Sunday, November 30, 2014

Bila Badak Pun Terkejut Tenguk Aku



Pagi itu aku diperkenalkan kepada semua peserta dalam satu program

Sampai sahaja giliran aku menyampaikan apa yang diamanahkan, semua memandang ke arahku. Mengharapkan sesuatu yang baru, rasanya le, atau menilai bagaimana aku menterjemahkan pandangan serta hujah-hujah yang berlandaskan fakta-fakta.

Nampaknya penerimaan yang positif daripada semua yang ada. Dapat dilihat dari sinar cahaya di mata mereka. Cahaya yang dahagakan ilmu. Satu perkembangan positif.

Sebenarnya masuk bulan ni dah hampir 6 bulan aku tak pegang mikrofon. Satu masa dulu semasa di kampus takala bergiat dalam bahas dan apa-apa yang berhubung kait dengan ‘public speaking’, aku dan mikrofon seolah-olah pasangan kekasih yang ideal ekekekeke. Boleh je berdiri didepan ratusan kalau tak ribuan orang.


Jadi time bagi ceramah tu, bila dapat je pegang mikrofon, rasa macam semangat pulak. My body was full with energy. haa gituu. Cakap macam tak ingat dunia dah time tue ekekekeke.

Dalam slot aku... aku lebih suka ruangkan lebih masa pada sesi soal jawab, banyak juga soalan-soalan samada secara lisan ataupun nota soalan yang terpaksa aku tangani, settle aje... ade je jawapannya, KECUALI yang ni..... Terkejut badak aku dibuatnya. Badak pun terkejut tenguk muka aku time tue.


Aku respect la pada sidang hadirin hadirat semua sebab time aku bagi speech, takda sorang pun yang lentok. Semua macam khusyuk je dengar. Ada yang mencatat apa yang patut.

Hakikat sebenarnya, sebab agak lama dah tak pegang mikrofon, I'm a little bit nervous. Mengelabah juga sebenarnya apatah lagi mereka yang di depan aku tu bukan hanya dari penuntut ipt tetapi ramai juga dari kalangan mereka yang sudah lepasan universiti malah ada yang sudah veteren dalam ilmu hidup ini. Tapi dah alang-alang duduk kat depan tu. Takkan nak undur diri pulak kan kan kan ekekekeke.

So bila dah dapat peluang bercakap kat depan tu, Memang aku manfaatkan secukupnya la walaupun kesuntukan masa sebenarnya.

Harap lain kali dapat lagi peluang macam ni. Satu kepuasan sebenarnya bila dapat bantu orang lain. Tambahan lagi dalam mendidik anak bangsa sendiri ni serta menyampaikan maklumat sebenar serta fakta-fakta yang banyak diselewengkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.







Saturday, November 29, 2014

Ampunkah Daku Ya ALLAH


Ya ALLAH 
Ya RAHMAN
Ya RAHIM

Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku...

Ya ALLAH
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku

Ya ALLAH
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?

Aku tidak mahu ya ALLAH
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu…

Ya ALLAH
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya ALLAH
Ampunkanlah Ya ALLAH
Bersihkanlah diriku Ya ALLAH
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!

Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu

Redhailah diriku Ya ALLAH
Redhailah keluargaku Ya ALLAH
Redhailah sahabat-sahabatku Ya ALLAH
Rahmatilah kami Ya ALLAH
Rahmatilah...







Friday, November 28, 2014

Cintamu Membunuhku



Saat nafas-nafas ku mengakhiri hari
Tidak juga aku temui kesimpulan
Tentang hijrahmu 
Pandanganku semakin kabur melihatmu
Dalamnya kegelapan selimutmu
Luasnya lautan keasyikanmu
Tingginya sayup terbangmu
Demi tuntutan kepuasan

Hari pun berlalu 
Masih juga tak kutemui kebenaran
Liang-liang luka yang kau tinggalkan
Merah darahku kering sekontang airmataku
Tanpa belas membunuh semangatku
Lahapnya meragut sisa tenagaku
Meratah sisa-sisa usiaku
Untuk sebuah kepuasan

