Tuesday, March 18, 2014

Bermulanya Bunga Cengkih Bernilai Tinggi

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.

Adaptasi Daripada Himpunan Cerita Rakyat Malaysia

Moral Cerita
Jangan Takut Mencuba Sesuatu Yang Baru

Mensyukuri Keajaiban Allah Yang Maha Berkuasa

Kebersihan Dan Aroma Yang Bersih Penting Dalam Penampilan Dan Mencerminkan Keperibadian

Bunga Cengkih Segar

Bunga Cengkih Yang Sudah Dikeringkan





Monday, March 17, 2014

Yang Nampak Baik Belum Tentu Baik

Pada zaman dahulu, ada seorang pak cik tua yang miskin, bersama seorang anak dan seekor kuda betina. Satu hari, kuda pak cik ini telah hilang. maka datanglah penduduk kampung untuk mengucapkan simpati serta takziah atas kehilangan kuda pak cik itu, tetapi pak cik itu hanya membalas, "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik". penduduk kampung hanya menganggap pak cik ini hanya berfalsafah.

Tidak lama kemudian kuda pak cik ini pulang bersama lima ekor kuda jantan. dan sekarang pak cik itu mempunyai enam ekor kuda. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik ini berkata "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik". penduduk kampung tetap menganggap pak cik ni hanya berfalsafah.

Suatu hari, anak pak cik ini cuba menjinakkan lima kuda yang baru menjadi milik mereka, malangnya salah seekor daripada kuda itu telah menendangnya hingga anak pakcik ini patah kakinya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan simpati dan takziah. tetapi pak cik hanya mengulang ayat yang sama,"Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik".

Beberapa hari selepas itu, kerajaan mengarahkan semua pemuda di negeri tersebut untuk menyertai peperangan. Namun anak pak cik itu bernasib baik kerana tidak terpilih disebabkan kakinya masih patah. dan ditakdirkan semua pemuda kampung itu yang menyertai peperangan, kesemuanya mati dalam pertempuran. Maka, gadis-gadis yang ada di kampung itu terpaksalah memilih anak pak cik itu untuk berkahwin. Maka akhirnya anak pak cik itu mendapat gadis dari keluarga yang kaya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. Pak cik itu berkata, bukankah aku sudah katakan kepada kamu, "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik".

Moral cerita
Bukan setiap perkara baik
yang kita kehendaki itu 
baik bagi kita 
dan bukan setiap perkara buruk itu 
buruk bagi kita. 
Mungkin apa yang kita terima itu
adalah yang terbaik buat kita...


"Bila Perancangan Kita Tidak Menjadi Seperti Yang Diharapkan,
INGATLAH & SENYUMLAH
Manusia Merancang Dengan Cita-Cita
Tetapi
ALLAH Merancang Dengan CintaNya"

Cerita Masa Kat Asrama Sekolah Dulu-Dulu - Kisah 2

Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak 'cannibal' (puak makan orang). Ketua puak itu pun mengarahkan anak-anak buahnya supaya membunuh ketiga-tiga lelaki itu untuk dijadikan santapan seisi kampung mereka.

Ketiga-tiga lelaki itu pun merayu dengan sepenuh hati supaya mereka dibebaskan. Oleh kerana mereka merayu dengan bersungguh-sungguh maka ketua puak itu setuju akan melepaskan mereka tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.

"Arghh.. nie simple punya keje je nie" kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan masing masing diiringi 10 orang pahlawan yang lengkap dengan pedang  dan panah dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dari hutan dengan membawa 10 buah nenas hutan. Kemudian berkatalah ketua puak kepada anak buahnya "Sumbatkan kesemua buah nenas itu ke dalam punggung lelaki ini, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!"

Lalu nenas itu disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut. Berkerut kumut muka lelaki itu menahan kesakitan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pula muncul. Dia membawa 10 biji buah ciku bersamanya. Dia pun di kenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah-buah ciku lazimnya bersaiz kecil, maka lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang ke sembilan. Pada ketika buah ciku yang terakhir tiba-tiba lelaki itu ketawa. Maka dia pun dibunuh juga.

