Friday, February 26, 2016

Andai Aku Dapat Undurkan Waktu


Hari silih berganti, detik waktu terus berlalu, namun perginya waktu sempat meninggalkan pelbagai kisah, ada suka ada duka, pahit manis, tangis tawa dan jatuh bangun dalam kehidupan. Terlalu banyak peristiwa yang telah dilalui dan sukar untuk membayangkan satu persatu. Apapun, ada yang masih segar dalam ingatan dan meninggalkan kesan yang mendalam bagaikan tak dapat dilupakan.

Seperti biasa jam akan terus berputar, sesekali fikiran tetap akan menoleh kebelakang, melihat hari-hari yang pernah dilewati, tapi hanya mampu mengenang kembali nostalgia yang telah ditinggalkan. Ada cerita tentang masa yang indah yang membuatkan rasa ingin kembali mengulangi detik itu dan bila mengenangkan peristiwa yang pernah membuat diri menangis, rasa ingin kembali untuk memperbaiki kesilapan dan kealpaan yang menyebabkan diri jatuh. Tapi ternyata waktu itu takkan dapat diulangi dan peristiwa yang pahit itu tak mungkin dapat diperbaiki.

Hari terus berganti, rembulan dan mentari. Biarlah masa terus berlalu, tak perlu disesali lagi kerana semua itu tak mungkin dapat diulangi. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, masa pasti tanpa henti akan terus berputar dan beredar, namun perjalanan hidup ini akan terhenti bila tiba pada noktahnya nanti. Kenangan dan peristiwa yang pernah ditempuhi jadikanlah sandaran untuk diri terus kehadapan. Seandainya dapat diundurkan waktu mungkin kita ingin menyempurnakan segalanya yang telah dilalui tapi dalam hidup ini tiada manusia yang sempurna, antara sedar atau tidak pasti sahaja ada kesilapannya.





Thursday, February 25, 2016

Syarat Mati


Jangan tertipu dengan usia MUDA,
kerana syarat mati tak semestinya TUA.

Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT,
kerana syarat mati tak semestinya TENAT.

Jangan terpedaya dengan HARTA KEKAYAAN,
kerana yang dibawa mati hanyalah selembar KAIN KAFAN.





Kisah Seorang Suami Yang Beristeri Empat




Yang pertama - Sudah berusia, terlalu jarang diberi perhatian. Kadang-kadang langsung tidak dipedulikan.

Yang kedua - Masih cantik, masih diberi perhatian.

Yang ketiga - Cantik, dan sentiasa diberi perhatian.

Yang keempat - Paling cantik lagi menawan, disanjung serta diutamakan, malah diberikan lebih perhatian.

Waktu terus berlalu, tibalah saat si suami hampir meninggalkan dunia. Lalu dipanggillah keempat-empat isterinya.

Dipanggil isteri yang keempat, isteri yang paling disayanginya dan ditanya.. "Mahukah sayang mengikuti abang dan menemani abang ke alam kubur?" Si isteri menjawab.. "Sorry bang, sampai di sini saja ayang bersama abang."

Dipanggil pula isteri yang ketiga dan bertanya hal yang sama, si isteri menjawab... "Sorry, ling boleh menemani abang tapi hanya sebentar saja."

Kemudian dipanggil isteri yang kedua dan ditanya lagi hal sama, isteri tersebut menjawab... "Baiklah, anjer akan menemani abang tapi hanya sampai diliang kubur, setelah itu good bye bang.."

Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu, tapi inilah kehidupan menjelang kematian... Dan akhir sekali dipanggil isteri yang pertama dan ditanya juga hal yang sama, lalu isteri pertama menjawab... "Saya akan menemani abang ke manapun abang pergi dan akan sentiasa mendampingi abang." Si suami tak menduga isteri yang pertama akan memberi jawapan yang sebegitu.

Tahukah anda apa dan siapa isteri pertama hingga keempat itu?

Isteri keempat - adalah 'harta dan kekayaan'. Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita hembuskan nafas terakhir.

Isteri yang ketiga - adalah 'teman-teman' kita. Mereka akan hanya menziarahi dan menghantar jasad kita hanya sampai di saat disemayamkan.

Isteri yang kedua - adalah 'keluarga'. Saudara mara dan teman terdekat. Mereka akan menghantar kita sampai dikubur, setelah mayat kita di masukkan kedalam kubur dan ditutupi dengan tanah, mereka akan meninggalkan kita.

Isteri yang pertama - adalah 'amalan kita' selama kita hidup di dunia. Kerana apa yang kita taburkan, itulah yang akan dituai. Bekalan untuk dibawa kesana.

Berbuatlah banyak kebaikan selama kita masih hidup di dunia ini agar nanti kita dapat memiliki bekal untuk dibawa kesana apabila sudah tiba waktunya nanti..