Mungkin akulah kapal yang karam itu
Saat engkau menjadi ombak menerjangku
Di kala engkau menjadi ribut yang menghempasku
Ketika engkau menjadi petir yang membakarku
Maka akulah bangkai yang menjadi karang itu
Anugerah dari keindahan lautan cintamu








Monday, November 24, 2014

7 Mayat


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu". "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Yang keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Yang kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, yang ketujuh aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Sumber : Dr. Siti Nurkhazirah Bt. Abd Khatab





Sunday, November 23, 2014

Buat Baik Berpada-Pada



TERSEBUTLAH kisah pada zaman dahulu, terdapat seekor buaya sedang menjemurkan dirinya di kawasan berhampiran dengan tebing sungai. Sedang sang buaya itu asyik berjemur, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap dirinya. Buaya tersebut terhimpit dan tidak boleh menggerakkan diri. Buaya terus-terusan merintih dan meraung bagi meminta pertolongan. Seekor kerbau yang pada ketika itu sedang meragut rumput di tepi sungai telah terdengar rintihan sang buaya tersebut. 

Lantas, tanpa membuang masa Sang Kerbau terus meluru ke arah Sang Buaya dengan niat yang ikhlas untuk membantu. Sang Kerbau dengan penuh daya usaha telah membantu mengangkat kayu yang menghempap Sang Buaya tersebut. Apabila kayu tersebut telah berjaya diangkat oleh Sang Kerbau, tiba-tiba kaki Sang Kerbau telah digigit oleh Sang Buaya. Sang Kerbau telah merayu kepada Sang Buaya supaya tidak dijadikan mangsa kerana Sang Kerbau telah membantu Sang Buaya melepaskan diri. Sang Kerbau telah menyuarakan suara hatinya supaya Sang Buaya bersikap adil setelah Sang Kerbau membantu Sang Buaya keluar daripada kelompok kesusahan. 

Di saat mereka sibuk bercakap-cakap, mereka ternampak sebuah tudung saji buruk yang hanyut dibawa arus sungai yang mengalir. Lantas mereka bertanyakan kepada tudung saji tersebut, apakah benar tindakan yang dilakukan oleh Sang Buaya. Si Tudung Saji lantas bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Sang Buaya. Hal ini disebabkan, Si Tudung Saji mempunyai pengalaman tertentu apabila dia dibuang ke dalam sungai oleh tuannya apabila Tudung Saji itu telah kelihatan agak buruk. Tuannya telah menggantikan dengan tudung saji yang baru. Tudung Saji menceritakan nasib yang telah berlaku ke atas dirinya, dimana dia akan diletakkan di tempat-tempat yang mulia tika dirinya masih kelihatan baru dan cantik, tetapi telah dibuang begitu sahaja apabila sudah kelihatan buruk. Si Tudung Saji membuat kesimpulan bahawa Sang Buaya tidak perlu memikirkan budi yang telah ditabur oleh Sang Kerbau kerana jasa dan budi yang lama tidak perlu diambil kira. Lantas, Si Tudung Saji terus hanyut. 

Tidak lama kemudian, kelihatan tikar buruk yang hanyut dibawa arus sungai yang mengalir. Lantas mereka bertanyakan soalan yang sama seperti yang diajukan kepada Si Tudung Saji sebentar tadi. Si Tikar Buruk tersebut turut memberi jawapan yang sama seperti Si Tudung Saji. Maka, Sang Buaya telah membuat keputusan untuk meneruskan niatnya dengan menarik Sang Kerbau ke dalam air. Kebetulan pada ketika itu, Sang Kancil sedang melalui kawasan tersebut dengan mendengar rintihan Sang Kerbau.

Melihat kepada Sang Kancil maka tanpa lengah Sang Buaya terus bertanyakan pendapat Sang Kancil pula sambil mengatakan bahawa sebentar tadi Tudung Saji dan Tikar Buruk berpihak kepada tindakannya. Sang Kerbau pula tetap merayu kepada Sang Kancil supaya memberi pendapat yang adil. Pada fikiran Sang Buaya, kalaupun Sang Kancil berpihak kepada Sang Kerbau tetapi dia masih menang jika mengikut undian suara. Apatah lagi jika pendapat Sang Kancil berpihak kepadanya maka Sang Kerbau tetap akan menjadi habuannya hari ini.

