Friday, October 31, 2014

From Taiping With Love

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik di Taman Tasik Taiping, sambil berbual-bual mesra...

Makwe:   Abang..., andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe:   Abang kan jadi Ultramannya

Makwe:   Eh kenapa pulak, sepatutnya kan ke abang menjadi bulan? 

Pakwe:   Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe:   Owh gitu ye hik hik... ermmm kalau saya jadi bunga?

Pakwe:   Abang akan jadi tukang kebunnya

Makwe:   Eh kenapa bukan kumbang?

Pakwe:   Sebabnya kumbang keje dia hanya menghisap madu... sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe:   Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba-tiba si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... gedebuuk!!!!!!  bak nangka busuk bunyinya.

Makwe:   Aduh!!!! sakiknya abe, (laa awek tu rupanya minah Kelantan)

Pakwe: Cilako punyo tunggul kayu... buta ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (laa rupa-rupanya si pakwe tu orang Negeri Sembilan)...
sayang takde apa2 ke?

Makwe:   Takpe sikit je bang... cuma luka sikit jer kat dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... Dua tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri:   Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami:   Masakan abang boleh lupa

Isteri:   Hik hik kalau saya jadi bintang?

Suami:   Abang jadi beginilah

Isteri:   Eh kenapa bukan Ultraman?

Suami:   Kat Malaysia nie mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri:   Hmm kalau saya jadi bunga?

Suami:   Abang jadi beginilah

Isteri:   Ishkk apa abg nie... cakaplah betul-betul...

Suami:   Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... dah kalau abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo lak nak bagi makan kek anak kito tu... yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri:   Abe nie tok supo dulu... tok rometik lasung, mente-mente la saya nie doh tok comey lagi...

Suami:   Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (err mungkin tunggul yg sama kut)  lalu jatuh gedebaak!!!!!!!!!!! bergegar tanah... dah macam bunyi anak gajah jatuh... dah gemuk le tu kut.

Isteri:   Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami:   Apo kono eh awak nie... mato tu buta ko, punyo la bosa tunggul tu ekau tak nampak ko!!!!!!!!!!





Balik Kampung



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. 

Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba orang Amerika ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan mat salleh tu tadi... 

Lalu bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". 

Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country"

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang... orang Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut... terus dia membuangnya keluar tingkap...

"Why you do that for" tanya orang Amerika tadi... 

"Don't worry, I got a lot cigar in my country". Dengan selamba juga orang Cuba itu menjawabnya.


Terkejut beruk aku dibuatnya. Masa tu aku menoleh kepada Bangladesh sebelah aku tu, entah apa pulak yang difikirkannya untuk menunjukkan kekayaan negaranya. 

Daripada aku pening pening nak fikir tentang kehebatan negara aku sendiri. Tanpa berlengah masa aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu dan terus aku campak ke luar tingkap.... belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap je terus..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Menganga orang Amerika dan Cuba tu hehe...







Thursday, October 30, 2014

Wasiat Ayah



Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Ramasamy terbaring atas katil wad... Dia mahukan nurse yang merawatinya berada bersamanya untuk jadi saksi kepada wasiatnya.. 

Isterinya..anak perempuan dan dua anak lelakinya juga berada di tepi katilnya..

"Anak-anakku, mari duduk dekat sama appa", Ramasamy berkata kepada mereka.

Setelah semua anak dan isterinya duduk rapat dengannya maka Ramasamy pun memulakan wasiatnya. "Lingam, appa mau kau ambik rumah-rumah sekitar Jalan Duta ..."

"Saraswathy, you takeover apartment-apartment di kawasan Kota Damansara Place..."

"Jega, appa mahu kau ambik alih ruang-ruang pejabat di KL Central...."

"Letchumany, isteri ku sayang... tolong ambik semua taman-taman perumahan kawasan Downtown."

Nurse tersebut rasa terkejut dengan wasiat itu dan bila Ramasamy menghembus nafasnya yang terakhir..dia berkata kapada Mrs Letchumany...

