Tuesday, November 11, 2014

Cita-Cita



Pada suatu malam, seorang isteri yang sedang sarat mengandung mengadu bahawa perutnya terasa sakit-sakit kepada suaminya. Dia risau akan kandungannya yang semakin membesar dan telah hampir untuk melahirkan. Ketika di hospital doktor mengesahkan bahawa beliau akan melahirkan bayi kembar tiga.

Sambil tersenyum kepada suaminya si isteri mengusap-usap perutnya yang terasa tendangan-tendangan dari bayi-bayi dalam kandungannya itu. Suaminya yang gembira lalu merapatkan mukanya ke perut isterinya seolah-olah bertanya kepada bayi-bayi dalam kandungan isterinya. 

"Nanti dah besar anak-anak ayah nak jadi apa ye?"

Walaupun tanpa di dengar oleh sepasang suami isteri itu tetapi di dalam perut bayi-bayi itu menjawab.

Abang Sulung : "Along nanti nak jadi pegawai TNB (Tenaga Nasional Berhad) sebab dalam perut ibu gelap....."

Adik Tengah : "Angah nak jadi pegawai JBA (Jabatan Bekalan Air) sebab dalam perut ibu banyak air....."

Adik Bongsu : "Adik nak jadi POLIS sebab nak siasat siapa budak kepala botak yang asyik keluar masuk keluar masuk kat dalam perut ibu pastu pancut air kat kiter bertiga. Hampeh betul budak botak tuh....."








No comments:

Post a Comment