Sang Kancil berkata mungkin pendapatnya tidak jauh beza dari pendapat pendapat Tudung Saji dan Tikar Buruk sebelum ini. Namun untuk lebih adil lagi Sang Kancil meminta Sang Buaya untuk melakonkan kembali adegan ketika Sang Buaya dihempap pokok tadi sebagai memenuhi kehendak Sang Kerbau untuk mencari keadilan. Mendengarkan kata Sang Kancil gembiralah hati Sang Buaya lantas dia bersetuju dengan permintaan Sang Kancil. Setelah batang kayu yang berat itu kembali diletakkan di atas badan Sang Buaya. Sang Kancil meminta Sang Kerbau berlalu dari situ dan meninggalkan Sang Buaya dalam keadaan sebegitu. Tinggallah Sang Buaya keseorangan menahan kesakitan seperti pada awalnya tadi. Sebelum berpisah, Sang Kancil telah berpesan kepada Sang Kerbau supaya lebih berhati-hati apabila mahu menghulurkan pertolongan. 

Sumber : Nurfarhana Shahira Binti Rosly

Sentiasa berhati-hati dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan. 
Kita perlu menghargai pertolongan yang telah dilakukan oleh seseorang dalam membantu kita di kala kesusahan. 
Berilah pendapat yang adil bersesuaian dengan masalah yang dihadapi dan juga berlandaskan perjuangan ke arah kebaikan.
Janganlah bersikap dendam kepada orang yang tidak berdosa hanya kerana diri sendiri tidak bernasib baik.








Rezeki Penjala Ikan



Tersebutlah kisah dua orang penjala ikan.

Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala ke sungai. Salah seorang daripada mereka menebar jala dengan menyebut nama ALLAH manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka saling berusaha dan bersaing untuk mendapatkan rezeki pada hari itu. Sebagaimana hari-hari sebelumnya mereka berlumba siapa yang paling banyak mendapat hasil ikan maka dia menang.

Kelihatan jala yang ditebar oleh sikafir itu selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama hasil menjala yang dikumpulnya makin banyak. Hatinya girang dan bertambah girang apabila melihat bakul ikan lelaki Muslim itu masih kosong walupun sudah berpuluh-puluh kali dia menebarkan jalanya.

Namun lelaki Muslim itu tetap sabar dan tabah meneruskan usahanya menebar jala di mana-mana. Di hatinya tidak sedikitpun terdetik prasangka buruk terhadap Allah. "Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untuk ku" bisik hatinya.

Mulutnya masih mengukir senyum. Hari sudah beransur senja. Akhirnya kali ini jalanya terasa berat. Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor ini pengubat usahanya untuk hari ini.

"Membawa balik ikan walaupun seekor adalah lebih baik daripada pulang tangan kosong".  kata hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.

Malang....... tanpa sengaja ikan yang seekor itu terlepas dari tangannya lalu hilang ke dasar sungai. Dia menghela nafas namun masih setia bersabar. "Hmm walaupun dan dipegang tangan tapi kalau dah bukan rezeki kita maka ianya tetap bukan rezeki kita juga" bisik hatinya lagi sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. "Mungkin ada hikmahnya" tingkah hatinya lagi.

Sementara sikafir itu ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib lelaki Muslim itu tadi. Dengan ketawa berdekah-dekah itulah sikafir itu pulang sambil menjinjing bakul yang sarat dengan ikan. 

Sementara lelaki si Muslim pula pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat, tetapi hatinya tetap bertawakal kepada Allah.

Melihat kejadian itu, Malaikat yang menjaga lelaki Muslim itu terus menghadap ALLah untuk mendapatkan kepastian tentang nasib si Muslim itu.

Lalu ALLAH menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk lelaki Muslim itu dan menunjukkan Neraka tempat bagi yang lelaki kafir itu pula.