Wednesday, February 24, 2016

Nak Update Ke Tak Nak Ni


errrmmm... jam dah 3.20 pagi ni... mata pula tak mahu mengantuk...

sejak balik dari hospital ni, kengkadang rasa blogging ni macam menyampah jer... buang masa... macam laa takde kawan-kawan nak lepaskan cerite?

tapi kengkadang tu, bukannya sebab takde kawan atau rakan atau teman mahupun sahabat, abang kakak sedara mara untuk diceritakan aper yang terpendam... tapi rasanya cerita tu mungkin terlalu trivial untuk diceritakan... atau perasaan time nak mula nak cerita tu macam@memang tak sesuai untuk bercerita@diceritakan... atau pun benda yang nak diceritakan itu memang tak patut diceritakan kepada sesiapa, haha....

kengkadang... perkara yang terpendam.. dan yang sangat sangat nak dilepas kan tu adalah sangat sensitive... tak nak la orang lain pulak yang tersinggung... karang masalah lain pula yang timbul nanti....

so.. nak update ke tak nak blog ni?!! that is the question... for now.. lets try update blog ni.... a mechanism for me to release stress and to speak my mind out when I dont want anybody else to hear what I have to say...

Asalnya, mula-mula dulu I dont intend to share my blog.. ermmm pastu... tak kisahlah sape sape nak baca, bukannya apa pun, cuma sekadar luahan perasaan tatkala time yang amat memerlukan... besides, I'm sure it would be funny when I read all these one day ... :) hehe





Monday, February 15, 2016

Ambillah Waktu


"Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah keistimewaan yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keupayaan kita.
Ambillah waktu untuk amalkan kewajipan,
itu adalah kunci menuju syurga yang berkekalan."






Sunday, February 14, 2016

Dari Kerana Mata



Tak berkelip mataku
memandang kamu
keayuan wajah 

dan santun bicara
begitu mempersona
bagai mengusap hatiku
dengan lirikan manja,
renungan tajammu itu
menembusi tangkai kalbu
pantas menawan diriku.

Aku tahu
renunganmu itu bukan palsu
keikhlasannya jelas terbit 
seiring senyumanmu
sungguh manis 
membelai jiwaku
sungguh menarik 
tepat ke dalam mataku.

Haaisshhh,
aku tewas 
dalam renunganmu itu
dan benar aku,
tumpas dengan
tatapanmu.

Dari Kerana Mata - R.Azmi





Kata Hati Seorang Pesakit Yang Bernama Aku


Di atas katil hospital ini aku mengelamun. Terlalu jauh aku mengelamun kali ini, tapi tak ada salahnya kan? Jika kita mengelamun merenung diri, manalah tahu kalau-kalau aku mampu memperbaiki diri dengan cara ini. 

Hidup ini cuma sekali, oleh itu aku harus sangat berhati-hati mengolah diri, supaya aku tidak akan menyesal nanti di kemudian hari. Apabila waktu itu tiba yang semestinya tidak akan dapat dijangka-jangka. 

Hmmm, kenapa tetiba je aku terasa diriku seumpama daun-daun kering. Rapuh dan bila-bila sahaja akan jatuh ditiup angin. Malah mungkin akan diterbangkan melayang-layang terumbang-ambing? 

Dan adakalanya aku merasa seperti buah mangga yang belum masak, tapi sudah banyak ulatnya, sehingga tak mampu lagi rasanya bertahan lama di tangkal dahan, menunggu masa gugur bertaburan. 

Tapi bukankah harapan itu selalu ada…, dan kita tak perlu berhenti berharap.






Saturday, February 13, 2016

Sesekali Dalam Hidup


Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...




Friday, February 12, 2016

Merenung Dan Mengelamun


Di sudut anjung aku duduk menyendiri, dengan menatap ke suatu arah tapi dengan tatapan mata yang kosong, ditemani dengan secawan kopi bersusu dan sepiring roti bakar yang disapu planta dan sekaya, perihal seperti ini sering disebut oleh sebahagian orang dengan istilah mengelamun, padahal siapa yang menyangka kalau yang sedang aku lakukan ini adalah merenung. Merenung masa hadapan yang aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak gambarkan.

Merenung dengan mengelamun secara mata kasarnya tidak mudah untuk dibezakan, hanya pelaku itu sendiri yang mengerti apakah sedang mengelamun angan-angan atau sedang merenung masa depan. Hehe aku sendiri pun bingung.




Wednesday, February 10, 2016

Kata Hati Yang Tulus Ikhlas


Emas diuji dengan api,
wanita di uji dengan emas,
Lelaki di uji dengan wanita.
Ketahuilah pada yang terlupa, bahawa,
Hidup di dunia ini adalah untuk sementara,
harta, tahta dan wanita 
bukanlah segalanya,
kegembiraan dan keasyikannya
tidak akan kekal lama.
Pujian dan sanjungan sebenarnya 
bukanlah milik kita.
Janganlah dibutakan oleh dunia
dan melupakan akhirat
yang menanti di penghujung usia
kerana di dalamnya ada syurga,
di mana terdapat kehidupan 
dan kebahagiaan yang kekal selamanya,
dan ada pula neraka
di mana terdapat siksaan 
dan penderitaan yang kekal juga.






