Thursday, January 21, 2016

Dah Penat


Semalam aku berhempas pulas... lalu hari ni aku cuti rehat... tambahan pula doktor sahkan kesihatan aku tak begitu baik... So better aku ambil cuti untuk berehat... Boleh relax sikit..

Hmm... Relax...
Biasa laa... Manusia kan... 

bila dah penat mesti nak rehat sekejap kan?

Time berehat hari ni... Aku merungut sambil baring melihat hamparan langit yang membiru...

Huummmmmhh...
Penat laa...
Penat nak terus menghadap 1001 jenis cabaran hidup...
Penat nak melayan macam-macam karenah kawan-kawan dan manusia...
Penat nak meneliti fail-fail yang perlu distudy...

Penat nak melawat sana dan sini...
Penat nak terima kunjungan temujanji...
Penat nak jaga iman...
Penat nak istiqamah...
Penat nak kawal nafsu...
Ya Allah... Sejujurnya aku penat... Penat... Penat!!!
Huaarghhh!!!

Astaghfirullahal 'adzim..
Dah la wahai diri... Tak yah nak merungut sangat... Nanti kufur tau tak!.. Lagi bahaya..!
Na'uzubillah...

Aku mohon Ya Allah... Biarlah hanya di hadapan Mu sahaja aku rebah...
Tapi di hadapan manusia aku tabah...






No comments:

Post a Comment