Malaikat berkata "Tidak sia-sia usaha dan kesabaran lelaki Muslim itu, walaupun mendapat kesulitan di dunia, tetapi malanglah bagi lelaki kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia"








Saturday, November 22, 2014

Nie Surat Untuk Mak


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan....? 
sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.....
Hhmmmm…
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak-anak mak….. 
nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang tiga helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…..
kengkadang siaran indonesia..…
mak terus tekun menganyam…..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu.... 
digunakan untuk mengiringi mak kekuburan..…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih….
pastu mak jemur karpet-karpet.....
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.....
mak biarkan ruang tu kosong.....
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.....
paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji.....
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk?????
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar..…
kiter kata mak ni memang pesen lama laaa..…
mak cuma gelak jer..…
Hhmmm..... bahagiaa nya saat ituu.....

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.....
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.....
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital….
tapi kiter berkeras juga pujukk.....
nanti di hospital ada doktor..…
ada ubat untuk mak.....
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.....
Mak tetap tak bersetuju…..
mak memang degil.....
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.....
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit.....
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…..

Mak…..
amponkan kami semua…..
kami nak mak sehat..…
kami sayang mak…..
kami tak mau mak sakit..…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…..
ampon kan kami yer mak….

Mak…...
Malam itu abang bawa mak ke hospital.....
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter..…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak.....
kiter kata nak beli kereta.….
Mak asyik tanya ajer.....
cukup ker duitt.....
kiter jawab pula..…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit..…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai…..
mak buat kenduri kesyukuran..…
Dan kiter masih ingat lagi…..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bagitau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong…..
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…..
mak tanya kenapa....?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak…..
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..…
mak, kiter menipu mak kan..…
ampon kan kiter…..

Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…..
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..…
mesti mak nampak semua tu kann…..kann.....kannn
Mak tau tak…..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan
separuh sedar…..
Adik kat sebelah diam melayan perasann..…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan…..
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..…
disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.....
kosong..…sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu…..dinginnnn.….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…..
Kiter baca AlQuran kat tepi mak..... temankan mak..…
Jam 9.00 pagi mak di mandi kan.….
Anak-anak mak yang pangku masa mak mandi…..
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak..…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata..… "dikk..…jangan nangis..…kalau sayang mak jangan buat gitu….. jangan nangis ya....."
Bila makcik tu kata gitu..…
lagi laaaa laju airmata ni.....
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak…..

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…..baru pukul 4.00 pagi.….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih..…
kiter rindu kat mak.....!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak..…
mak tunggu ya....!

Mak.....
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya…..
Semua anak-anak mak mengelilingi mak..…
menatap wajah mak buat kali terakhir.….
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja..…
Mak rasa tak.….
masa tu kiter sentuh dahi mak.….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak..…
kiter tak daya.….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..…
Airmata kiter tak boleh tahan.….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..
Jam 10 pagi mak diusung keluar dari rumah.….
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..…
badan akak terasa panas..…

Mak..…
anak mak yang seorang tu demam…..
Mak tauu..…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.....
.
Mak…..
Hari-hari kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi..…
Begitu terasa kehilangan mak..…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata..…
Dan sampai satu tahap.….
masa tu malam jumaat selepas maghrib..…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi..…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..…
tangisan tak dapat dibendung…..
Mak tauu…..
kiter cuba bertahan..…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…..
Kiter rasa nak telefon mak..…
nak cakap dengan mak.….
anak mak yang ni dah tak betul..... kan..…?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong..…
Kiter cakap dengan kakak..... kiter nangis lagi..…
Puas la kakak memujuk kiter..…
Akak kata..…” tak baik laa nangis aje.....doa lah untuk mak.....”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak.....
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..…
rasa ngilu sangat..…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni…..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu…..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu…..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan.….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.….
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih..…
pastu kawan kiter bagitau..…
simpan je buat kenangan.....
Kiter cuma tau alamat ni aje…..
Takper yer mak…..
kiter kasi orang lain baca..…
Kiter stop dulu..…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu..…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.....
sampai masuk universiti.....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang..…
boleh rasa duduk kat negara orang..…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.....

Sekian terima kasih,

Yang Benar 


Anak mak yang dah tak degil








Mimpi Yang Hilang



Aku pernah bermimpi akanmu
Tanpa lengah kuceritakan mimpi itu 
Padamu aku bertanya penuh harap
Akankah mimpi itu dapat kudakap?

