Saturday, January 2, 2016

Ayda Dan Zul - Adengan Yang Ditapis (18sx)


Ayda, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Ayda tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Ayda bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ketiga Ayda tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan kecantikan.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.

Tambahan lagi, Ayda tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Ayda amat kehausan sekali. Perasaan Ayda semakin resah. Demi satu keinginan Ayda sabar menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk! tuk! Tuk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh! Syukurlah!!!” kata Ayda di dalam hatinya. Ayda terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan lewat 20an berbadan sasa rupanya mirip Zul Ariffin, melemparkan senyuman manis kepada Ayda. Ayda pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya lampu suluh milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu segera menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Ayda.

Itulah pertama kalinya Ayda memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Ayda keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Ayda. “Adik duduk atas ni, pelan-pelan tau, abang pegang ye” kata lelaki itu. Ayda pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu, suasana semakin gelap pada malam itu, dan Ayda terasa sesuatu yang keras melintang menyentuh punggungnya. Mula-mula panas tetapi tetiba dingin dan sejuk seperti ada cecair telah membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata” Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Ayda “Iyerlah bang!! Kalaulah abang tak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.







No comments:

Post a Comment