Apabila sudah mati, roh lelaki yang pertama pun pergi berjumpa roh lelaki yang kedua dan bertanya kepadanya. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang terakhir?"

Lalu dijawab roh lelaki yang kedua itu "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian hahahahaha"

Malang Tidak Berbau

KENANGAN
adakalanya teramat pahit
untuk diredah,
tetapi
terlalu manis 
untuk dikenang.
HIDUP
tidak selalunya indah
tetapi
yang INDAH itu
tetap hidup dalam
KENANGAN.





Sunday, March 16, 2014

Sekeping Hati Yang Terluka

Hatiku ini
Bagaikan sehelai kain yang nipis
Mudah terkoyak
Mudah tercarik
Namun tidak berdarah
Kerana aku menahan
Dengan kesabaran
Dengan Ketaqwaan
Dengan keimanan
Tidak perlulah aku menjaja
Apatahlagi mengadu domba
Aku melihat
Hanya merenung
Jari - jari telunjuk ke arahku
Biarlah.......Ambillah
Kemenangan
Kepuasan
Kejayaan
Dari hati wanita yang telah dikoyak - koyakkan
Dihiris dengan kata - kata nista
Tidak mengapa....tidak mengapa
Hari perhitungan bakal menjadi saksi
Siapa yang benar....siapa yang salah
Aku redha
Aku tunduk padaMU

Ya ALLAH

Sumber Ida Nardiel Rasid

"Orang yang hebat
tidak akan melenting apabila dicaci 
bahkan dia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang terbaik"





Nak Balik Sembahyang

Entah mengapa hari itu mood seorang Pengarah sungguh baik kepada kakitangannya. Dia bersedia mengizinkan sesiapa sahaja yang hendak meminta balik lima jam lebih awal pada hari itu. Tetapi permintaan mestilah logik dan dengan hanya satu alasan jer yang boleh diguna. Haaaa!! Alasannya ialah mestilah pasal sembahyang sahaja! 

Sebaik mengetahui tawaran pengarah itu maka datanglah empat orang staff berjumpa dengan tuan pengarah.

Mula-mula seorang jurutaip;

Kerani  :  Tuan, boleh tak saya pulang awal tuan? Saya nak balik sebab nak solat kat rumah...,  leh la tuan?

Pengarah  :  Tak boleh!!!... Kat sini kan ke ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang Pegawai Kerani;

Pegawai Kerani  :  Saya boleh balik awal kut tuan?

Pengarah  :  Ha kamu pasal apa pulak?

Pegawai Kerani  :  Saya nak balik sebab nak tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak tuan? Saya kuatir dia ponteng solat tuan.

Pengarah  :  Tak boleh balik, awak telefon saja isteri awak dan suruh dia tengok-tengokkan!

Pengurus pula mencuba nasib;

Pengurus  :  Setentunya saya boleh balik awal ye tuan.

Pengarah  :  
Ha, Kamu pulak pasal apa? Kamu pun nak balik awal jugak ker?

Pengurus  :  
Ermmm! Yer tuan! Tuan kan amat budiman orangnya! Hehe!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus  :  
Saya nak balik sembahyang jenazah tuan... Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, sebagai sama sekampung saya perlu turut doakan dan sembahyangkan jenazahnya...! Boleh yer tuan yer saya pulang awal?

Pengarah  :  
Tak bolehhh!!! Itu adalah Fardhu Kifayah. Ramai orang kampung awak yang lain boleh sembahyangkan. Awak boleh je doakan dia dari sini. Dah tu... pergi buat kerja.

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon  :  Tuan! Saya nak balik awal boleh ke tuan?

Pengarah  :  
Naper?

Mat Peon  :  Isteri saya telefon tadi, dia kater dia dah boleh sembahyang tuan. Dah seminggu dia cuti, al-maklumlah tuan.

Pengarah  :  
Laa yer ker??? Hmm Kalau gitu awak baliklah... Kesian kat wak dah seminggu menunggu tu!!!

