Sunday, March 2, 2014

Menemukan Cinta Dan Perkahwinan

Seorang pemuda bertanya kepada tok gurunya "Apakah itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Tok gurunya menjawab "Di sana terbentang sawah padi yang luas, berjalanlah kamu kehadapan tanpa boleh mengundur kebelakang walaupun setapak, sepanjang kamu berjalan ke hadapan, cubalah kamu perhatikan tangkai padi yang paling subur dan cantik susun padinya dari kesemua rumpun padi yang ada, kamu petiklah setangkai sahaja jika kamu menemuinya tangkai padi yang paling menakjubkan maka itu bererti kamu telah menemukan cinta"

Pemuda itu berjalan terus kehadapan mengharungi tengah-tengah sawah sehingga ke hujung dan tidak lama kemudian kembali mendapatkan tok gurunya dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa pun.

Tok gurunya bertanya "Mengapa kamu tidak membawa setangkai padi pun?"

Pemuda itu menjawab "Saya hanya diberi pilihan satu tangkai sahaja, dan saya tidak pula boleh mengundur ke belakang. Sebenarnya saya telah pun menemui tangkai yang paling cantik dan menakjubkan, tetapi saya tidak pasti apakah ada yang lebih menarik di hadapan, lalu saya tidak memetiknya"

"Setelah berjalan sampai ke hujung barulah saya sedar bahawa tangkai-tangkai padi yang di hadapan tidaklah secantik dari yang saya temui sebelumnya, akhirnya saya tak memetik apa-apa pun" tambah pemuda itu.

Tok gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Keesukkannya, pemuda tersebut bertanya lagi kepada tok gurunya "Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Tok gurunya menjawab "Ada hutan yang subur di belakang sana. Berjalanlah tanpa menoleh kebelakang dan kamu hanya diperlukan menebang satu pohon sahaja. Tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, subur rimbun daun-daun dan dahannya asalkan kamu mampu memikul pohon itu kembali ke sini"

"Yang terbaik yang kamu temukan dan mampu memikulnya kembali ke sini bererti kamu telah temui apa itu perkahwinan" tambah tok guru pemuda itu.

Pemuda itu pun menuju ke dalam hutan, dan tidak berapa lama kemudian dia kembali dengan membawa sebatang pohon kayu. Pohon itu bukanlah pohon yang tinggi, tidak juga begitu segar dan rimbun, cuma pohon yang biasa dan sederhana.

Lalu tok gurunya bertanya "Mengapa kamu tebang pohon yang seperti itu?"

Pemuda itu pun menjawab "Sebab, setelah memikirkan pengalaman semalam di sawah, dan setelah hampir setengah hutan saya jelajah saya masih lagi tidak menemui pohon yang subur mengikut kemampuan saya untuk dibawa pulang. Lalu dikesempatan saya menemui  pohon ini, rasanya tidaklah setinggi mana pohonnya, tetapi mampu saya pikul pulang, jadi saya putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Saya tidak mahu kehilangan kesempatan untuk mendapatkannya seperti kehilangan peluang seperti semalam"

Lantas tok gurunya berkata "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Moralnya
Carilah cinta dan dapatkan perkahwinan
Kerana selalunya kita tidak mungkin memperolehi sebagaimana apa yang kita impikan
Hidup ini hanyalah kesempatan yang sedikit 
dan sementara
Tidak mungkin akan terpenuhi 
segala yang kita mahu
Terimalah seadanya apa yang ALLAH swt. sudah tentukan untuk kita


Haha.. Tok Kadi paling lawak kat batu pahat

No comments:

Post a Comment