Sunday, October 12, 2014

Kata Orang Tentang "Sikap Lelaki Mengikut Jenis Darah"




Si Dia Berdarah “A”


Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati.. Bak kata orang tu,segala-galaanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali keluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yg tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angin sekiranya bila pulang dan melihat rumahnya dalam keadaan yang tidak terurus. Lantas sahaja dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu…

Si Dia Berdarah “B”


‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu sahaja. Kadangkala sebagai pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama kawan-kawannya sehingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar diperhatikan. Sekiranya di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri… 

Si Dia Berdarah “O”


Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, Haha kamu perlu banyak persiapkan diri kamu dari sudut mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis ketika sedang hangat di lamun cinta dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dengan kamu berkenaan hal-hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya secara sembarangan, kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik.. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam berkomunikasi. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus berubah sikapnya menjadi seorang yang paling malas dalam melayani urusan rumahtangga.

Si Dia Berdarah “AB”



Individu ini adalah seorang yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga adakalanya ingin mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa gangguan dari sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka orang lain mengganggu pada waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti tidak berasa selesa dengan situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Walaupun dia adalah seorang yang suka cakap banyak tetapi dia tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan apa-apa yang sedang dirancang dalam kotak fikirannya.



Kata orang, air liur yang diludah dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah rendah.
Kalau anda tak percaya,
apakata anda cuba ludah air liur anda pada orang yang ada penyakit darah rendah,
saya yakin dia mesti naik darah.


Sukatan Tekanan Darah



Sukatan Gula Dalam Darah


No comments:

Post a Comment