Thursday, October 23, 2014

Aku Gagal Lagi




Apabila kita merasa kita telah gagal dalam hidup? Semestinya kita kecewa dan hampa, hinggakan kita lihat diri kita bagaikan tiada guna dan tidak mempunyai masa depan lagi. Sebelum kita hanyut lebih jauh dengan perasaan kita, apakata kita lihat dulu kisah silam mereka-mereka yang menjadi ikon yang terkenal ini, dimana mereka juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi mereka bangkit semula, malah menguasai dunia!!

Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

Saintis Isaac Newton, sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

Mr Walt Disney Pengasas Disneyland, ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC), telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette pengasas jenama Gillete gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic, seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah mereka di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? 
Sudah tentunya tidak. 
Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. 
Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dengan mereka yang tidak berjaya adalah, 
"Mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi lagi" Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!







No comments:

Post a Comment