Sunday, November 16, 2014

Kita Bukannya Sepandai Mana Pun



Pada suatu hari, ketika seorang pensyarah sedang bergunting rambut di sebuah kedai gunting yang berhampiran dengan kampusnya, tiba-tiba datang seorang budak yang dalam lingkungan 9 tahun berlari-lari masuk lalu melompat-lompat di hadapan tukang gunting yang sedang mengunting rambutnya. 

Tujang gunting itu berkata “Budak ini namanya Jali, dia adalah budak yang paling bodoh yang pernah saya kenal”

Setelah mengamati budak itu lalu pensyarah itu bersuara “Saya lihat dia ok sahaja, Bodoh yang macamana maksud encik?”

Lalu tukang gunting itu memanggil Jali mendekatinya sambil mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM2 dan sekeping duit siling RM1 dari sakunya. Kemudian tukang gunting itu menyuruh Jali memilih “Jali, kami boleh pilih dan ambil salah satu, samada nak wang kertas ini ke atau nak duit siling yang ini,.. cepat... saya nak mengunting rambut ni?

Jali melihat pada tapak tangan tukang gunting itu sebentar lalu dengan cepat mengambil duit siling RM1 itu dan berlari keluar sambil tersengih sengih.

Dengan ketawa bangga si tukang gunting berkata kepada pensyarah “Haa lihat lah, betulkan apa yang saya kata tadi, dia memang budak yang paling bodoh yang pernah saya kenali. Sudah tak terkira banyak kali saya menguji si Jali ini dan selagi itulah dia hanya mengambil duit siling sahaja. Hahahaha…. Apa laa nak jadi budak ni bila besar nanti...”

Pensyarah itu tersenyum lebar mendengar kata-kata si tukang gunting.

Dalam perjalanan pensyarah itu ke keretanya setelah selesai bergunting, tanpa duga dia terserempak dengan si Jali, lalu pensyarah itu memanggil si Jali dan bertanya “Nama anak ini Jali kan?”

Si Jali menganggukkan kepalanya sambil menjawab “Ya saya, encik” Matanya memandang kepada pensyarah dengan rasa hormat.

“Tadi saya lihat kamu sewaktu tukang gunting itu menawarkan supaya kamu memilih di antara wang kertas RM2 dengan duit siling RM1, mengapa kamu hanya mengambil duit siling itu sedangkan wang kertas itu bernilai sekali ganda dari duit siling yang kamu ambil?” pensyarah itu bertanya selanjutnya.

Dengan senyuman di bibir Jali menjawab “Kalau saya ambil wang kertas RM2 tu nanti, lain kali tukang gunting tu tak mahu mempersendakan saya macamtu lagi seperti yang dia buat pada saya tiap tiap hari, kerana tentu dia dah tahu saya akan mengambil wang yang lebih besar nilainya. Sengaja saya buat macamtu tadi seperti selalu supaya saya akan dapat duit dari dia tiap tiap hari”

Pensyarah itu ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepalanya dan terus menuju ke kereta.


Ramai di kalangan kita yang merasa kita lebih bijak daripada orang lain, sehingga kita selalu memandang remeh kepada orang lain. Ukuran kepintaran seseorang hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika kita tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain. Kerana Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui dan sesungguhnya di atas langit itu masih ada langit yang lebih tinggi..






No comments:

Post a Comment