Tuesday, October 28, 2014

Siapa Yang Lebih Hina



Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin yang mempunyai 2 orang anak. Pada satu malam tiba-tiba bekalan elektrik di kawasan itu terputus. Dengan bantuan lampu picitnya dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba kedengaran ada yang mengetuk pintu.

Tanpa sempat dia mengambil lilin dia terus menuju dan membuka pintu. Ternyata anak jirannya yang miskin sebelah rumah.

Anak itu bertanya dengan nada cemas dan muka yang seolah-olah ketakutan “Kakak ada lilin?”

Di fikiran gadis itu berbisik "Lebih baik aku jangan pinjamkan, nanti ianya pasti akan menjadi satu kebiasaan mereka meminta itu dan ini", 

Maka gadis itu dengan nada menengking “TAK ADA!!”.

Sebaik saat itu, si anak miskin itu agak tersentak namun berkata dengan senyuman “Saya dah agak dah, kakak mesti tak ada lilin, Ini ada dua lilin untuk kakak. Kami kuatir kerana kakak tinggal seorang diri dan lampu pula gelap” petah anak miskin itu berkata-kata.

Si gadis merasa amat bersalah. Dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.







No comments:

Post a Comment