Tuesday, October 28, 2014

Apa La Punya Nasib



Pada musim tengkujuh hujung tahun, sebuah penempatan terpencil dilanda banjir besar yang paling buruk pernah berlaku. Semua penduduk diarah supaya meninggalkan kediaman mereka secepat yang mungkin dengan dibantu oleh pasukan keselamatan, kerana Jabatan meteorologi meramalkan bahawa banjir akan meningkat kepada paras yang sangat merbahaya. 

Di kala paras air sudah mula membanjiri halaman dan jalan, semua penduduk bergegas berpindah ke tempat perlindungan sementara demi menyelamatkan diri dan ahli keluarga kecuali seorang lelaki yang berusia pertengahan abad. Dia menolak bantuan yang dihulurkan oleh pihak keselamatan dengan berkata “Aku seorang yang sangat beriman dengan Allah, maka aku yakin Allah akan menyelamatkan ku” Selepas pelbagai pijukan oleh pihak keselamatan tidak diendahkan olehnya maka pasukan keselamat berlalu pergi.

Oleh kerana air banjir telah meningkat ke paras lutut, pasukan keselamatan dating dengan sebuah pacuan empat roda untuk menyelamat lelaki tersebut, namun usaha mereka gagal kerana pertolongan mereka ditolak oleh lelaki berkenaan dengan kata-kata yang sama “Aku seorang yang sangat beriman dengan Allah, Dia akan menyelamatkan ku”

Kini paras air banjir telah naik setinggi 3 meter, lelaki itu naik ke tingkat atas rumah dua tingkatnya. Dari tingkap di tingkat atas dia melihat sebuah bot pasukan keselamatan menghampiri tingkapnya untuk menyelamatkannya. Sekali lagi dia menolak dengan berkata “Seorang yang beriman seperti saya sudah tentu tuhan akan menyelamatkan saya dengan kekuasaannya”

Air banjir makin meningkat dengan cepat dari masa ke semasa, keseluruhan penempatan itu telah ditengelami air. Lelaki itu kini terpaksa memanjat bumbung rumahnya. Tiba-tiba sebuah helicopter pasukan keselamatan tiba untuk menyelamatkannya, tetapi dia tetap tidak mengendahkan usaha pihak keselamatan malah berulang kali menegaskan “Allah akan menyelamatkan ku kerana aku sangat beriman denganNya”

Tidak lama selepas helicopter itu berlalu lelaki lemas ditengelami air.

Di alam kematiannya, lelaki itu berkata kepada tuhan dengan marah “Aku sangat beriman kepadaMu, malah sangat yakin kepadaMu. Mengapa Engkau abaikan doa-doaku dan membiarkan daku tengelam dan mati lemas?”

Allah menjawab “Siapa yang kamu fikir menghantar pasukan keselamatan dengan pacuan empat roda, bot dan helicopter itu?”

Lelaki itu terdiam dan tunduk menyesal.






No comments:

Post a Comment