Saturday, October 18, 2014

Sasanya suamiku



Seorang suami yang sasa perkasa baru sahaja bernikah dengan isterinya yang sebelum ini adalah seorang janda muda yang kematian suami tanpa anak. Pada malam pertama mereka si suami menanggalkan kemejanya lalu menonjolkan lengan yang berketul ototnya dan berkata, 

"Sayang, tiap lengan ini menyimpan kekuatan setara dengan dua ratus kilogram dinamit. Apakah bekas suamimu dulu begini sasa"

Si isteri sangat terkejut melihat kesasaan suaminya sambil berkata “Tidak, arwah dulu hanya seorang yang bertubuh biasa-biasa sahaja”.. 

Suaminya lalu melepaskan seluar slacknya lalu mempertontonkan peha dan betisnya yang berotot kental kemudian berkata, "Tiap kakiku ini menyimpan kekuatan setara dengan lima ratus kilo dinamit"

Si isteri makin risau tetapi kagum dengan kehebatan suaminya lalu berkata “Wah abang kelihatan seperti Hercules yang sungguh perkasa”

Ketika si suami melepaskan celana dalamnya, si isteri memandangnya dengan wajah ngeri. Berkerut kumut muka si isteri lalu dengan pantas suaminya bertanya "Awak mengapa?" 

"Bang, baik kita berpisah je la bang" kata si isteri. 

"Dinamit abang yang ratusan kilo tu hanya ada "sumbu" yang sependek itu, alamatnya belum sempat dicucuh lagi dah menyembur. Arwah suami saya dulu memang la tubuhnya biasa tapi sumbunya sasa”

"Jangan pernah meremehkan orang lain kerana kita belum tentu lebih baik dari orang yang kita remehkan" 








No comments:

Post a Comment