akan tetapi bila kita nak pilih isteri tentulah kita nak yang menutup aurat, seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah itu penyejuk mata, perhiasan lelaki muslim. Tetapi lelaki ini tetap setia. Percayalah.

4. Kenapa orang lelaki bila dah menipu dia nak menipu lagi? (ibarat tak serik-serik)

- Wei sapa tu, kasi tau aku... kuat menipu betul la...ini dah termasuk di dalam kategori sikap yang tak reti nak insaf. Kira menipu ni dah jadi darah daging dia, kalau tak menipu tak sah dalam hidup dia, orang selalu gelaran mereka ni "kaki kencing'. Tapi tak semua lelaki bersikap bergini kan...

5. Kenapa orang lelaki suka tengok perempuan lain, walaupun isteri kat sebelah?

- Erk..kantoi la tu...jangan salah faham mungkin si lelaki itu nak usha keadaan sekeliling, manalah tau kan ada peragut ke, ada marabahaya ke... untuk keselamatan isteri jugak tu. Mungkin itu cuma sekilas pandangan je kot, tapi wanita pun ada juga kan kalau ada lelaki ensem melintas, mesti terpandang jugak kan... hehehe

6. Kenapa orang lelaki rumah tak kisah bersepah macamana pun tapi, bab kereta nak kemas selalu?

- Kalau bab kereta, ramai yang tau kan. kereta itu ibarat bini nombor dua beb. Walaupun kereta lama, tapi body kena jaga ala-ala Che Ta gitu

7. Kenapa orang lelaki bila dah tak ada duit tapi masih boleh relax lagi?

- Kerana kita tahu, rezeki ada dimana-mana. walaupun muka wat relax macho, tapi di dalam otak tengah duk fikir mana lubang nak cari duit tu.

8. Kenapa orang lelaki susah nak kawal marah?

- Hmmm..itu sikap orang panas baran sebenarnya, tak boleh nak tuju kepada lelaki ke... wanita pun ada jugak yang barannya kan. Orang yang panas baran ini, mungkin kurang sikit tahap kesabarannya, silap sikit je terus nak marah.

9. Kenapa orang lelaki lebih suka bercerita masalah mereka dengan kaum sejenis mereka daripada menceritakan pada kawan perempuan mereka? (walaupun hal tersebut berkaitan dengan perempuan)

- Hanya orang lelaki yang faham jiwa lelaki, wanita pun macam tu jugak kan?... ni jawapan ke soalan... hmmm

10. Kenapa lelaki tak suka fikir sesuatu hal tu dengan berpanjangan?

- Eh..mana ada..mungkin orang yang tak fikir panjang tu masih belum matang lagi kut.








Penyakit Orang Melayu


Bila MISKIN kita DIBENCI
Bila SUSAH kita DIKEJI
Bila MEMINTA kita DICACI
Bila KAYA kita DIDENGKI
Bila LEBIH kita DIKHIANATI
Bila DIBERI kita DIUMPATI
Bila LEMAH kita DISAKITI
Bila BAIK kita TAK DIHARGAI
Bila kita BERJAYA mereka IRIHATI
Kita hanya DICARI bila sesuatu DIHAJATI
Bila kita MATI baru mereka PUASHATI





Tuesday, January 19, 2016

Aku Keletihan


Aku kuat kerana aku tahu rasanya dikala aku begitu lemah. Ada ketikanya aku terasa lemah kerana aku tahu bagaimana rasanya saat aku begitu kuat.

Aku tidak takut direndahkan, kerana aku tahu dengan yakin orang yang merendahkan orang lain tempat dia sebenarnya jauh lebih rendah dibawah orang yang direndahkannya.

Aku tidak takut dijatuhkan, kerana tempat yang terbaik itu tak semestinya di atas.

Allah Maha Mengetahui... walaupun seisi bumi ini diam sekalipun, Allah tahu apa yang hati bisikkan.

Semakin jauh perjalanan, maka semakin banyak pilihan arah tuju, lantas semakin kejam lagi cabaran menunggu.

Hari ini aku menatap satu persatu. Lalu terasa dunia ini semakin sempit. Sesempit pilihan-pilihan yang mencekik ku. Walaupun hakikatnya dunia ini amat luas, seluas semua harapan ku yang hingga kini masih juga belum menjadi nyata.