"Mrs. Letchumany, suami awak mesti seorang yang sangat berjaya, kaya raya dan banyak harta.."

Letchumany menjawab, "Tarrak la aci.. itu semua area suratkhabar kasi antar saja.."


Lucu Sangat Kan?



Lucu kan?… rm50 kelihatan besar sangat bila nak hulurkan sedekah… tapi kecik sangat bila kita enjoy kat shopping complex…

Lucu kan?... 10 minit tu terasa lamanya untuk bersolat… tapi berjam-jam kita rasa macam kejap sangat melayari facebook…

Lucu kan?... Hari-hari rasa begitu sibuk untuk bertanya khabar ibu dan ayah… tetapi sentiasa ada kelapangan untuk bersama-sama teman wanita atau teman lelaki

Lucu kan?... 20 tahun ibu ayah menbela kita rasa tak perlu nak ditaati… tetapi kita mesti patuhi arahan teman wanta atau teman lelaki yang hanya sebulan dua kita kenali.

Lucu kan?... mesti nak cari baris paling depan masa nak tengok bola… selalu je duduk saf paling belakang dikala solat Jumaat.

Lucu kan?... Ibu ayah mesti kena bagitahu seminggu atau dua minggu awal kalau nak minta kita balik kampong… tapi kita boleh je cuti sekelip mata dan adjust semua temujanji kita apabila tiba-tiba makwe atau pakwe kita nak jumpa.

Lucu kan?... Kita begitu percaya dan yakin sangat semua kata-kata di internet… tapi kita sering mempertikaikan apa yang dimaksudkan Al-Quran.

Lucu kan?... Apabila kita mudah je diajak menyebarkan fitnah… tetapi tersiksa sangat untuk mengakui sesuatu kebenaran.

Lucu kan?... Rm300 tu kecil sangat bagi kita untuk sebuah hadiah buat teman lelaki atau teman wanita kita… tapi kita rasa rugi sangat jika sebanyak itu untuk diberi kepada ibu dan ayah yang selama ini membiaya kita tak terkira nilainya.

Lucu kan?... Kita mampu menunggu girlfriend kita berjam-jam… tapi kita merengus dalam hati bila imam solat membaca surah yang panjang.

Lucu kan?... Kita boleh habis berbuku-buku novel cinta apatah lagi majalah dalam sehari… tapi kan kita langsung tak menyentuh Al-Quran bertahun-tahun inikan pula membacanya.

Lucu kan?... Kita tak pernah cium syukur dan kasih sayang sebagai anak kepada ibu dan ayah kita… tapi kan kita kalau boleh nak selalu cium teman lelaki atau teman wanita kita.

Lucu kan?... Tak terfikir langsung dalam otak kita untuk melutut pada ibu dan ayah kita untuk mohon keampunan dan kemaafan juga restu dari mereka… tapi kan kita sanggup melutut merayu pada girlfriend atau boyfriend kita.

Lucu kan?... Pada kita tak perlu sujud tanda syukur kepada Allah yang menjadikan kita… tapi kita rela tersungkur di lembah kesesatan yang memudaratkan kita sepanjang masa.








Wednesday, October 29, 2014

Bila Suami Tak Nak Cabut Cabut




Dalam kedinginan lewat malam ketika 
sepasang pengantin baru
 menempuh malam pertama mereka, di dalam bilik pengantin yang diharumi dengan wangian bunga-bunga tiba-tiba pengantin perempuan mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang…  sakiiitttnyaaa! Arhhh arhhh macam mana ni baaannggg..?"

Dengan segera pengantin lelaki menenangkan isterinya, "Mmmmm Sayang! jangan la nangis sayang... tahan la sikit ye, sikit je, Nanti emak ayah awak dengar.. Ntah-ntah mereka belum tidur lagi tu.." 

Nak dijadikan cerita memang kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan bilik pengantin.

"Aduuhhh aduuhhh tapi sakiiiittt ni baanngg, Ziera tak tahan sakit ni bang" Pengantin perempuan makin kuat mengerang kerana tidak dapat menahan sakit. 

