Wednesday, March 12, 2014

Ibu..., Ayah..., Boleh Tak Terima Sahabat Saya?

Peperangan dunia kedua sudah lama tamat, sepasang ibu dan ayah tetap sabar menanti kepulangan anak mereka, hampir enam bulan tiada sebarang khabar berita dari anak mereka yang bertugas di barisan hadapan di medan perbatasan. Hampir setiap hari pasangan itu melihat gambar anak tunggal mereka itu, lengkap berpakaian tentera, segak dan bergaya.

Mereka amat rindukan keriangan bersama anak mereka seperti masa-masa dulu. Walaupun setiap bulan mereka menerima sebahagian wang dari pendapatan anak mereka, namun itu tidak memadai kerana mereka amat rindukan anak mereka untuk bersama-sama.

Anak yang ramah, selalu membantu di rumah, pandai mengambil hati ibu dan ayah, sering membawa mereka bersiar-siar, amat mengambil berat tentang mereka, serba serbi memuaskan hati pasangan ibu dan ayah itu.

Satu pagi pasangan itu menerima sepucuk surat, datangnya dari jauh, mereka tidak sabar membaca isi kandungannya "Ibu dan ayah, apa khabar? Saya minta maaf kerana lama tidak mengirim berita, keadaan agak sibuk sedikit di sini. Saya akan pulang tidak lama lagi, harap ibu dan ayah sabar menanti kepulangan saya. Dari anakmu Ridhwan"

Alangkah gembiranya pasangan itu mendapat surat dari anak mereka, sehingga berkali-kali mereka membacanya. Lalu surat itu dengan segera di balas oleh mereka "Anakku, ibu dan ayah tidak sabar sabar menunggu kepulanganmu. Ayahmu berniat akan menumbangkan seekor lembu peliharaannya demi menyambut kepulanganmu. Sebuah kenduri besar-besaran sedang dalam fikiran kami tanda kasih sayang kami tidak berbelah bagi"

Selepas seminggu, mereka menerima lagi sepucuk surat dari anak mereka "Harapan saya agar ibu dan ayah sihat-sihat selalu. Ibu dan ayah, seorang kawan saya ingin mengikut saya pulang, dia adalah sahabat saya hidup dan mati, dia banyak berkorban demi saya semasa berada di medan peperangan. Saya berhutang nyawa kepadanya, kebetulan dia tidak mempunyai sape-sape didunia ini melainkan saya. Bolehkah ibu dan ayah menerimanya sebagai ahli keluarga kita?"

Pasangan itu segera membalas surat anaknya itu "Anakku, kami di sini tiada masalah menerima sahabatmu itu, apatah lagi dia telah berkorban nyawa kepadamu, pulanglah segera anakku, kami amat merinduimu"

Dua minggu hadapannya, mereka menerima maklumbalas dari anak kesayangan mereka "Ada sesuatu yang ibu dan ayah perlu tahu tentang sahabat saya itu. Semasa kami di medan perang bersama, dia terpijak sebuah jerangkap samar, kecederaannya sangat parah hingga menyebabkan kedua kakinya hancur. Kini kedua kakinya telah dipotong sampai ke paras peha dan nanti setelah sembuh dia hanya akan mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Saya amat bersimpati kepadanya, kerana itulah saya terpaksa menangguhkan kepulangan saya kerana saya perlu menjaganya sehingga dia sembuh dan tetap mahu membawanya pulang untuk kita jaga bersama-sama. Saya mahu dia diterima sebagai ahli keluarga kita"

Tanpa lengah ibu dan ayah sepakat membalas surat anak kesayangan mereka "Anakku, jika begitu halnya, kami tidak dapat menerima sahabatmu itu. Kita telah mempunyai kehidupan yang baik dan mengapa pula kita harus membebani kehidupan kita kepada sesuatu yang tidak perlu. Tempatkan sahaja sahabatmu itu di rumah orang-orang cacat untuk dia meneruskan hidupnya, di situ kakitangannya tahu bagaimana hendak menangani orang cacat seperti sahabatmu itu."

"Anakku, ibu dan ayah sudah puas hidup susah, janganlah ada lagi apa-apa sesuatu yang menyusahkan hidup kita nanti, Pulanglah segera anakku, marilah kita kembali berbahagia dengan kehidupan kita yang sederhana ini seperti dulu-dulu. Kami amat merinduimu. Lupakan sahaja sahabatmu itu, tahulah dia nanti bagaimana untuk meneruskan hidupnya"

Berminggu-minggu selepas itu tiada sebarang surat dari anak mereka. Pasangan itu mengambil keputusan untuk pergi menziarah anak mereka yang sedang menjaga sahabatnya di sebuah hospital yang terletak jauh di selatan negara. Mereka sebolehnya berhajat untuk membawa anak mereka pulang bersama-sama.

Berpandukan alamat yang tertera pada surat-surat anaknya, akhirnya mereka berjaya sampai ke distinasi yang dituju.  Setelah bertanya di kaunter hospital, mereka dibawa ke sebuah wad yang sesak dengan ramai anggota tentera yang cedera parah.

Ketika sampai di sebuah katil, mereka terlihat pada papan tanda yang terlekat di dinding atas kepala katil tersebut, tertulis "Ridhwan". Segera doktor datang kepada mereka dan menerangkan bahawa anak mereka baru beberapa minit sahaja meninggal dunia.

"Dia seorang pemuda yang kuat semangat, sebelum ini dia dapat mengharungi penderitaan kecederaannya yang parah sehingga kami berjaya melakukan pembedahan. Dia banyak berjasa memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan lain yang senasib dengannya di wad hospital ini. Tetapi peliknya di ketika luka-lukanya hampir sangat sembuh sejak akhir-akhir ini, dia banyak menangis dan mendiamkan diri. Saya sangat terkejut dengan kematiannya hari ini" kata doktor dengan wajah yang sedih dan hampa.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat berkata apa-apa, si ibu meraung tangisan bagaikan histeria, "Oh Tidakkkkkk" jerit ayahnya dengan pantas menyelak kain putih yang menutup tubuh anak mereka. Lantas memeluk tubuh kaku Ridhwan yang tidak berkaki sehingga paras peha. Wajah jenazah Ridhwan tenang namun ditepi kedua matanya masih basah dengan aliran air mata.

Perginya Ridhwan untuk tidak mahu membebani ibu dan ayahnya.


Moral Dari Cerita Ini Adalah (Sori, nak speaking london le pulak)
The parents in this story are like many of us. We find it easy to love those who are good-looking or fun to have around, but we don’t like people who inconvenience us or make us feel uncomfortable. We would rather stay away from people who aren’t as healthy, beautiful or smart as we are. Thankfully, there’s someone who won’t treat us that way. Someone who loves us with an unconditional love that welcomes us into the forever family, regardless of how messed up we are. Tonight, before you tuck yourself in for the night, ask for the strength you need to accept people as they are, and to help us all be more understanding of those who are different from.



Ramai orang perasan bahawa bahawa diri mereka dipandang kerana cantik, hensem dan mengoda,
tetapi
mereka tidak perasan bahawa ALLAH tidak pandang semua itu melainkan Taqwa

No comments:

Post a Comment