Mat Peon : Terima kasih tuan!!! (Dengan wajah berseri-seri sambil jeling menyakat pada Pengurus, Pegawai Kerani dan Kerani yang sedang memandang Mat Peon dengan wajah tak puas hati)

Solat bukan PART TIME
bukan SOMETIME
bukan NO TIME
mesti buat FULL TIME
dan ON TIME
kalau boleh OVERTIME
sebab mati ANYTIME


Rasulullah SAW bersabda
"SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA (ISLAM)
MAKA SESIAPA YANG MENDIRIKAN SOLAT
BERERTI DIA TELAH MENEGAKKAN AGAMANYA
DAN SESIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT
BERERTI DIA TELAH MERUNTUHKAN AGAMANYA"
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim





Kaya Bertambah Kaya - Miskin Semakin Miskin

Suatu hari datang seorang yang miskin menghadap Nabi Musa a.s.. Kelihatannya dia  begitu miskin dengan pakaiannya yang compang-camping dan sangat lusuh lagi berdebu. 

Si miskin itu kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini, agar diperkenankan oleh Allah s.w.t. agar menjadikan aku seorang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada si miskin itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". 

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mampu banyak bersyukur, sedangkan merasa makan pun aku jarang, malah pakaian yang aku pakai pun hanya sehelai ini saja"!.

Dengan rasa penuh kecewa akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. 

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Penampilannya sungguh bergaya, bersih badannya juga rapi pakaiannya. 

Si kaya itu berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. akan permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kerana aku sering merasa terganggu dengan hartaku itu." 

Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, oleh yang demikian janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". 

"Ya Nabiullah, bagaimana mesti aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku nyawa maka yang dengannya aku dapat hidup. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Allah s.w.t. telah memberiku telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan Allah s.w.t. telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. 

Dengan rasa hampa si kaya itu juga akhirnya pulang ke rumahnya. 

Tidak berapa lama kemudian selepas hari berkenaan, terjadilah di mana si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. 

Sementara si miskin pula menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya daripada si miskin sehinggakan si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Semua ini adalah kerana si miskin tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.

Lihatlah pada apa yang kita ada lalu kita
BERSYUKUR
Jangan dikenang apa yang kita tiada
nanti kita KUFUR


Sudahkah anda bersyukur kerana masih lagi
BERNYAWA
pada hari ini?

Cerita Masa Kat Asrama Sekolah Dulu-Dulu - Kisah 1

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada doktor yang mengiringnya ke bilik mayat berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?

Doktor : Lelaki pertama yang berusia 70an itu, ermm dia tiba-tiba diserang strok kerana terlalu gembira semasa bersanding dengan isteri mudanya yang berusia 2oan. Lelaki kedua pula berusia dalam 50an, mati akibat serangan sakit jantung ketika sedang melompat-lompat kegembiraan kerana menang loteri, dan manakala yang lelaki yang ketiga itu berusia lewat 20an, mati disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Doktor :  Masa tu dia ingat orang sedang mengambil gambarnya...


Ingatlah
Mati Itu Tidak Mengenal Usia
Dan Ingatlah
Mati Itu Datang Secara Tiba-Tiba



Saturday, March 15, 2014

Dilahirkan - Untuk Apa Ye?

Seorang lelaki yang kelihatan sudah lanjut usianya berjalan menuju ke sebuah bangunan yang sedang dibina. Cuaca pada tengahari itu terasa sangat memeritkan kulit penghuninya. Bagitupun, lelaki tua itu tetap mengagahkan langkahnya, biarpun kepalanya lenjun dibasahi peluh.

Ketika dia melewati seorang pekerja yang nampaknya sedang sibuk menyimen menegakkan bata dinding, dia mengajukan satu soalan "Wahai pemuda, apakah yang sedang anda kerjakan?"

Tanpa menoleh pemuda itu menjawab "Hei orang tua, apakah terik matahari ini telah membuat kamu buta sehingga tidak dapat melihat apa yang sedang aku kerjakan. Inilah kerja-kerja buruh namanya"

Orang tua itu pun tersenyum lalu berjalan lagi ke hadapan sehingga kepada seorang pekerja yang kedua dan bertanya pula kepadanya "Wahai pemuda, apakah gerangan sebenarnya anda kerjakan?"

