Wednesday, October 15, 2014

Kapal Terbang Yang Kempunan Mendarat



Hari-hari terakhir sebelum majlis akad nikah ibu kepada pengantin lelaki menasihati anaknya...



“Hisyam, apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”

Bertepatan pada waktu yang sama juga, emak kepada pengantin perempuan pula menasihati anaknya...

“Siti, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”


Siti yang sibuk dengan pelbagai kerja persiapan hanya sempat mengangguk-angukkan kepala mengambil hati ibunya.



Beberapa hari selepas itu maka majlis akad nikah telah disempurnakan, maka malam pertama yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba…


Hisyam berdebar-debar untuk menghadapi malam pertama namun pesanan ibunya tetap di fikirannya. Dia mendekati Siti isterinya lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”

Disebabkan kepenatan dan rasa keliru juga tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, lalu Siti dengan selamba berkata “Saya penatlah bang …mari kita tidur.”

Hisyam terasa hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apalah, mungkin isteri aku malu kut…. esuk aku kan ku pujuk lagi”

Tiba malam kedua…

Hisyam mendekati Siti dan berkata lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Malangnya Siti masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu sedang membaca akhbar harian, justeru itu dalam hatinya membebel.....

“Berita apa pula tu.. Ah pedulikan je lah, kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan aku”

Kemudian Siti berkata kepada si suaminya “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, dah lewat ni jom kita tidur”

Hisyam hampa lagi… Tetapi dalam hatinya berkata “Hmm tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga…

Hisyam sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti dapat punya.

Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat”

Siti menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala…. Hisyam hampa lagi dan membebel dalam hati

“Kejamnya isteriku ni, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Dengan muka yang masam mencuka Hisyam terus tidur tanpa mengajak Siti isterinya.

Keesokan harinya Siti bertanya kepada emaknya

“Mak! mengapa abang Hisyam tu setiap malam asyik berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”

Si emak pun bertanya “Apa yang kamu jawab nak ?

Siti berkata “Eh apa pula yang nak Siti jawab, Siti tak jawab apa-apa le”

Si emak berkata lagi “Siti sudah lupa ke apa yang emak nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya Siti jawab “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”

“Owh ye ke, Siti lupa lah mak….baiklah, malam ini Siti pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat…

Hisyam seperti tidak menunjukkan apa-apa yang tanda dia akan bertanya soalan yang sama. Dengan muka ikan keringnya, Hisyam menyibukkan dirinya dengan kerja kerja lain.

Malam kian larut… Siti tertunggu-tunggu bilakah gerangan suaminya akan bertanya.


Siti akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri yang meng`offer’ kan diri

Lalu Siti pun mendekati Hisyam dan terus berbisik ke telinga Hisyam dengan manja “Bang.... Lapangan terbang sudah sedia”,


Hisyam kerana terlalu geram dengan Siti, dengan muka yang masam lagi masin macam ikan kering terus menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”







No comments:

Post a Comment