Friday, October 24, 2014

Terhenti Di Sini

Seseorang menegaskan kepada ku bahawa setiap kali aku buat perangai  @ merajuk, dia akan berulang kali memainkan lagu ini sebagai santapan telinga, minda dan jiwanya.

Sebaik sahaja perbualan kami habis berlalu aku bingkas bangun untuk menyelidik tentang lagu ini dengan teliti, untuk memahami apakah mesej yang hendak disampaikannya?

Penyanyinya

Nama: Nor Rasfan Shah Bin Shah Rudin
Usia: 30 tahun
Kerjaya: Pereka Grafik & Penyanyi
Status: Berkahwin (Ogos 2012)
Nama Isteri: Ain Sakinah Binti Razali
Nama Anak: Haytham Shah Bin Nor Rasfan Shah (April 2013)

 

Video klipnya:-



dan Liriknya



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Laaa bila aku compare video klipnya dengan liriknya, barulah aku tersentak....., tersedar....., aku insaf.....,faham....., lagi mengerti..... lantas ternganga..... lalu menepuk dahi..... ishk ishk ishk..... seperti ada suara terngiang-ngiang ditelingaku "ambik kau... sekarang apa kau rasa? Oren, Coklat, Strawbery?

lalu mulut pantas mengucapkan "ASTAGHFIRULLAHALAZIM"







No comments:

Post a Comment