Sementara dedaunan mulai berguguran
Menari dengan lekukkan indah

Menyandar pada sang bumi
Melenakan diri pada sunyi

Apakah hidupku akan seperti dedaunan itu?
Yang gugur karena impian dan angan
Hanya seuntai mimpi indah yang kian kelam

Yang tak pernah berpijak pada tanah…
Tidak juga berpayungkan langit nan indah...






Jawapan Peperiksaan Perkhidmatan Awam



1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.....








Tiga Lelaki Masuk Syurga



Tiga lelaki meninggal dan masuk syurga.

Syurga mempunyai peraturan bahawa setiap orang jahat maupun orang baik akan mendapat kenderaan yang sesuai dengan perbuatannya.

Giliran lelaki pertama.
 
Malaikat  “Berapa tahun kamu menikah?”
Lelaki Pertama  “20 tahun.”
Malaikat  “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Pertama, “5 kali.”
Malaikat  “Baiklah, kamu boleh masuk tapi hanya mendapat Perodua Kancil.”

Lelaki pertama pun berlalu dengan Kancilnya.

Giliran lelaki lelaki kedua. 

Malaikat  “Berapa tahun kamu menikah?”
Lelaki Kedua, “30 tahun.”
Malaikat  “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Kedua “2 kali.”
Malaikat  
“Hebat… Kamu berhak mendapat sebuah BMW.”

Segeralah lelaki kedua pergi mendapatkan kereta BMWnya

Tibalah giliran lelaki ketiga 

Malaikat pun mengajukan pertanyaan yang sama 
Lelaki Ketiga, “50 tahun.”
Malaikat  “Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Lelaki Ketiga  “Tidak pernah.”
Malaikat  “Luar biasa! Nah, Ini kunci untuk Ferrari.”

Lelaki ketiga bersyukur sambil memeluk kereta Ferrarinya

Suatu hari, tatkala lelaki pertama dan kedua tadi tengah saling bersaing membawa 
kereta masing-masing, mereka melihat lelaki ketiga duduk di tepi jalan sambil menangis.

Mereka menghampirinya dan bertanya “Kenapa kamu nangis? Kamu tak puas hati ke dapat Ferrari?”

Lelaki ketiga menjawab sambil mengesat air matanya, “Tadi aku berselisih dengan isteri aku tadi, dia sedang mengayuh basikal…”






Malaysia vs United States vs Japan


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia sedang berbual sambil minum kopi.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri Amerika : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala lagi, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

Atas arahan kementerian 3 buah jengkaut dikerahkan mengali lubang besar dengan segera sambil diperhati oleh Menteri Jepun dan Amerika dengan teliti, setelah mencapai kedalaman 20 meter, Menteri Malaysia bertanya

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Menteri Amerika : Tak ada apa-apa pun

Menteri Jepun  : Saya pon tak jumpa apa-apa

Menteri Malaysia : Ada kabel telefon tak di bawah sana ?

Kedua-dua Menteri Amerika dan Jepun mengeleng-gelengkan kepala tanda tak ada jumpa kabel telefon.


Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ kat Menteri Jepun dan Amerika) Itulah tandanya bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala lagi, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Melopong mulut kedua Menteri Amerika dan Jepun mendengarnya.







Friday, November 21, 2014

Asam + Garam + Cuka Rumahtangga


Episod ke 1

Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

Episod ke 2

Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

Episod ke 3

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah je semedang
Ape kate abang gi kluar pegi mancing ker... Pegi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dengan budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik... alih-alih
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eeh?

Episod ke 4

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dengan hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la Perak balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Temerloh Pahang,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik Teluk Intan.
Baru sampai Kuala Lumpur, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang kami nak balik la bang... 
ambik kitorang bang... sekarang!

Episod ke 5

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia kita tu bang...
Laki pon, dengan muka ikan masin.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak...
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dengan sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

Episod ke 6

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Laki tanya 
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?  
Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu... 
pakaikan jerlah baju mana-mana pon... 
bukan ada org nak tengok ponnn... 
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.... 
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! 
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? 
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami pulak... 

Kesian lelaki... alahaii.... 
Hanya untuk hiburan semata-mata :) 
jangan pulak ade yg terase yee