Wednesday, November 19, 2014

Semua... Orang Tak Betul



Apabila aku mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik lagi menghiburkan, namun bait-bait lagu ini aku rasakan mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Mengapa ye pencipta lagu ini mengambil binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai bahan dalam lagu ini? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah dia tidak terus sahaja menggunakan manusia sebagai karektornya? 

Hmmm mungkin agaknya dia hendak menjaga hati manusia, maklumlah, justeru terdapat ramai manusia yang begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul (2x)

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat (2x)

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku (2x)

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit (2x)

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah (2x)

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala (2x)

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah (2x)

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku (2x)

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku (2x)

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku (2x)

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku (2x)

Kita amat mudah mencari kesilapan dan aib orang lain..berbanding..silap dan salah diri sendiri.. 

Mungkin ada benarnya pendapat yang mengatakan: " Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan oleh orang lain..TETAPI oleh minda dan deria kita sendiri."

Cetusan Minda : DewiBiru








No comments:

Post a Comment