Monday, March 17, 2014

Yang Nampak Baik Belum Tentu Baik

Pada zaman dahulu, ada seorang pak cik tua yang miskin, bersama seorang anak dan seekor kuda betina. Satu hari, kuda pak cik ini telah hilang. maka datanglah penduduk kampung untuk mengucapkan simpati serta takziah atas kehilangan kuda pak cik itu, tetapi pak cik itu hanya membalas, "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik". penduduk kampung hanya menganggap pak cik ini hanya berfalsafah.

Tidak lama kemudian kuda pak cik ini pulang bersama lima ekor kuda jantan. dan sekarang pak cik itu mempunyai enam ekor kuda. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. kemudian pak cik ini berkata "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik". penduduk kampung tetap menganggap pak cik ni hanya berfalsafah.

Suatu hari, anak pak cik ini cuba menjinakkan lima kuda yang baru menjadi milik mereka, malangnya salah seekor daripada kuda itu telah menendangnya hingga anak pakcik ini patah kakinya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan simpati dan takziah. tetapi pak cik hanya mengulang ayat yang sama,"Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik".

Beberapa hari selepas itu, kerajaan mengarahkan semua pemuda di negeri tersebut untuk menyertai peperangan. Namun anak pak cik itu bernasib baik kerana tidak terpilih disebabkan kakinya masih patah. dan ditakdirkan semua pemuda kampung itu yang menyertai peperangan, kesemuanya mati dalam pertempuran. Maka, gadis-gadis yang ada di kampung itu terpaksalah memilih anak pak cik itu untuk berkahwin. Maka akhirnya anak pak cik itu mendapat gadis dari keluarga yang kaya. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan tahniah. Pak cik itu berkata, bukankah aku sudah katakan kepada kamu, "Yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik".

Moral cerita
Bukan setiap perkara baik
yang kita kehendaki itu 
baik bagi kita 
dan bukan setiap perkara buruk itu 
buruk bagi kita. 
Mungkin apa yang kita terima itu
adalah yang terbaik buat kita...


"Bila Perancangan Kita Tidak Menjadi Seperti Yang Diharapkan,
INGATLAH & SENYUMLAH
Manusia Merancang Dengan Cita-Cita
Tetapi
ALLAH Merancang Dengan CintaNya"

No comments:

Post a Comment