Sunday, October 12, 2014

Kata Orang Pula Tentang "Sikap Perempuan Mengikut Jenis Darah"



Wanita Jenis Darah "A" 
 
Wanita yang tergolong dari kategori ini mampu menjadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana mereka dapat menangani banyak perkara, dari urusan di pejabat hingga ke urusan di rumah malah mampu mendidik anak dengan baik. Mereka rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga sebelum urusan pejabat. Mereka sering sahaja berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, mereka sendiri akan berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi.

Wanita Jenis Darah "B" 

Mereka adalah golongan yang trendy dan suka bersosial. Selalunya mereka sukar dan lewat bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Selalunya mereka ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Wanita kalangan ini kerap menghabiskan masa bersama teman dan rakan-rakan dan bijak membawa diri. Dalam pada itu mereka juga berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik. Cuma kadangkala, mereka ini agak egois, namun kerana mereka ini sangat mempersona, teman dan suami mereka tidak sampai hati untuk menyakiti perasaan mereka. Seperkara lagi haha mereka ini adalah individu yang boros. 

Wanita Jenis Darah "O" 

Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga mereka bertindak selaku ibu bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada suami mereka. Sekiranya suami pulang lewat malam, mereka kebiasaannya bertenang serta memahami dan ini akan membuatkan si suami menganggap diri mereka sebagai ibu. Wanita ini bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala mereka terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya mata mereka akan menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak. Awas, tumpuan mereka yang keterlaluan terhadap anak-anak adakalanya membuat si suami mereka kesepian. Setelah bergelar ibu, mereka selalunya akan mengabaikan penampilan mereka. Ingat! itu akan mengurangkan daya tarikan mereka sebagai seorang wanita dan ini boleh membuatkan suami mereka beralih kepada wanita yang lebih berpenampilan. 

Wanita Jenis Darah "AB" 

Selalunya wanita ini adalah wanita yang cerdas. Mampu menjaga dengan baik dan mampu menghadapi masalah kewangan secara rasional. Dia berusaha menggunakan waktu yang ada untuk meningkatkan kualiti dirinya dan melakukan aktiviti-aktiviti yang baru. Namun dia tidak begitu mengemari untuk menjadi ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami mereka takut kalau kalau tidak mampu memenuhi tuntutan serta kesempurnaan peribadi golongan wanita ini. Sifat “cool”adalah sinonim dengan keperibadian wanita ini. Biasanya wanita dalam kumpulan ini ditakuti lelaki…






No comments:

Post a Comment