Tuesday, February 9, 2016

Terhenti Di Sini


"Engkau 
mungkin suka dikejar. 
Namun engkau 
tidak merasakan 
betapa letihnya mengejar. 
Aku merasakan 
engkau terlalu bangga 
dengan kepantasanmu 
berlari 
sehingga engkau 
tidak perasan 
bahawa aku 
sudah berhari-hari berhenti.
Mengerti 
di saat semuanya terhenti 
dan berfikir 
di saat semuanya berakhir"





Monday, February 8, 2016

I Have Changed



Yes, I have changed, I'm not as nice as I use to be, because I don't want to get used or walked over. I don't trust everyone and tell them my secrets, because behind every fake smile is a backstabbing bitch. I distance myself from people because in the end they're only going to leave. I have changed because I have realized that I'm the only person I can depend on.





Semuanya Boleh Berubah


Sehelai halaman buku 
tidak menjadikan kita cerdik.

Sehelai halaman kitab 
tidak menjadikan kita ulamak.

Satu kesilapan tidak menjadikan kita 
pendosa yang kekal di depan Nya.

Satu kebaikan tidak menjadikan kita 
pemulia yang kekal di depan Nya.

KERANA

Pendosa boleh sahaja 
tidak selamanya menjadi pendosa 
begitu juga
Pemulia boleh sahaja 
berubah sekelip mata.





Thursday, February 4, 2016

Takdir?


Kita sentiasa mengharapkan menemui orang yang tepat, namun kadang-kadang kita ditemukan dengan orang yang salah, ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita, samada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita, ALLAH takan hadirkan seseorang itu tanpa sebab, semua pertemuan di antara sesama manusia telah ALLAH aturkan sebelum kelahiran kita lagi.

TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita dengan sesuatu yang TIDAK DIUNDANG, MEMBERI apa yang TIDAK DIRANCANG, MEMAKSA kita mengalirkan airmata KESEDIHAN serta membuat kita rasa KEHILANGAN. Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN, menyulam erti KASIH SAYANG, menanam erti PERSAHABATAN, menghadiahkan KEMANISAN dalam KEGEMBIRAAN, menyemai benih KEAKRABAN, serta memberi peluang MENILAI, siapa SAHABAT, siapa KAWAN, dan siapa sekadar KENALAN, yang mengisi ruang dalam episod KEHIDUPAN




kepada yang sudah berkahwin 
anda mempunyai lebih pilihan dalam hidup hehe



Tentang Duit Menurut Seorang Kawan


Duit tak boleh dibawa mati
Tapi bila takde duit rasa macam nak mati

Duit tak boleh beli kasih sayang
Tapi kasih sayang boleh hilang kalau takde duit

Duit tak boleh beli lena
Tapi memang tak akan lena kalau duit takde

Duit tak boleh beli bijaksana
Tapi kalau nak dapatkan ilmu perlu ada duit

Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit
Orang cerdik nampak bodoh bila takde duit

Memanglah duit bukan segalanya
Tetapi segalanya perlu ada duit

Sumber
Dr, Norehan

Kembara - Duit

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca semua duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit! Duit! Duit!
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Duit! Duit! Duit!
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Oh Oh Oh

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!

Duit!
Duit! Duit! Duit!
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Duit! Duit! Duit!
Duit!
Buat beli cinta

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Oh arghhh

Duit! Duit!
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Duit! Duit!



Wednesday, February 3, 2016

Duit Tak Boleh Beli Kebahagian

kepada DR. KZ

BEKERJA bukan satu-satunya sebab untuk seseorang itu MENJADI KAYA. Ada yang bekerja BERTUNGKUS LUMUS setiap hari dan dapat banyak duit, TAPI TAK JUGA KAYA-RAYAKata orang DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA... tetapi SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT...

Duit boleh beli BANTAL, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli SIHAT..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli BIJAKSANA..
Duit boleh beli PERMATA, tapi tidak boleh beli RUPA..

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli ALATAN, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KETENANGAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli KEHORMATAN.
Duit boleh beli KEMEWAHANtapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

ermm mungkin duit boleh bawa kita ke tempat orang BERJALAN-JALAN tapi percayalah bahawa duit tak mungkin membawa KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang BERKEKALAN...


INGATLAH, KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN itu telah sedia ada dalam diri kita. Ada pulak yang kita nampak orang cuma goyang kaki, tak nampak pun kerjanya, tak kemana-mana pun dia, tapi semua benda dia ada. Pendek kata, dia nampak BAHAGIA dan KAYA dengan apa yang dia ada walaupun tak nampak bertungkus lumus bekerja bagai nak giler. Pelik kan? itulah KAYA dan BAHAGIApada hakikatnya.


Hisyam Abd Majid
Yes, money can't buy happiness, 
but it's more comfortable to cry in a BMW than on a bicycle
eeeee sori jangan mare ye