Wednesday, November 5, 2014

Kisah Malang Suami Isteri



Di Indonesia. Sekitar daerah yang sangat terpencil dari bandar terdapat seorang gadis dan pemuda miskin yang baru kawin tetapi tidak dapat menikmati malam pertamanya. Ini ceritanya.

Sumini seorang gadis yang sangat miskin. Seumur hidupnya belum pernah memakai bra@coli, tetapi kerana sudah bercinta dia belajar menggunakannya.

Tidak lama kemudian Sumini dinikahi oleh seorang pemuda bernama Pramono pemuda miskin yang juga sekampung dengannya.

Untuk persiapan perkahwinannya, ibu Sumini menjahit bra dan seluar dalam untuk Sumini. Tetapi kerana tidak ada duit, ibunya membuat bra dari bekas guni baja urea dan kain sepanduk pilihanraya untuk seluar dalamnya.

Di malam pertama, ketika sedang bermesraan, tiba-tiba Pramono suami Sumini jatuh pengsan, kerana terkejut melihat bra isterinya yang bertulis "BERAT BERSIH 25KG. HATI-HATI BERACUN" Sedangkan pada seluar dalam Sumini pula tertulis "CUKUP DIPEGANG, JANGAN DIKOYAKKAN"

Dan keesokkan harinya kisah penderitaan Sumini dan Pramono pun berlanjutan. Kerana keesokan harinya, tiba giliran Sumini yang pengsan, kerana melihat seluar dalam suaminya yang diperbuat dari sepanduk iklan jamu Nyonya Meneor yang bertuliskan "BERDIRI SEJAK TAHUN 1989"








No comments:

Post a Comment