Saturday, October 18, 2014

50sen Je Sehari



Krriiinnnnngggggg… (bunyi loceng menandakan masuk waktu rehat bagi sekolah)

“Terima kasih cikgu…!!!”, semua pelajar beredar ke kantin.

Tapi seorang pelajar ini tidak keluar untuk rehat.

“Awak tak rehat ke Alif?” Ujar saya kepada pelajar ni.

“Tak cikgu”. Jawab alif ringkas.

“Kenapa alif tak rehat?” Aku cuba memancing jawapan dari mulut Alif.

Lantas dijawab Alif, “Mak saya beri 50sen sehari cikgu. Kat kantin 50sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu… Beratur panjang-panjang tapi dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50sen dan air sirap 50sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu… “

Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Tahun 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya.

Saya bertanya lagi, “kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?”

“Owh hari Jumaat duit 50sen ni saya sedekah kat masjid masa solat Jumaat cikgu,

Jawab Alif dengan bersahaja. 


Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan 
bertambah..”

Mata saya dah berkaca…Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi pelajarku ini dan keluarganya.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50sen sehari yang diberi untuk dia makan, dia masih sempat infakkan 50sen(20%) untuk pembangunan Islam pada setiap jumaat semasa solat Jumaat.


Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya tidak mengabaikan bersedekah dan berinfak.


Sumber cerita : Cikgu Nur Diyana

Di mana darjat kita yang sudah bekerjaya ini, jika dibandingkan dengan budak miskin dalam kisah benar ini







No comments:

Post a Comment