Monday, October 27, 2014

Bagaimana Kamu Ingin Diingati



Lebih seratus tahun yang lalu, di satu pagi yang tenang seorang lelaki membaca senaskah akhbar sambil menikmati sarapan pagi. Ketika membaca ruangan berita kematian dia terkejut dan berasa ngeri apabila dia mendapati namanya terdapat dalam ruang berita kematian itu. Ternyata pemberita akhbar tersebut telah melaporkan kematian orang yang salah dengan secara tidak sengaja. 

Saat awal dia membaca berita itu dia tersentak dan berasa marah lalu bertanya pada dirinya sendiri. 

“Apakah aku di sini atau di sana?” 

Apabila perasaannya kembali tenang, dia terfikir malah berkali-kali dia berfikir dan tertanya-tanya 

“Apalah yang diperkatakan oleh masyarakat tentang aku bila mereka membaca berita yang salah ini” 

“Adakah mereka bersedih atau mencemuh dan mengalu-alukan kematianku” 

Teringin sangat dia ingin mengetahui apa yang orang telah katakan mengenai dirinya dengan berita kematiannya walaupun ianya tersalah siar di akhbar-akhbar. 

Dia kembali mengamati tulisan berita kematian itu dengan teliti, antara ayat serta perkataan yang menyentuh perasaannya 

“Raja Dinamit Meninggal Dunia” 

“…..dan dia juga adalah saudagar yang mengaut keuntungan dengan mencipta dinamit untuk membunuh orang-orang yang tidak berdosa….,” 

“.....dia adalah pedagang dengan membunuh nyawa.....” 

“.....Orang ini adalah pencipta dinamit.....” 

dan apabila dia membaca kata-kata ".....saudagar kematian....." dia bertanya pada dirinya sendiri 

 "Adakah ini bagaimana saya akan diingat?" 

Beliau tunduk dan sedih, bermain dengan perasaannya sendiri, menyesali dengan apa yang telah dilakukannya selama ini untuk hidup mewah. Lalu dia berkata pada dirinya sendiri 

“Bukan begini aku mahu aku dikenang bila aku sudah tiada lagi di dunia ini” 

Sejak hari itu, dia mula berusaha dan bersungguh-sungguh melakukan pelbagai aktiviti memupuk ke arah keamanan. Namanya Alfred Nobel dan kini dia dikenang dengan mengadakan Hadiah Keamanan Nobel yang dipandang tinggi diperingkat dunia. 

Menurut wasiat Alfred Nobel hadiah ini sewajarnya diberikan kepada tokoh-tokoh yang telah melakukan banyak usaha demi persaudaraan antarabangsa, membubarkan atau mengurangkan campurtangan kaedah ketenteraan demi keamanan, dan menganjurkan perdamaian seluruh dunia.

Anugerah hadiah ini selalunya akan diserahkan pada setiap 10hb. Disember sempena hari pemergian Alfred Nobel di Oslo ibu negara Norway.



Bagaimana pula anda ingin dikenang?




          ATAU



No comments:

Post a Comment