Pemuda yang kedua itu pun menoleh dengan wajah yang nampak ragu-ragu sambil berkata "Saya pun tidak pasti pakcik, tetapi kata mandur kami, bahawa kami sedang membina sebuah bangunan" jawabnya lalu meneruskan kerja-kerjanya kembali.

Orang tua itu menganguk-angguk mendengar jawapan dari pekerja yang kedua, namun hatinya masih belum puas dengan jawapan yang diberikan, lalu dia teruskan beberapa tapak ke hadapan lalu menemui pekerja yang ketiga dan menanyakan soalan yang sama kepadanya.

Pekerja yang ketiga itu tersenyum lebar, sambil mengesat peluh di dahinya dia berhenti sejenak dari kerja-kerjanya lalu dengan wajah yang berseri-seri dia berkata "Pakcik, kami sedang membuat sebuah rumah yang megah dan cantik, mungkin pakcik tidak dapat membayangkannya buat masa ini, kerana binaannya masih lagi pada peringkat awal, namun dari pengalaman saya, saya yakin bahawa bentuk rumah ini sangat menarik seumpama sebuah istana. Tentu setelah siap kelak ramai orang akan kagum melihatnya. Itulah yang sedang saya kerjakan, wahai pakcik" Jawapan pekerja yang ketiga itu dengan yakin.

Barulah puas hati orang tua itu setelah mendengar jawapan dari pekerja yang ketiga itu. Orang tua itu berasa sungguh terharu dan bersyukur kerana rumah agam yang dibinanya itu, walaupun masih di peringkat awal pembinaannya, telah di lihat cantik dan indah oleh pekerjanya. Adapun orang tua itu adalah pemilik bangunan yang sedang di bina oleh ramai pekerja termasuklah ketiga-tiga pekerja tadi.

Moral cerita

Begitulah perihalnya dengan penghuni kehidupan ini. Di mana terdapat tiga golongan yang di dalamnya.

Yang pertama... adalah terdiri daripada kebanyakan daripada kita, iaitu mereka yang tidak pernah mahu tahu untuk apa mereka di lahirkan ke dunia. Mungkin kerana mereka begitu di sibukkan dengan urusan-urusan seharian sehingga mereka tidak pernah mahu memikirkannya. Asalkan boleh hidup sudah memadai bagi mereka. Golongan ini dipanggil golongan yang 'Sekadar hidup'.

Yang kedua...  adalah terdiri daripada golongan yang suka mengikut-ikut atau menjadi pak turut sahaja dalam hidup. Mereka hanya melakukan apa yang dilakukan orang sekeliling mereka mungkin hanya sebagai menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka tahu segalanya. Sedangkan mereka sendiri tidak pasti mengapa mereka ujud dalam kehidupan ini. Golongan ini di panggil golongan yang 'Bertahan untuk hidup'

Yang ketiga...  adalah golongan yang hanya segelintir daripada kita. Iaitu mereka yang tahu bahawa mereka bukan dilahirkan secara kebetulan sahaja  tetapi mereka tahu akan tujuan serta tanggungjawab mereka dalam hidup di dunia ini. Jelas di fikiran mereka tentang objektif, visi dan misi kehidupan sebelum mereka kembali menghadap Allah Subha Nahu Watala. Mereka ini adalah golongan yang 'Hidup dalam erti kata sebenarnya'








Kasih Seorang Isteri

Dari sebuah kisah benar, tidak berapa lama dahulu di mana seorang isteri kematian suaminya. Pada majlis menguruskan jenazah suaminya si isteri menangis-nangis merayu untuk memandikan sendiri jenazah suaminya. Namun rayuannya di tegah oleh orang ramai, kerana belum ada terjadi di kawasan itu, seorang perempuan memandikan jenazah lelaki. Malah mertuanya sendiri pun tidak membenarkan hajat si isteri.

"Ini janji kita berdua, jika abang meninggal dahulu, sayang mandikan abang, dan kalau sayang pergi dahulu, insyaAllah abang akan mandikan jenazah sayang" kata-kata itu masih segar dalam ingatan si isteri. 

