Saturday, March 8, 2014

Panas Baran Merugikan Tuan Badan

Di satu pagi ketika baru sampai ke pejabat, seorang suami menerima sms dari jiran sebelah rumahnya yang telah pun berpindah dua hari yang lepas. 

"Maafkan saya tuan, amat berat untuk saya nyatakan tetapi saya sering tidak lelap tidur memikirkan kesalahan saya terhadap tuan, saya malu bersemuka dengan tuan maka biarlah saya membuat pengakuan di sini sahaja. Saya sebenarnya sepanjang menjadi jiran tuan saya dah guna wife tuan sepenuhnya lebih-lebih lagi apabila tuan tiada di rumah. Tak kira siang dan malam. Saya rasa sangat berdosa. Harap tuan dapat maafkan saya." 

Terhenyuk si suami itu seketika, mukanya merah padam, hatinya panas bagaikan berapi-api, kecewanya tak terhingga, lalu si suami menghempas pintu bilik pejabatnya dan bergegas balik. 

Setibanya ke rumah tanpa banyak kata dia memukul isterinya lalu menlafazkan cerai kepada isterinya. Tak puas hati dengan itu dia menghalau isterinya dari rumahnya. 

Ketika isterinya terhenjut-henjut menahan kesakitan berjalan perlahan-lahan keluar dari pintu pagar rumah. Satu pesanan sms berbunyi di telefon bimbitnya. Tanpa lengah si suami membacanya kerana mungkin ada pesanan dari pejabatnya.

Rupanya sms dari bekas jirannya lagi "Maaf tuan. Saya salah ejaan. Bukan wife tapi wifi." 

Si suami tersandar di dinding pintu, kehilangan punca seketika. Tersedar lalu ingin mengejar semula isterinya yang telah teruk dipukul dan dihalau olehnya.

Tidak jauh dari pintu pagar rumahnya, orang ramai mengerumun sekujur tubuh seorang wanita yang tidak bernyawa lagi akibat dilangar lari oleh sebuah lori.

Moral Cerita
Siasat Dahulu Sebelum Bertindak


Sesal Dulu Pendapatan
Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi

Saat Bercinta Kita Selalunya
Tak Kisah Jika Pasangannya Panas Baran
Bila Dah Kahwin
Menangis Sendiri Tanggunglah Badan

Don't Make A Permanent Decision
For Your Temporary Emotion



Hisyam Abd Majid

No comments:

Post a Comment