Friday, November 7, 2014

Tentang Rindu




RINDU....
kau datang lagi bertandang
mencengkam jauh di lubuk hati
membahang di kedinginan malam 
memerih jiwa sepiku nan kontang 

Kenapa harus aku merinduimu? 
Tiada istilah untuk ku rungkai 
pada untaian rindu yang BERTUBI-TUBI BERTAMU
hati suciku jadi kebingungan
bayu malam jadi kebingungan 
bintang turut kebingungan 
malah pungguk juga kebingungan

Aku bertanya pada HATI 
kerana hati tidak mungkin berkata dusta 
lantas berkata hati kerana kau SAYANG 

Aku bertanya pada MALAM 
kerana malam sentiasa bersamaku 
lantas berkata malam kerana kau KESEPIAN 

Aku bertanya pada BAYU
kerana bayu sentiasa membawa keluhan dan rintihanku 
lantas berkata bayu kerana pintu hatinya mungkin TERTUTUP 

aku bertanya pada BINTANG
kerana bintang adalah saksi segalanya 
lantas berkata sang bintang kau harus BERSABAR 

Akhirnya aku bertanya pada PUNGGUK
kerana pungguk adalah simbolik perindu 
lantas berkata pungguk maka jadilah kau saperti AKU 

Perlukah aku menjadi seperti sang pungguk? 
Lalu berkata pula hati adilkah untukmu menjadi sang pungguk? 
sedangkan kau setia menanti sang RAMBULAN 
namun apakah sang rambulan akan jatuh ke ribamu? 
lalu menjadi hakmu yang SATU

Kerana... 
CINTA dan SAYANG tak boleh dipaksa 
CINTA dan SAYANG tak boleh dijual beli 
CINTA dan SAYANG boleh DATANG dan boleh PERGI

wALLAHu'alam










No comments:

Post a Comment