Thursday, March 13, 2014

Jangan Lupa Asal Kita

Siapa yang tidak kenal pada nama Bill Gates atau nama sebenarnya William Henry Gates III, pengasas Microsoft yang di tubuhkan pada tahun 1979 bersama rakannya Paul Allen. Namanya sering disebut sebagai antara orang yang paling berjaya dan terkaya di dunia.

Di sebuah restoran, Bill Gates datang berseorangan untuk makan tengahari. Seorang pelayan di situ bagaikan bersaing untuk melayaninya dengan meminta order dan sebagainya. Selepas menikmati makan tengahari, seperti biasa ketika membayar bil, Bill Gates menghulurkan tip sebanyak US$5 kepada pelayan restoran.

Wajah pelayan tersebut berubah kehairanan, dan Bill Gates perasan dengan perubahan wajah pelayan tersebut lalu bertanya "Ada apa-apa yang tidak kena?"

Pelayan itu berkata "Saya hanya hairan kerana, di meja yang sama inilah anak tuan  memberikan saya tip sebanyak US$500, sedang tuan ayahnya yang terkenal sebagai seorang yang terkaya di dunia hanya memberi US$5

Bill Gates tersenyum sambil berkata dengan penuh makna "Dia adalah anak kepada seorang yang terkaya di dunia sedang saya hanya seorang anak kepada bapa yang miskin"

Moral Cerita
Jangan Sesekali Lupa Dari Mana Kita Datang

"Seorang emak tahan rasa malu depan doktor dan nurse semata-mata ingin melahirkan kita,
Kenape seorang anak rasa malu depan orang hanya untuk pegang dan cium tangan mak dia?"




No comments:

Post a Comment