Tension Giler Hari Ni

Apabila garis-garis keletihan terukir diwajahku. Apabila desah keluhan menjadi bicara kataku. Apabila gerak langkah tidak dapat menyembunyikan kelelahanku. Apabila jiwaku semakin mencengkam ketegangan rasa.


Ternyata hidup di saat ini semakin mencabar. Hari-hari yang sempit terasa kian panjang. Pelita hatiku pun adakalanya meredup bergoyang-goyang dipermainkan badai kehidupan.Kehidupan yang melewati liku-liku duri yang amat menguji.

Pada usia ini aku berjuang, dengan keringat dan pengorbanan semangat. Setiap saat bagai menguji ketabahan. Dalam mencari sehingga hujung detik nadi. Menghargai apa yang aku lakukan saat ini berarti menghargai hidup ku sendiri, waktu tak mungkin boleh di tarik mengundur dan waktu juga tak akan pernah berhenti pergi.






Sunday, January 17, 2016

Matematik Cinta


Cinta itu "Saling Mengerti"

Mengerti = Understand
Understand = Under+Stand
Under = Bawah
Stand = Berdiri

Maka kalau "Bawah" dah "Berdiri"
itulah tandanya "Cinta"





Lumrah Manusia


RAMAI ORANG BOLEH SEBUT SABAR
tapi bila kena pada diri sendiri
dia pun tak boleh tahan sabar

RAMAI ORANG BOLEH NASIHATKAN TENTANG REDHA
tapi bila diri sendiri yang kena
dia sendiri pun tak reti nak redha

SEBAB KITA INI MANUSIA
adakalanya kita pandai berkata-kata
sampai kita pun lupa apa yang kita kata

MAKA JANGAN PUTUS BERDOA
semoga ALLAH jaga hati kita
semoga terpelihara iman kita





Saturday, January 16, 2016

Suami Berkorban Isteri Terkorban


Sememangnya suami yang bertanggung jawab atas nafkah keluarga, namun ada dikalangan kita yang harus mahupun terpaksa menyertakan isterinya untuk ikut berpeluh menjemput rezeki.

Pengorbanan seorang isteri kepada suami adalah saat kerelaannya untuk meringankan beban suami mencari rezeki demi kelangsungan hidup sekeluarga. Namun ketika inilah terujinya kebijaksanaan serta kasih sayang seorang suami dalam memenuhi tuntutan hidup.







Bagaimana dengan anda? Adakah anda sanggup memperjudikan keselamatan diri atau diperjudikan keselamatan diri oleh suami?




Friday, January 15, 2016

Sekeping Hati Yang Sepi


Alam...
aku rindu akan ketenanganmu
ketenangan yang mungkin tidak mampu dirasai oleh manusia lain
sungguh aku mahu....
mahu kembali kepada kamu seperti dulu
setiap masa aku mampu mengelamun di situ
melepaskan sejuta rasa yang tiada tafsiran bicara
yang tiada menyusahkan sesiapa
aku rindu
yang teramat merinduimu.....




waaahhh... bukan main lagi posing adik sedara aku yang sorang ni
lokasi: di ladang teh

Jangan Terlalu Berharap


Jangan terlalu berharap lebih, pada sesuatu yang belum tentu kita akan miliki, kerana ia juga akan merosak kan diri kita sendiri, andainya kita terlalu mengikut perasaan. 
Kerana bila kita terlalu berharap, kita selalu akan hilang pertimbangan apabila situasi atau sesuatu itu tidak memihak kepada kita. 
Setiap orang boleh sahaja memiliki sebuah harapan yang tinggi, tapi kita juga harus sedar diri dengan keadaan diri kita sendiri.




Thursday, January 14, 2016

Azam Baru


I want to
REFRESH my minds
DELETE all my problems
UNDO all my mistakes
and
SAVE the happy moments




Rungutnya Hati


Awak diam je? Saya ok.
Awak tak text saya? Saya ok.
Awak tak call saya? Saya ok.
Awak abaikan saya? Saya ok.
Tapi bila saya dah tinggalkan awak,
saya harap awak ok :) 









Satu hari nanti,
bila saya dah pergi jauh,
jangan la cari saya lagi.
Awak carilah patung,
kerana selama ini,
saya dengan patung, 
tiada bezanya.

Hidup Ini Pilihan


HIDUP ini PILIHAN...
Apapun yang membuat 
kamu SEDIH
TINGGALKAN!
Apapun yang membuat 
kamu TERSENYUM,
PERTAHANKAN!