Ketika seorang ustaz hadir bersama beberapa rakannya untuk memulakan mandi serta mengkafan jenazah suaminya, si isteri tetap terus berusaha mengajukan rayuannya untuk memandikan jenazah suaminya sendiri.

"Itu tidak menjadi masalah apabila isteri mahu memandikan jenazah suaminya, cuma cara adapnya berbeza sedikit" jawab ustaz tersebut dan menambah "Mari kita uruskan dengan segera jangan sampai melengah-lengahkan" Lalu ustaz dan beberapa orang yang lain membantu si isteri  memulakan memandi jenazah suaminya.

Si isteri dengan tenang membasuh muka jenazah suaminya sambil berkata "Inilah wajah suamiku yang ku sayang tetapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti".

Si isteri membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Tangan inilah yang sentiasa menjaga urusan kebajikan kami. Moga Allah memberimu pahala untukmu wahai suamiku".

Kini si isteri membasuh badan jenazah suaminya sambil berkata "Tubuh inilah yang selalu memberikan pelukan kasih sayang kepadaku dan anak-anak. Semoga Allah memberikan pahala berganda buatmu wahai suamiku".

Seterusnya si isteri membasuh kaki jenazah suaminya sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, semoga Allah berikan abang kenikmatan di akhirat dan pahala berlipat gandanya".

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu wajah jenazah suaminya seraya berkata "Terima kasih abang kerana saya amat bahagia selama menjadi isterimu. Terima kasih kerana meninggalkan zuriat-zuriat yang mewarisi kebaikanmu. Terima kasih di atas segala ilmu dan didikkan yang abang berikan selama hayatmu. Saya sebagai isteri abang, saya redha dengan pemergian abang demi kasih sayang Allah".

Betapa sucinya kasih sayang seorang isteri.


Aisyah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw pernah bersabda
“Barang siapa memandikan mayat
sambil menyempurnakan segala amanatnya,
tidak membicarakan segala aib yang ada pada dirinya, 
maka orang yang memandikan itu bersih dari dosa, laksana seorang anak
yang baru dilahirkan oleh ibunya”
Kemudian Rasulullah bersabda lagi
“Akan lebih utama yang memandikan mayat itu adalah kerabatnya, 
kalau dia mampu, tetapi kalau dia tidak mampu, siapa saja yang dipandang
ahlinya, teliti, dan amanat”
( Hadis Riwayat Ahmad )

Rasulullah saw bersabda pada isterinya
“Aisyah, jika kamu meninggal terlebih dahulu, aku yang akan memandikan dan mengkafanimu serta akulah yang akan menyalati dan menguburkanmu” 
( Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah )



Friday, March 14, 2014

Lebih Laju Dari Cahaya

Seorang pensyarah perempuan di sebuah universiti  sedang menerangkan kepada para siswa dan siswi dalam kuliahnya:

"Sejak tahun 1983, kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m/s. Ianya bersamaan 3 × 108m/s atau dalam istilah sains lainnya ialah bersamaan 300 000 km/sesaat atau 168 000 batu sesaat. Ianya merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…"



Pensyarah  :  Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih laju dari cahaya? 


Siswa 1  :  Ada puan… jawapan saya suis lampu...


Pensyarah  :
 Suis lampu? Buktikan pada saya…

Siswa 1  :  Sebelum cahaya tu bergerak… petik suis lampu dulu puan, kalau tidak dipetikkan suisnya, cahaya pun tak bergerak lagi…

Siswa 2  : Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lampu itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…


Pensyarah  :
 Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?

Siswa 3  : Ada puan… pada saya..., semua tu tak sepantas mana…


Pensyarah  :
 Ok, apa jawapan kamu…

Siswa 3  : Cirit puan…


Pensyarah  :
 Cirit? Awak jangan nak main-main dalam kelas? (nadanya agak marah)

Siswa 3  : Iyer puan… malam tadi… saya terjaga… tak sempat saya nak fikir, tak sempat saya petik suis lampu… saya dah terCIRIT……



While we try to teach our children all about life
they teach us what life is all about



Lidah Orang Yang Berakal
Berada Di Belakang Hatinya,
Manakala Hati Orang Yang Bodoh
Berada Di Belakang Lidahnya.