Mahu tidak mahu, pengantin lelaki pun berkata, kali ini nadanya agak kuat "Abang faham sayang tapi sayang kena tahan le... sabar ye sayang... Esok baru cabut ye, tahan ye sayang, tahan je"

Rupanya time tu mertua lelaki masih tak tidur-tidur. Sambil membaca surat khabar telinganya terperasan anak perempuannya mengerang di bilik sebelah, tapi awalnya dia tak kisah la sebab dulu pengalaman dia dan isterinya pun macam tu juga. 

Tapiiiiii bila suara anak perempuannya dah semakin kuat kesakitan hilang pula rasa sabar si pak mertua. Lantas dia bangun dan meluru ke bilik sebelah lalu tanpa fikir panjang ditendangnya pintu bilik pengantin.

Dengan rasa geram pak mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? boleh mati anak aku kalau besok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang jugak!" satu rumah terbangun dik kuatnya suara garang pak mertua

Terkejut beruk kedua pengantin malam tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Ayah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada klinik gigi yang buka 24 jam?".

Kali ni pak mertuanya pulak terkedu beruk, apabila telinga ditarik isterinya sambil membebel "Awak ni dari muda sampai la ke tua tak abih-abih suka skodeng orang hinggakan anak sendiri pun jadi" 






Bagi Le Saya Main... Please



Hasyim telah lama terpilih menyertai pasukan bolasepak sekolahnya. Setiap kali jadual latihan remaja ini tidak pernah tertinggal untuk mengikutinya dengan gigih dan tekun. Dia begitu bersemangat berlatih lebih-lebih lagi kerana setiap kali waktu latihan, ayahnya akan sentiasa duduk di bangku hujung stadium mini sekolah tersebut untuk memberi dorongan dan semangat kepada Hisyam. Namun begitu setiap kali perlawanan dia hanya di letakkan di bangku simpanan pasukan sahaja.

Pertandingan bolasepak antara sekolah sekolah telah pun bermula dan ianya telah berlangsung selama empat hari, hairannya Hasyim tidak pernah muncul walaupun pasukannya telah melepasi peringkat saringan, seterusnya suku akhir mahupun pada peringkat separuh akhir. Ketidak hadirannya bukan sahaja mengejutkan jurulatihnya malah pasukannya.

Tiba-tiba pada ketika pasukannya sampai ke peringkat akhir Hasyim muncul dan bersungguh-sungguh merayu kepada jurulatihnya untuk bermain di dalam kesebelasan pemain bagi pasukannya. Antara kata-katanya “Coach! Sebelum ini setiap kali pertandingan saya selalu dibiarkan sahaja dibangku simpanan, saya tidak pernah bermain untuk pasukan sekolah walaupun sesaat, tetapi hari ini saya merayu kepada coach supaya memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kemampuan saya yang sebenarnya kepada ayah saya”

Jurulatihnya menjawab “Hasyim! Saya minta maaf, saya tidak boleh membenarkan awak bermain kerana masih ada pemain yang lebih berkebolehan daripada awak. Selain itu, ini adalah pertandingan akhir, saya tidak boleh mengambil risiko kerana ianya mempertaruhkan reputasi sekolah kita”

Hasyim terus merayu dengan mata yang mula bergelinang “Coach! Saya berjanji dengan nama Allah bahawa saya tidak akan sekali-kali mempersia-siakan harapan coach dan pasukan sekolah saya. Saya mohon sangat-sangat coach benarkan saya bermain demi hidup dan mati ayah saya. Dengan izin Allah dan keupayaan yang dipinjamkanNya kepada saya, saya akan membawa kejayaan untuk pasukan kita” 

Jurulatih itu berfikir dan tahu bahawa Hasyim tidak pernah sekali pun merayu kepadanya sebelum ini. Cuma kali ini rayuannya agak luar biasa dan sangat bersungguh-sungguh sehingga timbul rasa simpati dalam pertimbangannya.

