Wednesday, October 29, 2014

Bagi Le Saya Main... Please



Hasyim telah lama terpilih menyertai pasukan bolasepak sekolahnya. Setiap kali jadual latihan remaja ini tidak pernah tertinggal untuk mengikutinya dengan gigih dan tekun. Dia begitu bersemangat berlatih lebih-lebih lagi kerana setiap kali waktu latihan, ayahnya akan sentiasa duduk di bangku hujung stadium mini sekolah tersebut untuk memberi dorongan dan semangat kepada Hisyam. Namun begitu setiap kali perlawanan dia hanya di letakkan di bangku simpanan pasukan sahaja.

Pertandingan bolasepak antara sekolah sekolah telah pun bermula dan ianya telah berlangsung selama empat hari, hairannya Hasyim tidak pernah muncul walaupun pasukannya telah melepasi peringkat saringan, seterusnya suku akhir mahupun pada peringkat separuh akhir. Ketidak hadirannya bukan sahaja mengejutkan jurulatihnya malah pasukannya.

Tiba-tiba pada ketika pasukannya sampai ke peringkat akhir Hasyim muncul dan bersungguh-sungguh merayu kepada jurulatihnya untuk bermain di dalam kesebelasan pemain bagi pasukannya. Antara kata-katanya “Coach! Sebelum ini setiap kali pertandingan saya selalu dibiarkan sahaja dibangku simpanan, saya tidak pernah bermain untuk pasukan sekolah walaupun sesaat, tetapi hari ini saya merayu kepada coach supaya memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kemampuan saya yang sebenarnya kepada ayah saya”

Jurulatihnya menjawab “Hasyim! Saya minta maaf, saya tidak boleh membenarkan awak bermain kerana masih ada pemain yang lebih berkebolehan daripada awak. Selain itu, ini adalah pertandingan akhir, saya tidak boleh mengambil risiko kerana ianya mempertaruhkan reputasi sekolah kita”

Hasyim terus merayu dengan mata yang mula bergelinang “Coach! Saya berjanji dengan nama Allah bahawa saya tidak akan sekali-kali mempersia-siakan harapan coach dan pasukan sekolah saya. Saya mohon sangat-sangat coach benarkan saya bermain demi hidup dan mati ayah saya. Dengan izin Allah dan keupayaan yang dipinjamkanNya kepada saya, saya akan membawa kejayaan untuk pasukan kita” 

Jurulatih itu berfikir dan tahu bahawa Hasyim tidak pernah sekali pun merayu kepadanya sebelum ini. Cuma kali ini rayuannya agak luar biasa dan sangat bersungguh-sungguh sehingga timbul rasa simpati dalam pertimbangannya.

Lalu jurulatih itu berkata “Baiklah Hasyim, saya benarkan awak bermain, bermainlah dengan baik dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang awak telah janjikan, tetapi ingat, dengan memasukkan awak saya akan menerima kritikan dari pihak sekolah, ianya akan member kesan kepada kerjaya saya, dan ingat, sekiranya saya lihat permainan awak tidak memuaskan saya tidak teragak-agak mengeluarkan awak dengan segera dari pasukan. Oleh itu jangan musnahkan harapan saya”.

Tiupan mula wisel perlawanan berbunyi, Hasyim bermain bagaikan harimau yang perkasa. Walaupun rakan sepasukannya agak enggan mengumpan bola kepadanya kerana kurang yakin dengan keupayaan Hasyim, namun setiap kali dia berjaya merebut bola dari kaki lawan dia bijak mengawalnya dan menjaringkan gol. Hasyim menjaringkan gol yang pertama, kedua dan ketiga

Pasukannya menang dengan jaringan 3 berbalas 1, Perlu dikatakan, dia adalah merupakan pemain terbaik dan bintang perlawanan pada hari itu. Kemenangan pasukannya adalah menakjubkan kerana lawan mereka adalah juara bertahan 3 tahun berturut-turut. 

Apabila permainan selesai, jurulatih segera pergi ke arahnya dan bertanya, "Hasyim, bagaimana saya boleh menjadi begitu salah anggap terhadap awak selama ini. Saya tidak pernah melihat awak bermain seperti ini sebelum ini di setiap sesi latihan kita. Apa yang berlaku? Bagaimana anda boleh bermain dengan baik hari ini?" 

Anak remaja itu menjawab, "Coach, kerana ayah saya menyaksikan saya bermain hari ini." 

Jurulatih itu menoleh ke belakang dan melihat bangku hujung di mana ayah Hasyim selalunya duduk melihat mereka berlatih. Tetapi ianya kosong, tidak ada seorang pun di sana. 

Lalu jurulatih itu berkata, "Hashim, memang selalunya ayah awak duduk di sana tetapi sepanjang pertandingan antara sekolah-sekolah ini bermula sejak hari pertama saya tak pernah melihat kelibat ayah awak pun, sehinggalah habis perlawanan ini”

Sambil tunduk Hasyim dengan nada sayu menjawab, "Coach, ada sesuatu yang saya tidak pernah beritahu coach. Ayah saya sebenarnya adalah seorang buta. Empat hari yang lalu, dia meninggal dunia. Hari ini adalah hari pertama dia menyaksikan saya bermain dengan rohnya."






No comments:

Post a Comment