"Sesungguhnya Orang Berakal Itu Menyembunyikan Rahsianya,
Manakala Orang Yang Jahil
Membuka Keaiban Dirinya"

Bestnya Baru Kahwin (18sx)

Paginya 

Seorang suami tergesa-gesa hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Fazil : “sayang.. abang pergi dulu ya”

Enon : “Abang tak sarapan dulu?”

Fazil : “Tidak.. abang nak cepat nie!”

Lalu si suami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata “inilah sarapan pagi abang”

Tengaharinya. . 

Si suami pulang kerumah secara tiba-tiba..

Enon : ” Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?”

Fazil : ” Ada sesuatu yang tertinggal”

Enon : Marilah makan tengahari dulu bang?”

Fazil : “Tak pe lah.. abang nak cepat nie”

Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan
mencium “dada isterinya” sambil berkata “inilah makan tengahari abang!”

Petangnya.. 

ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas sofa... lalu si suami bertanya..

Fazil : “Awak sedang buat apa tu?”

Enon : “Panaskan makan malam abang!”



Ilmu penunduk suami
yang boleh diamalkan isteri ialah:
Senyum Mesra
Manja Mengoda
Wangi Mempersona
Bermekap Cantik
Pakaian Menarik
Dan
Gaya Romantik
Jika kurang berkesan,
tambah lagi dengan
"Sexy"





Keluhan Suami Isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh... mandi nak pergi kerja.
Pagi... naik kereta pergi kerja.
Tengahari... ponteng kerja.
Petang... balik kerja.
Maghrib... tak ada kerja.
Malam... tanya bini boleh kerja ke.
Bangun pagi... penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh... basuh kain.
Pagi... sidai kain.
Tengahari... angkat kain.
Petang... lipat kain.
Maghrib... susun kain.
Malam... buka kain.
Bangun pagi... hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..


Ekekekekek... sori gurau je.... idea takde malam ni hehe... Hisyam


Gambar famili ekekekekekeke

Be thankful for what you have
you'll end up having more.
If you concentrate on what you don't have,
you will never ever have enough.


Malam Dingin Yang Berubah Panas

Di satu malam yang dingin sepasang suami isteri sedang bersantai di bilik mereka. Si suami sedang mengemaskini blognya manakala si isteri asyik membaca novel cinta. Tiba-tiba si isteri bertanya kepada suami:


Siti : Bang..., kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Hashim : Ermm ntah la, tapi kan abang rasa le, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Siti : Erkk habis tu, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk kat rumah kita ni.

Hashim : Ye lah. Kan ke rumah kita ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu aje?

Siti : Abis tu abang bagi le dia guna bilik kita ni, toilet kita tu ye?

Hashim : Ya la yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia pulak. Dah ada bilik ni, memfaatkan aje la, tidak le rasanya nak membazir pulak.

Siti : Jadi abang bagi le dia pakai almari kita tu ye?

Hashim : Hmm begitu le nampaknya yang, almari kita ada empat pintu takkan le nak bagi kat orang lain pulak.

Siti : Ni katil kita ni abang bagi le jugak ye?

Hashim : Terpaksalah yang. Sebab katil kita ni baru sebulan je kita beli.

Siti : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ni?

Hashim : Takkan la semua tu abang nak bagi adik-adik awak pulak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang bagi dia pakai je.

Siti : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Hashim : Hmm yang tu dia tak pakai kut, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada ayang, saiz lima, golf set ayang pun dia tak guna punya sebab sukan dia adalah bowling ...

Siti : ????!!!!!

Hashim : ( Dalam hati ) Alamak terlebih la pulak, mampus aku malam ni.



Suami terindah di mata isteri
bukanlah yang mampu membelikan segalanya
tetapi adalah
suami yang setia dan selalu ada
dalam tangis dan tawa 
isteri dan anak-anaknya