Lalu jurulatih itu berkata “Baiklah Hasyim, saya benarkan awak bermain, bermainlah dengan baik dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang awak telah janjikan, tetapi ingat, dengan memasukkan awak saya akan menerima kritikan dari pihak sekolah, ianya akan member kesan kepada kerjaya saya, dan ingat, sekiranya saya lihat permainan awak tidak memuaskan saya tidak teragak-agak mengeluarkan awak dengan segera dari pasukan. Oleh itu jangan musnahkan harapan saya”.

Tiupan mula wisel perlawanan berbunyi, Hasyim bermain bagaikan harimau yang perkasa. Walaupun rakan sepasukannya agak enggan mengumpan bola kepadanya kerana kurang yakin dengan keupayaan Hasyim, namun setiap kali dia berjaya merebut bola dari kaki lawan dia bijak mengawalnya dan menjaringkan gol. Hasyim menjaringkan gol yang pertama, kedua dan ketiga

Pasukannya menang dengan jaringan 3 berbalas 1, Perlu dikatakan, dia adalah merupakan pemain terbaik dan bintang perlawanan pada hari itu. Kemenangan pasukannya adalah menakjubkan kerana lawan mereka adalah juara bertahan 3 tahun berturut-turut. 

Apabila permainan selesai, jurulatih segera pergi ke arahnya dan bertanya, "Hasyim, bagaimana saya boleh menjadi begitu salah anggap terhadap awak selama ini. Saya tidak pernah melihat awak bermain seperti ini sebelum ini di setiap sesi latihan kita. Apa yang berlaku? Bagaimana anda boleh bermain dengan baik hari ini?" 

Anak remaja itu menjawab, "Coach, kerana ayah saya menyaksikan saya bermain hari ini." 

Jurulatih itu menoleh ke belakang dan melihat bangku hujung di mana ayah Hasyim selalunya duduk melihat mereka berlatih. Tetapi ianya kosong, tidak ada seorang pun di sana. 

Lalu jurulatih itu berkata, "Hashim, memang selalunya ayah awak duduk di sana tetapi sepanjang pertandingan antara sekolah-sekolah ini bermula sejak hari pertama saya tak pernah melihat kelibat ayah awak pun, sehinggalah habis perlawanan ini”

Sambil tunduk Hasyim dengan nada sayu menjawab, "Coach, ada sesuatu yang saya tidak pernah beritahu coach. Ayah saya sebenarnya adalah seorang buta. Empat hari yang lalu, dia meninggal dunia. Hari ini adalah hari pertama dia menyaksikan saya bermain dengan rohnya."






Tuesday, October 28, 2014

Siapa Yang Lebih Hina



Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin yang mempunyai 2 orang anak. Pada satu malam tiba-tiba bekalan elektrik di kawasan itu terputus. Dengan bantuan lampu picitnya dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba kedengaran ada yang mengetuk pintu.

Tanpa sempat dia mengambil lilin dia terus menuju dan membuka pintu. Ternyata anak jirannya yang miskin sebelah rumah.

Anak itu bertanya dengan nada cemas dan muka yang seolah-olah ketakutan “Kakak ada lilin?”

Di fikiran gadis itu berbisik "Lebih baik aku jangan pinjamkan, nanti ianya pasti akan menjadi satu kebiasaan mereka meminta itu dan ini", 

Maka gadis itu dengan nada menengking “TAK ADA!!”.

Sebaik saat itu, si anak miskin itu agak tersentak namun berkata dengan senyuman “Saya dah agak dah, kakak mesti tak ada lilin, Ini ada dua lilin untuk kakak. Kami kuatir kerana kakak tinggal seorang diri dan lampu pula gelap” petah anak miskin itu berkata-kata.

Si gadis merasa amat bersalah. Dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.







Eiiii.... Geramnya Aku!!!!




Aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. 
Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. 
Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.


Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru ooo, mahal lak tu!!!

Then bila aku tanya dia, kenapa dia tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Laaa… nape tak tanya…” 

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited la nak pergi shopping, sesampai je kat komplek, tengah tengok itu ini... sedar-sedar je dia dah hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. sejam kot!! Huhh. Memang sakit hati betul!!

Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat???!!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gii shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan.

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ermmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. 


Yang aku tak boleh tahan tu.... Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….


” Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 minggu!!!!!!  Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Biasalah, memang sebelum kawin lagi aku dah di bagi tahu dia selalu ke overseas, Busy la kot.

Tapi yang buat aku sakit hati. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!! Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju dia yang mana satu yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......

Huiihh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku yang tersayang... Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi... 

Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Saya selalu curi-curi tenguk awak... hehe. Awak je yang tak perasan saya... Saya selalu selidik tentang awak... Cuma awak je yang tak tahu...

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi... Takut terkantoi. Ye la saya nak pegi cari baju awak kot!! Ingat tak baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang kat saya sampai satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Ermm yang saya ingat, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm... Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Masa tu awak tau tak, saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk iskk..awak ni.. awak tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. 
Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan.. kan?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

"Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!!"  Hahahahahaaaaaaaa.. jangan jeles..(^-^)

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok, sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu dalam “bungkusan” ni… hihihi

Love u,
Suamimu.......

Sumber :- Dr. Siti Norkhazirah 








Apa La Punya Nasib



Pada musim tengkujuh hujung tahun, sebuah penempatan terpencil dilanda banjir besar yang paling buruk pernah berlaku. Semua penduduk diarah supaya meninggalkan kediaman mereka secepat yang mungkin dengan dibantu oleh pasukan keselamatan, kerana Jabatan meteorologi meramalkan bahawa banjir akan meningkat kepada paras yang sangat merbahaya. 

Di kala paras air sudah mula membanjiri halaman dan jalan, semua penduduk bergegas berpindah ke tempat perlindungan sementara demi menyelamatkan diri dan ahli keluarga kecuali seorang lelaki yang berusia pertengahan abad. Dia menolak bantuan yang dihulurkan oleh pihak keselamatan dengan berkata “Aku seorang yang sangat beriman dengan Allah, maka aku yakin Allah akan menyelamatkan ku” Selepas pelbagai pijukan oleh pihak keselamatan tidak diendahkan olehnya maka pasukan keselamat berlalu pergi.

Oleh kerana air banjir telah meningkat ke paras lutut, pasukan keselamatan dating dengan sebuah pacuan empat roda untuk menyelamat lelaki tersebut, namun usaha mereka gagal kerana pertolongan mereka ditolak oleh lelaki berkenaan dengan kata-kata yang sama “Aku seorang yang sangat beriman dengan Allah, Dia akan menyelamatkan ku”

Kini paras air banjir telah naik setinggi 3 meter, lelaki itu naik ke tingkat atas rumah dua tingkatnya. Dari tingkap di tingkat atas dia melihat sebuah bot pasukan keselamatan menghampiri tingkapnya untuk menyelamatkannya. Sekali lagi dia menolak dengan berkata “Seorang yang beriman seperti saya sudah tentu tuhan akan menyelamatkan saya dengan kekuasaannya”

Air banjir makin meningkat dengan cepat dari masa ke semasa, keseluruhan penempatan itu telah ditengelami air. Lelaki itu kini terpaksa memanjat bumbung rumahnya. Tiba-tiba sebuah helicopter pasukan keselamatan tiba untuk menyelamatkannya, tetapi dia tetap tidak mengendahkan usaha pihak keselamatan malah berulang kali menegaskan “Allah akan menyelamatkan ku kerana aku sangat beriman denganNya”

Tidak lama selepas helicopter itu berlalu lelaki lemas ditengelami air.

Di alam kematiannya, lelaki itu berkata kepada tuhan dengan marah “Aku sangat beriman kepadaMu, malah sangat yakin kepadaMu. Mengapa Engkau abaikan doa-doaku dan membiarkan daku tengelam dan mati lemas?”

Allah menjawab “Siapa yang kamu fikir menghantar pasukan keselamatan dengan pacuan empat roda, bot dan helicopter itu?”

Lelaki itu terdiam dan tunduk menyesal.






Monday, October 27, 2014

Bagaimana Kamu Ingin Diingati



Lebih seratus tahun yang lalu, di satu pagi yang tenang seorang lelaki membaca senaskah akhbar sambil menikmati sarapan pagi. Ketika membaca ruangan berita kematian dia terkejut dan berasa ngeri apabila dia mendapati namanya terdapat dalam ruang berita kematian itu. Ternyata pemberita akhbar tersebut telah melaporkan kematian orang yang salah dengan secara tidak sengaja. 

Saat awal dia membaca berita itu dia tersentak dan berasa marah lalu bertanya pada dirinya sendiri. 

“Apakah aku di sini atau di sana?” 

Apabila perasaannya kembali tenang, dia terfikir malah berkali-kali dia berfikir dan tertanya-tanya 

“Apalah yang diperkatakan oleh masyarakat tentang aku bila mereka membaca berita yang salah ini” 

“Adakah mereka bersedih atau mencemuh dan mengalu-alukan kematianku” 

Teringin sangat dia ingin mengetahui apa yang orang telah katakan mengenai dirinya dengan berita kematiannya walaupun ianya tersalah siar di akhbar-akhbar. 

Dia kembali mengamati tulisan berita kematian itu dengan teliti, antara ayat serta perkataan yang menyentuh perasaannya 

“Raja Dinamit Meninggal Dunia” 

“…..dan dia juga adalah saudagar yang mengaut keuntungan dengan mencipta dinamit untuk membunuh orang-orang yang tidak berdosa….,” 

“.....dia adalah pedagang dengan membunuh nyawa.....” 

“.....Orang ini adalah pencipta dinamit.....” 

dan apabila dia membaca kata-kata ".....saudagar kematian....." dia bertanya pada dirinya sendiri 

 "Adakah ini bagaimana saya akan diingat?" 

Beliau tunduk dan sedih, bermain dengan perasaannya sendiri, menyesali dengan apa yang telah dilakukannya selama ini untuk hidup mewah. Lalu dia berkata pada dirinya sendiri 

“Bukan begini aku mahu aku dikenang bila aku sudah tiada lagi di dunia ini” 

Sejak hari itu, dia mula berusaha dan bersungguh-sungguh melakukan pelbagai aktiviti memupuk ke arah keamanan. Namanya Alfred Nobel dan kini dia dikenang dengan mengadakan Hadiah Keamanan Nobel yang dipandang tinggi diperingkat dunia. 

Menurut wasiat Alfred Nobel hadiah ini sewajarnya diberikan kepada tokoh-tokoh yang telah melakukan banyak usaha demi persaudaraan antarabangsa, membubarkan atau mengurangkan campurtangan kaedah ketenteraan demi keamanan, dan menganjurkan perdamaian seluruh dunia.

Anugerah hadiah ini selalunya akan diserahkan pada setiap 10hb. Disember sempena hari pemergian Alfred Nobel di Oslo ibu negara Norway.



Bagaimana pula anda ingin dikenang?




          ATAU



Tepuk Dada Tanya Selera


Kisah ini berkisar tentang dua adik-beradik. Abangnya adalah seorang penagih dadah dan pemabuk yang sering memukul isteri dan anak-anaknya. Manakala adiknya adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya dan sangat dihormati dalam masyarakat juga mempunyai keluarga yang sungguh bahagia. 

Ramai orang rasa keliru dan ingin sangat mengetahui mengapa dua adik-beradik daripada ibu bapa yang sama, cara didik yang sama dan dibesarkan dalam persekitaran yang sama, tetapi mempunyai jalan hidup yang sangat berbeza antara satu dengan yang lain. 

Lalu dalam satu temubual abangnya ditanya, "Mengapa anda menjadi sebagaimana anda hari ini? Anda adalah seorang penagih dadah, pemabuk, dan anda sering mendera keluarga anda. Apa yang membuat anda jadi begini?" 

Abangnya menjawab ringkas, "Ayahku." 

Kemudian abangnya itu ditanya lagi, "Mengapa pula dengan ayah anda, apa yang telah terjadi?" 

Pertanyaan itu dijawab olehnya, "Ayah saya adalah seorang penagih dadah, pemabuk dan dia juga suka mendera kami sekeluarga semasa hayatnya. Itulah didikan yang diberikan kepada kami tiap-tiap hari, maka itulah yang menjadi ikutan saya hari ini? Apa yang awak semua harapkan daripada saya sekiranya memang begitu saya diajar setiap hari untuk hidup? Bak kata pepatah Melayu Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi" 

Puas hati dengan jawapan si abang lalu soalan diajukan kepada adiknya dengan soalan yang sama. 

"Anda dipandang mulia di sisi masyarakat, seorang ahli perniagaan yang berjaya, seorang dermawan yang banyak membantu golongan yang memerlukan melalui yayasan serta persatuan anda? Apa yang mendorong anda sehingga anda menikmati kejayaan serta ternama seperti sekarang ini?" 

Si adik menjawab ringkas "Ayah saya”

Soalan seterusnya diajukan, "Mengapa pula dengan ayah anda, apa yang telah dilakukan oleh ayah anda?" 

Si adik terdiam seketika kemudian menjawab “Ketika saya masih kecil, saya pernah melihat ayah saya menagih, mabuk dan melakukan banyak perkara yang salah. Sejak itu saya berazam dan membuat keputusan bahawa itu bukanlah apa yang saya inginkan untuk membina kehidupan saya sendiri" 



Samada kita sedar atau tanpa kita sedari mahupun secara langsung atau pun tidak langsung, banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita memberi motivasi kepada kita setiap hari. Cuma ianya bergantung kepada diri kita untuk menerima pelbagai motivasi tersebut secara positif atau negatif.
Menerima motivasi secara negatif akan mendorong kita mengambil cara yang mudah dimana akhirnya kita sendiri yang rugi.






Saturday, October 25, 2014

Anak Pakcik Semua Kat Universiti



Seorang mahasiswa sedang asyik berbual dengan seorang pengemis tua di

depan pintu masuk kampus UITM Shah Alam.


Mahasiswa :   Dah lama ke pakcik mengemis di sini pakcik?

Pengemis :   Iyeerrr... dah lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa :   Wah, sudah lama juga ye pakcik.. selalunya dalam sehari
dapat berapa pakcik?


Pengemis :   Ermm paling sikit dalam RM50.00 nak ..

Mahasiswa :   Banyak juga tu ye pakcik

Pengemis :   Bolehlah nak, untuk nyara keluarga...

Mahasiswa :   Errr..... keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis :  Isteri pakcik ada di rumah di Selangor ni. Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Teknologi Malaysia di Johor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa :   Subhanallah, hebat-hebatnya keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Semua study kat universiti, eh.. anak-anak pakcik tu ambik bidang ape ye pakcik?

Pengemis :   Tak arrrrrr....semuanya mengemis macam pakcik ni....


Mahasiswa :   (dalam hati) Perrrggghhhhhhhh!!!!! Hampeehhhhhhh!!!!!


Dalam tiga keadaan ini seseorang diperbolehkan untuk meminta-minta sumbangan atau mengemis, berdasarkan hadis riwayat Qabishah bin Mukhariq al-Hilali radhiyalalahu anhu , ia berkata: Rasûlullâh Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya : “Wahai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal, kecuali bagi salah satu dari tiga orang: Seseorang yang menanggung beban (hutang orang lain, diyat/denda), ia boleh meminta-minta sampai ia boleh melunasinya, kemudian berhenti. Dan seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup. Dan seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya mengatakan, ‘Si fulan telah ditimpa kesengsaraan hidup,’ ia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup. Wahai Qabishah ! Meminta-minta selain untuk ketiga hal itu adalah haram, dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram”.(Hadis Shahîh Riwayat Muslim II/722 no.1044), Abu Dâwud I/515 no.1640, Ahmad III/477 no.15957, V/60 no.20620, dan an-Nasâ`i V/89 no.2580.